Ibu ayah dah ada pakar pediatrik khas untuk anak-anak? Apa Itu Pakar Pediatrik? Sebelum apa-apa, ibu ayah perlu mengetahui terlebih dahulu bahawa pediatrik ini adalah suatu cabang di dalam bidang perubatan yang khusus untuk kumpulan pesakit dalam julat umur kanak-kanak, bermula daripada bayi yang baru dilahirkan, sehinggalah peringkat remaja iaitu 18 tahun.
Ianya melibatkan perawatan penyakit-penyakit biasa dan juga yang jarang berlaku kepada kanak-kanak pada peringkat umur mereka. Pakar pediatrik turut meneliti perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak sepanjang tempoh tersebut.
Kepentingan Memilih Pakar Pediatrik.
Kehadiran bayi yang ditunggu-tunggu selama ini sudah pun tiba. Pengalaman penjagaan bayi yang cukup kekok pada awalnya, namun hari demi hari menjadi lebih mudah. Dan kini tibalah waktu pemeriksaan perubatan buat bayi anda yang pertama bersama pakar pediatrik pilihan. Bagi yang kurang familiar pediatrik adalah pakar kanak-kanak yang anda patut membuat temu janji sebaik anak dilahirkan.
Tapi siapa?
Waktu kelahiran bayi dulu tak terfikir pula soal ini. Malah jika anda sudah punyai doktor yang biasa untuk memeriksa bayi anda setiap bulan pun mereka bukanlah pakar pediatrik. Bagaimana jika muncul masalah yang memerlukan konsultasi pakar? Siapa yang patut anda rujuk?
Memilih pakar pediatrik adalah penting daripada memilih stroller pilihan ya ibu-ibu semua. Dan jangan risau kami akan sertakan beberapa panduan dan tips untuk anda memilih pakar pediatrik untuk anak anda yang tepat!
Memilih pakar pediatrik ini sama pentingnya ketika anda memilih gynae atau doktor yang menyambut bayi anda. Beri masa yang secukupnya untuk anda mencari pakar pediatrik yang serasi dengan anak anda juga yang tepat mengikut kriteria yang anda cari.
Jika anda masih hamil, anda boleh mula cari sekarang dan lakukan temujanji sebaik anda melahirkan. Percayalah bayi yang baru lahir akan menghabiskan banyak masa mereka bersama pakar pediatrik, jadi pilih pakar yang berdekatan dengan rumah anda.
Seperti perhubungan lain, hubungan bersama pakar pediatrik adalah sama pentingnya dan juga memerlukan ‘chemistry’. Jangan terlalu fokus dengan kredibiliti seorang pakar itu. Elakkan ‘mengejar’ pakar yang popular lantas anda perlu diletakkan dalam senarai menunggu untuk membuat temujanji.
Tak perlu begitu, cukup sekadar dia sememangnya punyai kelayakan dan anda cukup senang dan selesa berkonsultasi dengannya. Percaya pada naluri anda. Tidak mengapa sekiranya anda tiba-tiba ingin bertukar ke pakar pediatrik lain sekiranya anda ragu.
Panduan Mencari Pakar Pediatrik.
#1. Mulakan carian seawal mungkin1
Perlu diingat mana-mana pakar pediatrik yang bagus pasti memerlukan anda untuk membuat temujanji awal. Ini jika anda inginkan yang the best of the best! Tapi jika berdasarkan rekomendasi rakan-rakan atau ada yang anda memang kenal, mungkin anda boleh membuat temu janji sebaik anda menghampiri tarikh yang sepatutnya bayi anda diperiksa.
#2. Ikut kondisi bayi
Selain untuk pemeriksaan bulanan, ada juga masanya bayi kurang sihat atau mengalami masalah lain. Jadi pemeriksaan bersama pakar pediatrik amatlah penting. Lebih-lebih lagi jika bayi mengalami masalah penyusuan atau masalah kurang berat badan. Jadi penting untuk anda mendapatkan konsultasi daripada pakar. Kerana jika anda cuma rujuk kepada doktor klinik mereka masih akan menyarankan anda rujuk kepada yang lebih pakar kerana ia diluar bidang mereka.
#3. Bertanya kepada siapa yang anda percaya
Tanya kepada keluarga atau rakan-rakan, berkenaan pakar pediatrik mana yang mereka rujuk. Sekiranya mereka juga rekemen anda untuk rujuk pada pakar yang sama kan lebih baik! Malah ia memudahkan proses pencarian. Bukan apa mereka sudah punyai pengalaman rujuk kepada pakar berkenaan, jadi jika tidak bagus mereka tak akan rekemen kepada anda kan?
#4. Semak insurans
Semak jika insurans anda dapat memberi perlindungan dari segi apa. Selalunya vaksin tambahan tidak di cover oleh insurans. Namun jika konsultasi atau anak anda mungkin mengalami masalah jangkitan demam campak dan sebagainya kebanyakan insurans akan memberi perlindungan.
#5. Lokasi
Dalam usia anda anda menjengah setahun sekurang-kurang lima hingga tujuh kali anak anda akan berjumpa dengan pakar. Jadi eloklah jika anda memilih pakar pediatrik yang berdekatan dengan rumah. Dan lebih elok jika pakar yang boleh dibuat temu janji pada hujung minggu!
#6. Bertukar pakar
Sekiranya pada temu janji pertama anda tidak merasakan keserasian bersama pakar pediatrik anda, tidak mengapa. Anda boleh saja bertukar kepada pakar lain. Kata Jaime Moy, D.O., pakar pediatrik di Los Angeles, “Keserasian antara ibu bapa dengan pakar pediatrik yang menentukan perkembangan anak yang sihat sehingga dia membesar menjadi dewasa nanti, jadi ia amatlah penting.”
Sekiranya ibu bapa tidak dapat rasa keserasian itu, ibu bapa ada hak sepenuhnya untuk menukar pakar sebulat suara. Ingat, ini adalah berkenaan penjagaan dari segi kesihatan yang utama untuk anak anda, ia adalah kepercayaan paling penting dalam hidup anak anda. Jadi ia bukan saja penting untuk perkembangan yang sempurna malah juga untuk masalah lain yang tiba-tiba akan terjadi sepanjang membesarkan anak. Jadi siapa yang anda percaya untuk pertaruhkan kesihatan anak anda?
Bilakah Waktu Untuk Bertemu Pakar Pediatrik?
Pendek kata, pakar pediatrik merupakan individu yang anda akan cari setiap kali anak-anak anda mempunyai masalah berkaitan dengan kesihatan atau kelakuan mereka.
Contohnya:
- Membuat pemeriksaan fizikal anak-anak.
- Memeriksa pertumbuhan, kelakuan dan skil anak-anak.
- Memberi suntikan vaksin kepada anak-anak.
- Mendiagnosis dan merawat sakit, infeksi, nutrisi, kecederaan dan pelbagai lagi masalah kesihatan anak-anak.
- Memberi maklumat kepada ibu ayah tentang perkembangan kesihatan, keselamatan, nutrisi serta keperluan kecergasan anak-anak.
- Menjawab setiap soalan berkaitan dengan tumbesaran anak-anak.
- Merujuk ibu ayah kepada pakar jika pakar pediatrik beranggapan anak-anak mereka memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada pakar.
Kategori Pakar Pediatrik.
Ya, seorang pakar pediatrik adalah pakar dalam setiap isu kesihatan serta kelakuan kanak-kanak secara umumnya, namun mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan tersendiri juga.
Dalam bidang mereka ini, terdapat pelbagai kategori pakar pediatrik dan ini semua adalah bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka tersendiri. Contohnya seperti:
#1. Pediatrik Kardiologi.
Golongan ini merupakan pakar dalam segala perihal yang berkaitan dengan jantung kanak-kanak.
#2. Pediatrik Gastroenterologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan jantung kanak-kanak.
#3. Pediatrik Endokrinologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan yang berkait-rapat dengan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak.
#4. Pediatrik Nefrologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak.
#5. Pediatrik Rhuematologi.
Golongan ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem autoimun dan imunisasi dalam tubuh badan kanak-kanak.
#6. Pediatrik Hermatologi-Onkologi.
Golongan ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem darah kanak-kanak.
#7. Pediatrik Neonatal-Perinatal.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat bayi pramatang dan bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran.
#8. Pediatrik Penjagaan Kritikal.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang sedang kritikal atau tidak stabil akibat penyakit dan kecederaan.
#9. Pediatrik Kecemasan.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang sedang berada di ruang kecemasan.
#10. Pediatrik Penyakit Berjangkit.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, virus, kuman, parasit dan lain-lain jangkitan.
#11. Pediatrik Hospital.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam hospital.
#12. Pediatrik Penderaan Kanak-kanak.
Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan tidak kira mental atau fizikal.
#12. Pediatrik Kelakuan Kanak-kanak.
Mereka ini pakar yang akan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelakuan mereka. Ini termasuklah masalah pembelajaran, pemakanan dan ketidakupayaan semula jadi seperti autisme dan Cerebral Palsy.
#13. Pediatrik Remaja.
Golongan ini pakar yang akan membantu remaja yang mempunyai masalah terutamanya dalam kehidupan sosial dan akademik. Mereka juga akan membantu remaja yang berusia sehingga 21 tahun yang mempunyai masalah fizikal, kelakuan dan kesihatan emosi.
Senarai Pakar Pediatrik Terbaik Di Sekitar Lembah Klang.
- Klinik Kanak kanak Ong Sdn Bhd
Alamat: No 34, Jalan Mamanda 7 Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang
- Klinik Kanak kanak Pauline
Alamat: 42 Jalan Hujan Rahmat 2, Overseas Union Garden, 58200 KL
- Dr. Chin’s Children Specialist Clinic
Alamat: 3-18, Jln Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kepong
- Baby and Beyond Clinic (Bangsar)
Alamat : 3F-5, Level 3, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 KL
- Klinik Pakar Kanak kanak Chye
Alamat: 41, Jalan USJ 10/1F, USJ 10, 47620 Subang Jaya
- Klinik Pakar Kanak-Kanak & Keluarga Liang
Alamat: Unit G02, Block A, Perdana Condominium No 15, Jalan PJU8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ
- Klinik Pakar Kanak kanak Kota Kemuning
Alamat: No. 5G, Jalan Anggerik Vanilla X31/X, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Shah Alam
- Klinik Pakar Kanak kanak Little One
Alamat: No. 5, Jalan Usj 9/3F, 47620 Subang Jaya
- How To Choose The Right Peditrician | The New York Times.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: The New York Times
Baca juga: 3 Pakar Pediatrik & Klinik Pakar Kanak-Kanak Yang Terkenal di Malaysia