Main Sudoku, Teka Silang Kata Antara 8 Cara Atasi Masalah Pelupa Ketika Hamil

Permainan yang merangsang minda seperti teka silang kata dan sudoku antara cara atasi masalah pelupa ketika hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin pernah mendengar tentang keadaan pelupa yang biasa dialami oleh ibu hamil. Jika anda rasakan anda kini mudah lupa, ya ia memang betul. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini:

  • Apakah pregnancy brain?
  • Bilakah bermulanya pregnancy brain?
  • Apa yang menyebabkan mudah jadi pelupa ketika hamil?
  • Bagaimana mengatasi masalah pelupa ketika hamil?

Keadaan mudah lupa ini dipanggil momnesia atau pregnancy brain. Ada juga yang menggelarkannya sebagai brain fog. Jangan terkejut, masalah ini memang benar-benar wujud dan bukan rekaan semata-mata.

Apakah pregnancy brain?

Semasa mengandung, anda mungkin sukar untuk mengingati maklumat, memberi tumpuan kepada tugasan atau memberikan perhatian sepenuhnya kepada hampir semua perkara.

Inilah keadaan yang dipanggil pregnancy brain, mombrain atau brain fog (kabut otak). Sesetengah ibu hamil mengadu mereka mudah lupa, tidak berupaya melakukan pelbagai tugas serta mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian pada perbincangan jangka masa panjang semasa tempoh kehamilan mereka. 

Keupayaan mereka untuk fokus, mengingat atau melakukan pelbagai tugas tanpa masalah ketika sebelum hamil nampaknya terganggu sepanjang kehamilan

Bilakah bermulanya pregnancy brain atau pelupa?

Pregnancy brain boleh bermula seawal trimester pertama kehamilan apabila badan anda mengalami perubahan hormon yang luar biasa. Insomnia adalah penyakit biasa pada awal kehamilan, yang juga boleh memburukkan lagi keadaan momnesia

Walaupun tiada kajian saintifik yang boleh mengesahkan bila pregnancy brain ini bermula, perkongsian pengalaman daripada ibu-ibu hamil menunjukkan bahawa keadaan ini paling teruk berlaku pada trimester ketiga kehamilan.

Bagaimanapun, ada kajian lain yang mendedahkan masalah kelupaan dan kognitif ini boleh bermula seawal trimester pertama kehamilan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang menyebabkan mudah jadi pelupa ketika hamil?

Masalah jadi pelupa ketika hamil ini tidak diketahui sebab sebenarnya namun ada teori yang menunjukkan beberapa faktor mungkin menjadi punca kepada permasalahan ini.

Antaranya termasuklah:

#1. Kurang tidur

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami beberapa tahap sukar tidur pada satu ketika semasa kehamilan mereka. Ramai ibu mengandung akan mengalami keletihan yang ketara pada trimester pertama dan mungkin tidak pernah merasa rehat yang secukupnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat kekurangan tidur, ada kemungkinan fikiran anda boleh jadi blur. Ia sekaligus boleh memberi kesan kepada mood dan ingatan anda.

Apabila anda tidur, otak anda akan membentuk rangkaian penting yang membantu anda memahami dan memproses maklumat, jadi tidak cukup tidur boleh menjadi punca kepada anda kehilangan rantaian ingatan anda. 

#2. Perubahan hormon

Tidak mengejutkan bahawa hormon memainkan peranan dalam pelbagai penyakit berkaitan kehamilan.

Semasa kehamilan, badan anda mengalami peningkatan ketara dalam banyak hormon seperti progesteron dan estrogen, dan sesetengah doktor dan saintis merasakan bahawa peningkatan yang ketara ini boleh menjejaskan keupayaan anda untuk berfikir dengan jelas, mengingat dengan mudah dan menumpukan perhatian dengan teliti.

#3. Tekanan & kebimbangan

Apabila anda hamil, adalah selamat untuk menganggap anda mempunyai banyak perkara yang difikirkan. Anda akan membawa kehidupan baharu ke dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkit berat namun mengujakan, serta sangat menggembirakan. Tidak hairan bahawa anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian kerana fikiran anda tertumpu kepada perkara lain.

