AiruFlo Perkenal Pelitup Muka Silikon Gred Makanan Pertama Di Malaysia

Selesa dan mudah bernafas! Anda kini boleh mendapatkan pelitup muka silikon gred makanan pertama di Malaysia keluaran AiruFlo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selesa dan mudah bernafas! Anda kini boleh mendapatkan pelitup muka silikon gred makanan pertama di Malaysia keluaran AiruFlo.

Ia bukan saja tidak mengandungi bahan berbahaya yang dapat memudaratkan kulit, malah boleh dicuci dengan sabun serta air dan digunakan semula secara selamat.

AiruFlo hanya memerlukan penukaran penapis secara berkala, sekali gus mengurangkan penggunaan pelitup muka pakai buang dan membantu pengguna menjimatkan wang serta memelihara alam sekitar dalam jangka panjang.

Boleh cuba pelitup muka silikon gred makanan dari AiruFlo

Sejak wabak COVID-19 melanda, dianggarkan sejumlah 10 juta pelitup muka sekali guna digunakan dan dibuang setiap hari. Namun, bukan semua pelitup muka dibuang dengan cara yang betul, seterusnya memudaratkan alam sekitar kita khususnya hidupan liar.

Hakikatnya, satu pelitup muka dikatakan dapat melepaskan 173,000 mikrofiber setiap hari, yang bukan sahaja dapat menjejaskan air, kualiti udara dan hidupan liar, tetapi juga memasuki paru-paru dan aliran darah kita dalam jangka panjang.

Menyedari masalah ini semakin parah, AiruFlo berazam mendidik rakyat Malaysia tentang pilihan pelitup muka modular yang lebih lestari supaya tidak memburukkan lagi masalah sampah sarap dalam alam sekitar.

Diperbuat daripada silikon gred makanan yang bioserasi dan diluluskan oleh FDA, AiruFlo tidak mengandungi bahan toksik dan boleh dicuci dengan sabundan air untuk penggunaan semula secara selamat.

Bahan silikon yang lembut dan fleksibel memberikan ciri lipatan mudah dan ketahanan terhadap hentakan kuat. Dengan pembangunan bahan dan modifikasi permukaan berasaskan nanoteknologi, badan silikon pelitup muka AiruFlo bersifat halus dan lut sinar, menjadikannya sangat selesa digunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penapis gred N95 boleh diganti semula

Selain itu, penapis gred N95 yang boleh diganti semula menawarkan perlindungan daripada 95% zarah dan habuk sehalus 0.3µm. Digandingkan dengan ciri lekatan yang sempurna, ia menawarkan perlindungan penuh terhadap kuman, bakteria, dan pencemaran tanpa memerlukan dua lapisan pelitup
muka.

Pelitup muka AiruFlo dilengkapi dengan tali yang dapat diselaraskan. Apabila tidak digunakan, ia dapat dilipat dan digantung secara selamat pada leher pengguna, sekali gus membolehkannya dibawa ke mana-mana secara mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjimatan kos jangka panjang

Dari segi kelestarian, pelitup muka modular ini boleh dicuci dan hanya memerlukan penukaran penapis secara berkala. Ini dapat mengurangkan penggunaan pelitup muka pakai buang, seterusnya menggalakkan keberkesanan kos dan perlindungan alam sekitar dalam jangka panjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi membangkitkan kesedaran terhadap kelestarian ekologi, syarikat berkenaan menjalankan program kitar semula untuk menggalakkan pengguna mengembalikan pelitup muka AiruFlo yang telah digunakan untuk pemprosesan semula.

“Pasaran kini penuh dengan pelbagai pelitup muka dengan pelbagai spesifikasi bagi memenuhi kumpulan pengguna yang berbeza-beza. Maka, dengan pantasnya kami menyedari keperluan untuk menyatukan semua ciri positif dalam satu pelitup muka.

“Ramai yang tercari-cari satu pelitup muka yang memenuhi pelbagai kriteria – bergaya, mudah bernafas, lestari dan tidak merosakkan alam sekitar. Namun bukannya mudah untuk mendapatkan pelitup muka sedemikian dalam pasaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jadi pasukan jurutera industri kami yang inovatif bertekad mencapai matlamat ini menerusi AiruFlo. Selain menawarkan perlindungan, ciri lut sinarnya
berperanan penting dalam membolehkan pengguna berkomunikasi dengan berkesan menerusi ekspresi muka, khususnya bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran atau memerlukan terapi pertuturan,” kata Vince Koay, Pengasas Bersama AiruFlo.

Selain itu katanya, dengan begitu banyak produk tiruan dan pemasaran yang mengelirukan, AiruFlo menyedari banyak pelitup muka sebenarnya tidak memenuhi standard keselamatan dan kualiti, yang merupakan antara masalah yang tidak ditangani dengan baik dalam industri.

Justeru, kami ingin mengubah keadaan ini dengan memastikan semua pelanggan dapat mengakses segala maklumat tentang AiruFlo bagi menjamin ketelusan,” kata Pengasas Bersama AiruFlo,  MC Leong.

Diluluskan MDA, FDA

Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) serta Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), pelitup muka AiruFlo direka bagi memenuhi standard kebersihan dan perlindungan antarabangsa.

Selain itu, AiruFlo memastikan semua laporan dan pensijilan makmal dapat diakses dengan mudah menerusi laman webnya bagi menjamin ketelusan penuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelitup muka AiruFlo kini didatangkan dalam tiga warna – Brilliant Turquoise, Jet Black dan Crystal Clear, dan boleh didapati menerusi laman web rasmi AiruFlo, dan serta pengedar berdaftar seperti AEON Malaysia, Ascen Plus Pharmacy, Avrione Asia dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut tentang AiruFlo, layari www.airuflo.com.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak 6 Tahun Nyaris Maut Tercekik Kepingan Pelitup Muka Dalam Nugget!

Baca juga: Susahnya Nak Suruh Anak Pakai Mask, Ibu Ayah Ikut Tips Ini, Mungkin Anak Jadi Suka

Baca juga: Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!

Penulis

Lala Annuar