Dapat Temuduga Kerja Semasa Hamil, Perlu Ke Beritahu Yang Anda Sedang Mengandung?

Tips untuk ibu hamil mencari peluang pekerjaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak syarikat tidak menawarkan pekerjaan untuk ibu hamil kerana pelbagai sebab. Antara punca utama adalah mereka akan memohon cuti bersalin yang panjang. Jadi, pihak syarikat akan menanyakan beberapa soalan kepada bakal pekerja baru terutama wanita yang datang temuduga.

Contoh soalan yang lazim diajukan seperti adakah anda sudah berkahwin, bilangan anak, kekerapan anak sakit atau adakah anda sedang mengandung?

Sebab itu kadang-kadang wanita hamil takut dan was-was untuk mencari pekerjaan kerana tidak mahu berasa kecewa jika permohonan kerja mereka ditolak mentah-mentah oleh syarikat berkenaan.

Akan tetapi, bagaimanakah cara untuk berkongsi berita kehamilan anda semasa temuduga? Adakah ia perlu diberitahu semasa temuduga berlangsung?

Tips mendapatkan pekerjaan untuk ibu hamil

Setiap orang memiliki fasa kehidupan yang berbeza-beza. Mungkin ada yang mencari peluang pekerjaan lain untuk mengembangkan sayap dan kebolehan yang mereka ada kepada syarikat yang lain demi karier yang lebih cemerlang.

Inilah yang perlu anda ketahui mengenai peluang pekerjaan untuk ibu hamil yang berjaya memperoleh kerja yang diimpikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hak mencari peluang pekerjaan bagi ibu hamil

Boleh ke syarikat tidak memilih wanita hamil sebagai pekerja baru? jawapannya tentulah tidak dan ia sepatutnya tidak berlaku.

Hal ini kerana, majikan seharusnya tidak membezakan pekerja berdasarkan kehamilan atau keadaan kesihatan mereka.

Walaubagaimanapun, semasa sesi temu duga kemungkinan tiada majikan yang bertanyakan soalan ini atau ada yang secara langsung berterus terang untuk tidak mengambil perempuan hamil terutama bila perut anda sudah membesar dan menunjukkan ciri- ciri wanita yang sedang sarat mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pun begitu, sekiranya anda mengandung sangat penting untuk bertanyakan soalan tentang manfaat yang diberikan syarikat seperti polisi cuti bersalin, perlindungan kecacatan jangka pendek, pilihan insuran kesihatan dan sebagainya.

Perlu atau tidak memberitahu majikan yang anda hamil?

Jawapan kepada soalan ini adalah bergantung kepada anda sendiri sama ada ingin memberitahu terus kepada majikan atau tidak. Hal ini kerana, tiada keperluan dari sudut undang-undang untuk memberitahu majikan baru bahawa anda sedang hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, mungkin anda boleh mengelak memberi tahu terlalu awal jika nampak syarikat teragak-agak untuk mengambil anda bekerja bila tahu bahawa anda sedang mengandung.

Berikut adalah beberapa pertimbangan yang boleh membantu anda. 

#1. Pakai baju lebih longgar dan besar

Sekiranya temuduga kerja itu terjadi semasa trimester ketiga tentunya perut anda sudah menjelaskan segalanya sekaligus ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Walaubagaimanapun, jika masih baru beberapa minggu maka kandungan anda masih kecil dan belum menunjukan perut anda sedang buncit.  Apapun, sarung pakaian yang sedikit longgar atau besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Perbezaan keputusan yang bakal menentukan peluang anda

Jika anda memerlukan pekerjaan tersebut dan mengesyaki bahawa dengan mendedahkan berita kehamilan itu boleh mempengaruhi majikan untuk mengambil anda kerja, sebaiknya elakkan disebut semasa temuduga.

Walaubagaimanapun, pertimbangkan apa yang dikatakan majikan untuk pengambilan pekerja.

#3. Majikan mungkin rasa dikhianati jika anda berbohong

Walaubagaimanapun, anda harus mengambil faktor tentang skop kerja anda terlebih dahulu contohnya jika ia memerlukan perjalanan dengan menaiki kapal terbang jadi sebaikya anda menyebut tentang kehamilan anda terlebih dahulu.

Dengan cara itu, pihak majikan boleh melihat sama ada langkah lain yang boleh dilakukan sekiranya mengambil anda bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, jika tidak berkongsi berita tersebut selepas menerima kerja, pengurus mungkin rasa dikhianati dan tidak
menyambung kontrak anda.

Tips jika hendak berkongsi berita kehamilan semasa temuduga

Sekiranya anda memilih untuk mendedahkan kehamilan semasa temuduga ini yang boleh anda buat...

- Bincangkan rancangan untuk cuti bersalin dan bagaimana persediaan anda untuk rakan sekerja semasa kalian sedang berpantang.

- Berikan persepektif yang baik kepada majikan bahawa cuti bersalin anda tidak akan menganggu operasi syarikat.

Tetapi jangan biarkan kehamilan anda menguasai perbualan sepanjang temuduga. Namun, anda tetap profesional dan berikan tumpuan kepada kemahiran, pengalaman dan bagaimana anda boleh menjadi pekerja yang baik kepada syarikat.

Kesimpulannya, kalau anda tidak mahu mendedahkan berita kehamilan semasa  interview dan ingin berkongsinya selepas mendapat tawaran kerja maka ini masanya untuk membuat rundingan tentang cuti bersalin dan sebagainya.

Malah dengan memberitahu majikan membolehkan mereka merancang operasi syarikat dengan lebih mudah di masa hadapan sekaligus tidak menganggu operasi syarikat tersebut.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 tips penjagaan untuk ibu mengandung yang perlu keluar bekerja