JIJIK! Bibik Kantoi Meludah Dalam Susu Budak, 5 Perkara Wajib Buat Bila Ada Maid

Bagi yang guna khidmat pembantu rumah sudah pasti mereka ada alasan tersendiri ia termasuklah atas kekangan waktu kerja yang tidak menentu dan sebagainya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam dunia yang semakin sibuk ini, salah satu keperluan dalam sesetengah isi rumah adalah pembantu rumah atau bibik. Ibaratnya pembantu rumah ini adalah pelengkap dalam sesebuah keluarga. Walaupun tidak semua, tetapi rata-rata isi rumah di Malaysia mempunyai pembantu rumah sendiri.

Ada juga yang tidak selesa orang luar tinggal di rumahnya justeru mereka ini lebih memilih untuk menghantar anak ke pengasuh atau nurseri.

Tetapi bagi yang memilih mengambil khidmat pembantu rumah sudah pasti mereka ada alasan tersendiri ia termasuklah atas kekangan waktu kerja yang tidak menentu dan sebagainya. Walau apa juga alasan, anda berhak untuk memantau mereka ini.

Menurut laporan coconuts, seorang pembantu rumah di Hong Kong tertangkap meludah ke dalam botol susu bayi ketika sedang membancuh susu.

Pembantu rumah ludah susu anak

Kredit foto: coconuts.co

Jijik sungguh melihat video yang dikongsikan portal berkenaan. Semoga bayi yang meminum susu itu berada dalam keadaan baik-baik saja.

Menurut laporan itu juga, Pengerusi Hong Kong Employment Agencies Association, berkata biasanya kejadian seperti itu berlaku akibat rasa tidak puas hati pekerja terhadap majikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka biasanya akan membalas dendam terhadap anak-anak majikan yang dijaga kerana kesannya tidak terlalu ketara berbanding melakukan perkara lain.

Cara meludah dalam susu adalah halus yang sangat sukar untuk dikesan kecuali dengan rakaman atau melihat sendiri dengan mata kasar.

Siapa pula sangka ada yang sanggup meludah dalam susu bayi kan? Jadi jarang sekali untuk ibu atau ayah memeriksa susu anak mereka. Jika makanan yang diletakkan bendasing mungkin mudah untuk dikesan, tetapi air liur dalam susu terlalu mustahil untuk dikesan.

Pembantu rumah biasanya memberontak kerana mereka dipaksa bekerja melebihi daripada waktu yang sepatutnya selain tidak diberikan cuti yang sepatutnya. Jadi anak majikanlah jadi mangsa bila marah menguasai mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 cara uruskan pembantu rumah bagi elak masalah

Pembantu rumah juga manusia, mereka bukannya robot yang anda boleh kerah sesuka hati anda. Ada caranya mendisiplinkan mereka, tidak perlulah menggunakan kekesaran atau mendera mental mereka kerana mereka berkhidmat untuk kita. 

Ada beberapa cara yang dikongsikan mereka yang berpengalaman menggajikan pembantu rumah, ia termasuklah

#1. Biasakan mereka dengan peraturan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto : iluminasi.com

 

Pastikan anda menerangkan mengenai peraturan berkait agensi dan juga pihak berkuasa kepadanya. Dia juga mesti tahu peraturan rumah yang wajib diikuti kerana peraturan yang anda tetapkan adalah berdasarkan kepada agensi dan juga pihak berkuasa.

Beri pada mereka sesalinan apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan dan apa kesannya jika mereka melanggar peraturan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Simpan pasport dan buku bank mereka

Anda perlu pastikan simpan pasport dan buku bank mereka di tempat yang selamat. Jika bekerja paling selamat adalah di pejabat kerana mereka tidak datang ke pejabat anda. Pasport yang berada di tangan pembantu rumah memudahkannya untuk terus cabut lari jika berlaku sesuatu.

Bukan untuk mendera atau mengawal pergerakan mereka, tetapi ini sebagai jaminan keselamatan kerana anda sudah mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat mereka.

Majikan perlu buka akaun bank atas nama pembantu rumah bagi memudahkan mereka menerima gaji dan mereka boleh menghantar wang ke kampung tetapi mengikut jadual gaji yang ditetapkan agensi.

#3. Pasang CCTV

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: Media Adil

Pasang CCTV di tempat yang sepatutnya. Usahlah pasang di bilik tidur. Jika mahu sangat, mungkin boleh pasang yang hanya merekodkan suara saja. Jika pasang jenis video, akan akan menganggu provasi mereka. Anda pula yang didenda nanti!

#4. Jangan biar mereka terlalu bebas

Pastikan mereka tidak terlalu bebas. Sila pantau pergaulan mereka ini kerana mereka mungkin selalu bercakap mengenai majikan dan sebagainya. Tidak digalakkan pembantu rumah memiliki telefon bimbit kecuali dalam keadaan yang sangat perlu.

Pantau juga bil telefon rumah anda. 

#5. Jangan terlalu percaya, sentiasa peka

Jangan terlalu percaya dan memberi muka. Boleh jadi baik tetapi bertegaslah dengan mereka supaya mereka tahu batas dengan anda. Jangan terlalu memberi muka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: coconuts.co, kerjarumahtangga2020

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/bayi-lebih-suka-pembantu-rumah-daripada-ibu

Penulis

Lala Annuar