#4. Perubahan struktur otak

Beberapa kajian menunjukkan bahawa anatomi otak wanita berubah semasa kehamilan. Perubahan ini berkemungkinan berlangsung sekurang-kurangnya sehingga enam tahun selepas bersalin.

Penyelidik percaya bahawa badan sedang mengeluarkan rangkaian saraf yang tidak lagi diperlukan untuk menjadikan otak lebih cekap dan disesuaikan untuk persediaan menjadi ibu yang boleh membantu wanita bertindak balas terhadap bayi baru lahir mereka.

Mereka juga membuat hipotesis bahawa perubahan dalam anatomi otak mungkin dikaitkan dengan gangguan ingatan.

Gejala pregnancy brain

Keadaan ini yang dipanggil momnesia merujuk kepada kesukaran kongnitif dikatakan ada ibu hamil yang mengalaminya bukan hanya ketika mengandung namun kadangkala selepas kelahiran. 

Antara gejalanya termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • masalah ingatan
  • pelupa
  • ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian
  • kurang peka
  • fikiran menerawang
  • lalai
  • cemerkap
  • kekeliruan
  • kesukaran membaca
  • kesukaran mengingat perkataan dan nama

Cemerkap ketika hamil: Ia juga mungkin bukan hanya brain fog

Kebanyakan wanita hamil berasa lebih cemerkap semasa trimester kedua kehamilan, apabila bayi mereka mula membesar dan perut semakin terbonjol.

Ada juga yang merasakan perkara ini berlaku lebih awal daripada trimester kedua. Cemerkap semasa hamil dikatakan bukan hanya disebabkan momnesia.

Apabila bayi semakin membesar dan perut lebih terbonjol ligamen yang longgar juga boleh mengalihkan pusat graviti anda, menyebabkan anda hilang keseimbangan.

Di samping itu, tidak dapat melihat melepasi perut anda ke kaki juga boleh membuatkan anda jadi lebih clumsy atau cemerkap seperti bawa air pun tumpah. 

Oleh itu, adalah penting untuk lebih berhati-hati dalam tempoh ini untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan membawa objek yang akan membuat anda kehilangan keseimbangan, sentiasa pegang rel tangan apabila anda menaiki dan menuruni tangga atau pegang pada seseorang terutamanya apabila anda berada pada trimester ketiga) dan pakai kasut yang menyokong kaki dan keseimbangan anda.

Bagaimana mengatasi masalah pelupa ketika hamil?

Anda boleh meningkatkan ketajaman fikiran anda semasa hamil dengan mengambil beberapa langkah merangsang otak. Antaranya termasuklah:

#1. Tidur

Mungkin sukar untuk tidur dengan betul dan selesa semasa hamil, tetapi mendapatkan tidur yang mencukupi akan menyegarkan ingatan anda dan mengelakkan anda daripada terus hanyut.

Semasa tidur, otak anda boleh membina sambungan dan rantaian penting yang menggalakkan fungsi kognitif, oleh itu jadikan rehat sebagai keutamaan.

#2. Makan secara sihat

Kami memahami bahawa anda mungkin mempunyai keinginan yang luar biasa dan selera makan yang tidak pernah puas semasa kehamilan.

Tiada masalah untuk mengikut selera anda, namun pastikan anda tetap mengambil makanan sihat mengikut portion yang diperlukan oleh ibu hamil bagi menyeimbangkan diet seharian anda.

Diet antioksidan dan kaya vitamin dibuktikan mampu meningkatkan fungsi otak. Justeru, makanan-makanan yang kaya dengan kandungan ini perlulah dimasukkan dalam senarai beli-belah anda. Ia termasuklah:

  • Telur. Kolin dan vitamin yang membantu menghasilkan asetilkolin, yang membantu menenangkan mood dan menguatkan daya ingatan meningkatkan ingatan. Khasiat ini banyak terdapat dalam kuning telur.
  • Bluberi. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi, yang membantu melawan kabut otak dan dan meningkatkan rantaian komunikasi antara sel-sel otak.
  • Bayam. Sayuran hijau berdaun tinggi dengan vitamin K, folat serta vitamin dan mineral yang merangsang keupayaan otak dan membantu anda untuk berfikir dan mengingat.
  • Asid lemak omega-3. Salmon dan ikan berlemak lain mengandungi DHA dan asid lemak omega-3 yang tinggi, yang membantu dalam pembentukan sel otak yang diperlukan untuk kognitif dan ingatan.
  • Banyakkan minum air. Air sentiasa penting, tetapi ia mungkin lebih penting semasa kehamilan dan pemulihan selepas bersalin - terutamanya jika anda sedang menyusu. Ia mengelakkan anda daripada dehidrasi yang diketahui boleh menjejaskan fungsi otak. Walau hanya sedikit dehidrasi, ia tetap boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menumpukan perhatian dan menghabiskan sepenuhnya tahap tenaga anda.

#4. Bersenam

Senaman yang kerap dengan syarat ia selamat dan dipersetujui doktor anda sahaja memastikan anda sihat sepanjang kehamilan, tetapi ia juga boleh menajamkan ingatan anda dan membantu anda tidur lebih lena pada waktu malam serta meningkatkan fokus anda pada siang hari.

#5. Tetapkan reminder

Jika anda menghadapi masalah mengingati sesuatu atau kekal fokus, cuba laksanakan beberapa teknik pencetus minda yang mudah. Planner setiap hari mungkin boleh membantu anda rasa tidak teratur dan kekal terkawal.

Tetapkan agenda anda dalam buku dan catatkan juga pada kalender telefon anda. Catatkan mesyuarat atau tugasan penting bagi memastikan anda tidak terlupa sebarang tugasan penting yang perlu diselesaikan. 

#6. Catat nota anda

Semuanya hendaklah ditulis dalam buku nota kecil atau aplikasi dalam telefon anda. Ia tidak perlu canggih; hanya mempunyai segala-galanya dalam satu tempat yang mudah untuk anda ingat maklumat. Anda juga boleh ambil gambar untuk menyimpan nota visual maklumat penting.

#7. Main permainan yang merangsang otak

Sama seperti otot anda memerlukan senaman untuk ia berfungsi pada tahap terbaik, otak anda juga akan mendapat manfaat daripada senaman mental.

Teka-teki silang kata, Sudoku dan aktiviti lain akan meningkatkan keupayaan minda anda. 

#8. Hargai diri sendiri

Semasa dan selepas kehamilan, anda mempunyai banyak perkara yang berlaku secara fizikal, mental dan emosi. Jangan mencela diri anda jika ada apa-apa yang buat anda terlupa dan anda tidak boleh mengelaknya. 

Sisi lain momnesia

Walaupun keadaan ini akan menyebabkan seseorang ibu hamil itu mengalami keadaan pelupa dan lalai, kerana kehilangan keupayaan untuk fokus dan berfikir dengan jelas, tetapi dengan masa dan rehat yang cukup anda boleh mendapatkan semula diri anda yang lincah dengan fikiran tajam yang dulu.

Walaupun ia mungkin membuatkan anda lalai, perubahan ini dikatakan boleh melahirkan ibu ayah yang lebih prihatin dan responsif terhadap tugas keibubapaan. 

Sesetengah pakar percaya perubahan ini membantu menyediakan ibu ayah dengan persediaan menghadapi kesukaran menjaga bayi seperti meningkatkan keupayaan mereka untuk menguruskan tekanan dalam masa sama menjadi lebih peka terhadap keperluan bayi. 

  1. Healthline.com (June 11, 2020). Is Pregnancy Brain Real?. www.healthline.com/health/pregnancy/is-pregnancy-brain-real#what-it-is
  2. webmd (September 3, 2014). Pregnancy Brain: Myth or Reality?. www.webmd.com/baby/features/memory_lapse_it_may_be_pregnancy_brain

Artikel ini mendapat kebenaran dari theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fakta atau Auta? Ibu Mengandung Jadi Pelupa Teruk Ketika Hamil

Baca juga: 10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

Baca juga: Tahniah! Dr Amalina Bakri Mengandung Anak Pertama, Kongsi Tips Buat Ibu Yang Bekerja

Penulis

Lala Annuar