Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Sampai Terasa Gas Di Tekak, Ada Penawar Tak?

Pedih ulu hati ketika mengandung adalah normal dialami ibu-ibu hamil, disebabkan itu penting untuk ibu-ibu jaga pemakanan dan ikut langkah berikut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pedih ulu hati ketika mengandung ini bukan saja terjadi pada hujung kehamilan, malah sekiranya anda memang menghidap gastrik, tentu anda akan alaminya di awal kehamilan. 

Pedih di tekak, seakan boleh terasa gas naik daripada perut dan bila sendawa boleh terasa seakan asid di tekak.  

Ia bukanlah sakit seperti diserang gastrik, namun ketidakselesaannya memang terasa. Apatah lagi jika terjadi di hujung kehamilan yakni pada trimester ketiga. Ketika itulah kesakitan makin terasa, asal lambat makan saja akan muncul, terlebih makan pun dia akan menyerang. 

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan yang terjadi ketika mengandung.

Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Peningkatan hormon progesteron ketika mengandung melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar menyatakan bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat naik ke atas melalui saluran tersebut dan menyebabkan rasa seperti asid dan kepanasan.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab, lantas sering terjadinya sakit ulu hati.

Pada trimester ketiga, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Bagaimanakah Rasa Pedih Ulu Hati?

Jika anda mengalami pedih ulu hati, ini simptomnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rasa terbakar atau sakit di dada anda
  • Rasa kembung atau kenyang
  • Sendawa kerap
  • Rasa seperti mencucuk
  • Seakan makanan ingin terkeluar dari tekak

Adakah Ia Normal?

Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga.

Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Rawatan Semula Jadi 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menjaga pemakanan, terutama jika simptomnya agak ringan.

Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah:

  1. Elakkan perkara ini
  • Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi
  • Coklat – melemahkan LES
  • Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut
  • Makanan pedas dan berminyak 
  • Minuman berkafein dan berkarbonat 
  1. Corak pemakanan
  • Makan sedikit, tapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.
  • Kunyah makanan dengan perlahan.
  • Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
  • Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
  • Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
  • Elakkan minum ketika makan.
  • Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.
  1. Amalkan makanan yang melegakan asid seperti berikut

  • Probiotik

Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gula-gula getah

Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus. 

  • Betik

Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

  • Air kosong

Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehydration, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

  1. Ubah gaya baring dan salin pakaian anda

Tinggikan bahagian atas badan ketika berbaring. Sokong bahagian atas badan (bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Ini bukan sahaja mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus, ia juga membaiki pernafasan ketika tidur. Hindari tekanan terutama di bahagian perut dengan memakai pakaian yang longgar.

  1. Ubat-ubatan

Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak meredakan, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan. Antaranya termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

      6. Bijirin atau oatmil

Pengambilan oat dapat melegakan asid dalam perut. Lagi-lagi apabila ibu hamil mengalami pedih ulu hati dan gastrik pada masa yang sama, eloklah mengamalkan pengambilan oat dan bijirin.

Antacids

Ia melegakan pedih ulu hati dengan cepat kerana mampu menyeimbangkan kadar asid dalam perut. Namun ianya hanyalah rawatan jangka pendek dan boleh menyebabkan sembelit jika diambil berlebihan.

Alginates

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian klinikal menunjukkan, ubat hasil daripada rumpai laut coklat (laminaria hyperborean) ini dapat memberikan kelegaan.

Antara ubat yang mengandungi alginates termasuk Gaviscon. Alginates membentuk bebuih yang terapung di atas isi perut dan ini mengelakkan asid pada makanan bertemu dengan esofagus.

Penekan keasidan

Jika ubatan di atas tidak mencukupi, para doktor mungkin menganjurkan pengambilan ubat penekan asid seperti ranitidine dan omeprazole. Ranitidine tiada kesan sampingan tetapi omeprazole boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, loya dan muntah.

Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.

Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.

Semak dengan doktor kemungkinan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Jika sakit berpanjangan, doktor mungkin akan menyarankan untuk disuntik dengan ubat tahan sakit yang lebih kuat, jangan risau ia selamat untuk ibu hamil!

Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil, Adakah Normal?

Baca juga: Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Boleh Tahu & Nampak Tak Sampai Satu Bulan!

Baca juga: Susu Campur Safron Bantu Redakan Pedih Ulu Hati & Elak Sembelit Ketika Hamil