"Nasib Anak Datang Peluk," Ibu Ini Beberapa Kali Cuba Bunuh Diri, Terlalu Stress

Ibu ini sudah beberapa kali mencuba untuk membunuh diri, nasib anak datang peluk dan menjerit ketika ibunya di balkoni rumah tingkat 18.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan tekanan hidup sekarang, tidak mustahil ramai yang mampu berfikir sehingga ingin menamatkan riwayat hidup mereka sendiri. Dan kisah ini, satu pelukan jadi penyelamat nyawa si ibu.

Janganlah mengata “tak kuat iman, begitulah yang difikirkan”. Bukan soal kuat iman atau kuat agama. Sekarang ini tak semua orang mampu mempunyai keadaan mental yang sihat.

Walaupun cukup makan, cukup gaji, tapi kalau terperuk di dalam rumah terlalu lama, tiada orang untuk berbicara, sesiapun boleh jadi gila ya.

Kesusahan yang dialami orang kita tak nampak pada luaran, hakikatnya di dalam boleh kata fikirannya bercelaru, hatinya meronta-ronta.

Tular baru-baru ini di Twitter, seorang pengguna bernama Ikhwan membuat ciapan “are you okay” dan terkedu lidahnya apabila mendapat salah seorang hamba Allah ini menjawab “Secara jujurnya saya tak okey, sudah beberapa saya cuba bunuh diri tapi nasib baik anak-anak datang peluk.”

Pelukan anak jadi penyelamat, lihat ibu berdiri di balkoni mahu terjun

Kata ibu malang itu lagi, dia tidak tahu pada siapa dia boleh luahkan perasaan. Mahu saja dia reply tweet Encik Ikhwan itu di public tapi tidak mahu dikatakan ‘attention seeker’. Dan ternyata ibu ini juga malu untuk menyatakannya terang-terangan. 

“To be honest, I am truly not okay. Few times suicide attempts tapi semua tak menjadi, sebab anak saya datang peluk. Kadang diorang jerit-jerit panggil saya. Saya cuma berdiri kat balkoni rumah saya dan hanya fikir untuk terjun sebab rumah saya tingkat 18.”

Tak sangka, pelukan jadi penyelamat ibu malang ini. Rasa stress, burnout yang dirasai membuatkan dia berfikir yang bukan-bukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Luahan hati ibu itu membuat Ikhwan terkedu. Lantas membuat ciapan kepada orang ramai supaya orang ramai aware. Sentiasalah bertanyakan khabar kepada orang-orang terdekat. 

Kita tak tahu, dengan pertanyaan ringkas “are you okay” boleh menyelamatkan nyawa orang. Seperti puan ini, kepada orang asing pun dia boleh meluahkan rasa tidak okay yang dirasainya, baru orang asing yang bertanya. Apatah lagi kalau orang terdekat. 

Ramai yang terkesan dan ingin hulur bantuan

Menurut ciapan daripada Wana,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@wanasdfghjkly
Replying to
@JatIkhwan
hang in there ma’am sending virtual hugs and duas for u Pleading face

Kata salah seorang pengguna Twitter bernama Yuuu, dia ingin tahu bagaimana dia boleh hulurkan bantuan.
@nurul_rasdi
Replying to
@JatIkhwan
Allah… macam mana nak tolong akak? 

faraa
@iniarunharaf
Replying to
@JatIkhwan
Please stay strong Puan for your kids Pensive face I doakan Puan dapat go thru your hardships dengan tenang dan semoga beban2 dibahu diangkat Tuhan. Ameeen ya Allah.

shopee : bodidrahmat
@BodidRahmat
Replying to
@JatIkhwan
Saya doakan puan kuat semangat ye demi anak anak. Aduh klu puan nampak tweet sy ni bole la dm sy, kot2 sy boleh bantu puan. Sb sy pn ada anak kecik mcm puan. Emosi turun naik tp dorang la penyeri hidup saya.. semoga dipermudahkan urusan puan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@spacem0nkey__
Replying to
@JatIkhwan
Allah ada dekat sangat dgn puan, inshaAllah puan sabar sikit je lagi.. Allah akan kurniakan kesusahan yang puan dah lalui dengan sesuatu pertolongan yang mungkin puan tak pernah bayangkan pun.. percaya lah dengan janji Allah. anak anak pun adalah petunjuk dari Allah..

Menurut seorang ibu itu lagi, dia membaca setiap ciapan dan ulang kicau dari orang ramai, sesungguhnya dia bersyukur kerana ramai yang mengambil berat akan dirinya. 

Setiap ciapan orang ramai dengan kata-kata semangat akan disimpan agar dia boleh membacanya berulang kali setiap kali dia burnout. 

Ingat ya semua, always be kind to another. Kita tak tahu apa yang dilaluinya. Hentikan menghakimi orang sesuka hati. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mereka luahkan di sana sini, mungkin mereka tidak ada orang yang mampu mendengar. Jadi di media sosial satu-satunya platform untuk mereka berkongsi. 

Sentiasa lontarkan kata-kata semangat, kali ini kita bantu orang, esok-esok Allah uji kita, mereka pula bantu kita. 

Sumber: @Ikhwan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Sebar Video, Imej Bunuh Diri! Ia Bukan Perbuatan Yang Patut Disensasikan : Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan