Wahai suami… anda kena tahu, isteri ini dia sukakan hal-hal yang romantik dengan suaminya. Lagipun, dengan siapa lagi dia nak romantik, kalau bukan dengan suaminya yang sah? Antara perkara romantik kecil yang mampu buat isteri bahagia (malah hakikatnya lebih sihat!) adalah melalui pelukan suami.
Tahukah anda, pelukan suami memberi pelbagai kebaikan yang luar biasa pada hubungan dan kesihatan suami isteri?
Tidak kisahlah berapa lama durasi pelukan itu. Seminit pun sebenarnya sudah cukup! Janji, ia dilakukan setiap hari.
Antara manfaat pelukan suami adalah perasaan mencintai satu sama lain yang semakin marak. Malah, hubungan fizikal dan emosi kalian juga akan lebih rapat!
Selain itu, ini 9 manfaat pelukan suami yang rugi jika diabai. Selepas ini, bolehlah anda suruh suami peluk anda selalu ya! 😉
9 Kebaikan Pelukan Suami Yang Rugi Jika Diabaikan
1. Meringankan tekanan
Ketika anda memeluk seseorang yang disayangi, badan anda akan melepaskan hormon oksitosin. Hormon ini boleh menenang dan membuatkan anda lebih rileks.
Malah, stress juga susah nak dirasa dan anda akan rasa lebih awet muda! Wah, cepat-cepat peluk suami. Bolehlah elak anda shopping sakan di Guardian/Watson 😛
2. Menyihatkan jantung
Pelukan suami juga bagus untuk kesihatan jantung. Pakar mendapati, wanita lebih banyak merasai kebaikan ini.
3. Hubungan seks yang lebih baik
Ehem, selalu-selalulah beri pelukan pada isteri jika anda mahu bermesraan dengannya (tapi bukan ketika anda “nak” saja ya!).
Bukan hanya merapatkan emosi, malah pelukan suami juga meningkatkan hubungan fizikal antara kalian 😉
4. Mengurangkan rasa sakit
Pelukan yang penuh kasih dari suami tercinta juga akan memberi sokongan tambahan kepada isteri yang kesakitan. Hormon oksitosin yang dilepaskan juga dapat menyekat rasa sakit tersebut.
5. Meningkatkan mood isteri
Selain oksitosin, hormon serotonin juga makin meningkat jika anda dipeluk suami. Hormon ini membantu meningkatkan mood, dan membuatkan suasana menjadi lebih sensual.
6. Melawan selsema
Jika anda rasa nak selsema tiba-tiba, apa kata terus peluk suami? Pelukan dari orang yang anda sayangi dan percaya dapat melindungi anda dari serangan selsema, terutamanya jika anda stress!
Jika anda sudah selsema pun tak mengapa peluk suami. Anda masih dapat kebaikannya!
7. Pelukan suami buat isteri lebih bahagia
Hormon oksitosin turut dikenali sebagai “hormon cinta”. Jadi, tak mustahillah mengapa isteri yang sering dipeluk suaminya akan lebih bahagia dan mencintai pasangan.
Malah, pasangan yang sering berpelukan juga cenderung lebih sihat dan terhindar dari stress!
8. Meningkatkan keyakinan diri
Sejak kecil, pelukan merupakan salah satu cara ibu bapa kita menunjukkan betapa pentingnya kita. Sama juga apabila kita sudah dewasa!
Berpeluk ini membuatkan isteri rasa lebih dicintai dan amat special buat suami. Justeru itu, keyakinan diri anda juga akan meningkat!
9. Mencegah insomnia
Oksitosin terbukti memiliki kemampuan untuk memberi ketenangan. Ini termasuklah ketika anda dan pasangan ingin tidur.
Pasangan yang berpelukan sebelum tidur didapati lebih cepat tertidur. Pelukan yang diambil sebelum tidur hanyalah selama 10 minit!
Semoga perkongsian tentang kebaikan pelukan suami ini membawa lebih banyak kesejahteraan dalam rumah tangga kalian.
Jom tag husband anda. Barulah dia faham apa anda mahu!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?
Baca juga: Wahai Suami, Sentiasalah Periksa Keadaan Isteri, Mereka Mungkin Inginkan 5 Perkara Ini
Baca juga: 6 Soalan Yang Anda Takut Nak Tanya Pasangan,Tersalah Cakap Mungkin Tersinggung Perasaan