Anda tahu kan pemakanan ibu hamil trimester pertama harus dijaga dengan sebaiknya? Ibu perlu mengamalkan vitamin dan nutrisi yang secukupnya kerana ia penting bagi kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Vitamin yang dimaksudkan di sini adalah asid folik yang wajib diambil oleh ibu sepanjang sembilan bulan kehamilan.
Namun, ini yang terjadi kepada sepasang suami isteri yang kehilangan zuriat tercinta kerana si kecil itu menghidap anencephaly yang ada kaitan dengan tidak mengambil asid folik sejak di awal kandungan.
Ikuti kisah malang ini seperti di bawah…
Anak hidap Anencephaly
Namun doktor mendapati anak kami abnormal baby (anencephaly) semasa melakukan ujian imbasan itu.
Anencephaly adalah penyakit yang terjadi pada bayi baru lahir tanpa otak atau mengalami kecacatan otak. Maksunya, otak bayi tidak membentuk dengan sempurna dan bayi yang lahir dengan masalah ini berisiko tinggi serta tidak boleh bertahan lama.
Pemakanan ibu hamil trimester pertama iaitu asid folik kurang jadi punca
Menurut doktor, salah satu penyebab yang boleh terjadinya masalah ini adalah kerana kukurangan asid folik sebelum mengandung dan pada masa awal kehamilan.
Lebih menyedihkan semasa scan, si kecil dalam perut ini sangat aktif dan menendang comel perut ibu. Apatah lagi, dapat dilihat si kecil ini seolah-olah menyorokkan masalah yang dihadapi pada ibu dan abi.
Semasa scan, dua orang doktor pakar lakukan ujian imbasan untuk mengesahkan sama ada si kecil ini betul-betul anencephaly atau tidak. Seterusnya, doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk menenangkan fikiran seterusnya membuat kata putus.
Kata doktor, sekiranya bersalin awal atau melahirkan secara normal, jangka hayat si kecil ini tidak dapat bertahan lama.
Kemungkinan satu atau dua jam sahaja. Paling lama pula mungkin dua ke tiga hari. Lebih sedih kandungan semasa itu sudah masuk tujuh bulan dan berbaki dua bulan saja lagi sebelum due date.
Namun, kami memilih untuk bersalin awal demi kebaikan bersama dan tak sanggup rasanya melihat si kecil ini sakit.
Air ketumban kurang sukar nak scan secara jelas
Sungguh besar ujian Allah kepada kami, sebab lima bulan ibu alami alahan dan lepas makan asyik muntah-muntah. Bahkan, tiap malam sebelum ibu tidur, abi kena gosok belakang ibu baru dia dapat tidur. Pengalaman ini, abi tidak akan lupa sampai bila-bila.
Selepas itu, kami cuba pergi klinik swasta buat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang, si kecil ini tidak mahu tunjuk wajah pada ibu dan abi.
Si kecil ibu dan abi ini tutup dengan kaki dan tangan semasa dalam kandungan ibu. Apatah lagi, ibu memberitahu air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas diusik dari scan tapi adik tetap tutup muka mungkin enggan ibu dan abi bersedih.
Dapat hidup 18 jam
16 Julai, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukkan ubat supaya dapat bersalin awal. Setelah enam hari barulah adik keluar. Alhamdulillah, abi orang pertama yang dapat azankan adik. Abi bersyukur dapat dengar adik menangis walaupun doktor beritahu jangka hayat adik tidak lama. Akhirnya adik pergi selepas 18 jam dilahirkan.
Saya menyeru kepada wanita di luar supaya tidak lupa mengambil asid folik sebelum mengandung dan semasa di awal kandungan sebagai persediaan untuk mengelakkan kehamilan yang tak dirancang dan seterusnya mengalami komplikasi yang membimbangkan. Mungkin salah kami juga tidak rancang dahulu sebelum mengandung.
Buat para ibu diluar jika sudah tahu hamil jangan sesekali mengabaikan pengambilan vitamin ini supaya kejadian sama seperti kami tidak berulang kepada anda. Mencegah lebih baik dari mengubati namun Allah jua sebaik-baik perancang.
Namun begitu, Abi bersyukur Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal adalah ibu dan abi kini mempunyai anak syurga.
Semoga kesedihan ini akan digantikan dengan sesuatu yang lebih membahagiakan di kemudian hari kelak.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Sirap Limau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik