X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu ini pecat pembantu rumahnya yang paling dipercayai. Anda harus tahu mengapa.

5 min bacaan
Ibu ini pecat pembantu rumahnya yang paling dipercayai. Anda harus tahu mengapa.

Kepercayaan akan diletakkan pada mana-mana pembantu rumah yang telah diupah. Tapi, bagaimana jika kepercayaan itu dikhianati, malah hingga boleh meletakkan anak anda dalam keadaan bahaya?

Di Singapura, mereka bertuah kerana berpeluang untuk mencari pembantu yang boleh membantu menyiapkan kerja rumah dan menjaga anak-anak dengan mudah. Mereka pula semakin mempercayai pembantu rumah ini hingga mula menganggap mereka sebahagian daripada keluarga – sama seperti yang dilakukan Sarah*.

Sarah ceritakan kisah ini pada theAsianparent. Sama ada anda seorang pembantu rumah atau bukan, kisah ini pasti akan mengejutkan anda.

Namun jangan salah faham. Kisah ini bukan untuk membuatkan anda hilang percaya pada mana-mana pembantu rumah. Tapi, anggaplah kisah ini sebagai pembuka mata, sebuah teladan dan peringatan agar sentiasa berwaspada dengan tanda-tanda bahaya atau red flag dalam tingkah laku pembantu rumah anda.

outdoor-featured

Sarah tiada sebab untuk tak percaya Mary, pembantu rumahnya. Malah, jiran-jiran juga memuji Mary, apabila melihat Mary mesra melayan anak-anak Sarah di taman permainan.

Kisah Sarah

Mary* telah 18 bulan duduk di sini dan mendapat kepercayaan kami suami isteri.

Malam Sabtu lepas, ketika dia sedang menjaga anak-anak kami (yang berusia 3 dan 1 tahun), saya beritahu dia yang kami akan keluar dan pulang lewat ke rumah. Saya minta agar dia tak tunggu kami pulang (dia selalu berjaga untuk tunggu kami pulang).

Mary mengerti, dan mengatakan yang dia akan pulang keesokan paginya (Ahad). Namun, Mary bertegas dia akan keluar seawal pagi, bermaksud kami tidak akan berjumpa dengannya pada pagi Ahad itu. Mary juga berharap anak-anak kami tidak akan terjaga pada lewat malam. Saya tak fikir panjang tentang apa yang dia bicara. Tapi sekarang, baru saya faham semuanya berkaitan.

Kami keluar selepas anak-anak masuk tidur. Kami pulang lewat malam, lebih kurang pukul 2.30 pagi (Ahad). Sebelum tidur, saya ke dapur untuk minum air. Saya lihat pintu bilik Mary tertutup. Saya kemudiannya menutup pintu kaca di dapur basah.

epmty-bed

Sarah tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila dia sedar Mary tidak tidur dalam biliknya semalam.

Saya bangun pukul 7 pagi untuk mendapatkan anak kecil saya, sebelum saya lihat pintu kaca di dapur basah masih tertutup. Aneh, selalunya Mary akan buka pintu kaca itu setiap pagi. Mungkin dia masih tidur, fikir saya. Pada pukul 8 pagi, saya periksa bilik Mary. Tiba-tiba, saya sedar yang Mary tidak tidur di dalam bilik semalam!

Suami terus ke pondok pengawal untuk periksa rakaman CCTV dari kondo. Rakaman waktu tengah malam semalam hingga 6 pagi hari Ahad langsung tidak menunjukkan Mary keluar dari kondo. Saya suruh suami pergi periksa sekali lagi. Kali ini, periksa rakaman daripada pukul 8 malam (Sabtu) pula. Ya, ada rakaman Mary keluar dari kondo – pukul 9.30 malam.

Maknanya Mary telah tinggalkan anak-anak kami keseorangan di rumah selama lebih daripada 5 jam!

Kebetulan, malam itu ada ribut petir. Anak lelaki saya beritahu dia dengar bunyi yang sangat kuat pada keesokan paginya (bunyi salah satu tanaman di luar patah dan jatuh). Bagaimana kalau dia bangun di tengah-tengah malam, ketakutan dan lihat tiada siapa di rumah?

Kami menelefon dan menghantar pesanan SMS pada Mary bertubi-tubi. Akan tetapi, Mary tidak mahu mengaku akan kesalahannya, dan menyalahkan kami kerana tidak percaya kata-katanya.

Tiada apa lagi yang perlu dijelaskan. Mary dipecat dan dihantar pulang pada malam hari Isnin. Ini sebuah pengajaran yang amat berguna buat saya dan suami. Saya harap tiada siapa akan melalui perkara seperti ini.

Sarah beritahu pihak kami, ada beberapa “perbuatan pelik” atau amaran daripada sikap Mary yang patut dia sedar awal dulu. 

Mengimbas kembali…

Sarah menjelaskan terdapat beberapa tanda-tanda bahaya atau red flag dalam tingkah laku Mary – beberapa malam sebelum ini dan pada malam Sabtu tersebut. Sepatutnya, Sarah sedar dengan tingkah laku yang “aneh” ini.

Berikut penjelasan Sarah:

Tanda pertama ada sesuatu yang tidak kena adalah bila Mary mati-matian mengatakan yang dia akan keluar dari rumah pukul 6 pagi keesokan harinya. Mary memang selalu keluar rumah waktu pagi, tapi kali ini dia bertegas kami tidak akan berjumpa dengannya keesokan pagi, kerana dia sudah keluar.

Malah, Mary juga asyik cakap yang dia harap anak-anak kami tidak akan terjaga selepas lewat malam. Saya pula cakap yang anak-anak kami sekarang tidur sepanjang malam. Bila fikir balik, saya rasa itu taktik Mary untuk tahu jika anak-anak akan bangun atau tidak.

attitude

Perhatikan tanda-tanda kecil; seperti perubahan sikap, sifat endah tidak endah dalam melakukan tugas dan biadap yang melampau.

Berubah sikap

Saya tiada sebab untuk tak percayakan Mary. Semua teman dan jiran memuji Mary, melihat betapa mesra dia melayan anak-anak kami di taman permainan dalam kondo.

Tapi kalau imbas balik, saya perasan Mary mula berubah sikap sejak beberapa bulan lepas. Dia lebih leka ketika melakukan kerja. Dulu dia tak begitu.

Stories Rakan Kongsi
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare

Sikapnya pada saya dan suami juga berubah menjadi biadap. Contohnya, pernah sekali ketika kami suami isteri di luar negara, kerja pembaikpulihan harus dijalankan di rumah pada hari Sabtu. Saya minta Mary duduk di rumah, tapi permintaan saya dibalas dengan ungkapan “Wow, teruknya!”

Bukan ini caranya untuk bercakap dengan majikan, kan?

Kami tak mengongkong Mary. Waktunya dengan kami amat fleksibel. Ya, Mary ada teman lelaki dan kami sentiasa beri Mary cuti setiap hujung minggu, agar dia boleh menjalani kehidupannya. Saya rasa tindakan ini memakan diri.

Saya bekerja di rumah, namun saya masih memerlukan seorang pembantu untuk melihat dan menjaga anak-anak saya. Maka, kami terpaksa mengambil pembantu rumah sekali lagi. Tapi kali ini, semuanya telah berubah.

Apa yang berubah? Satu – pembantu rumah kini seorang wanita yang lebih tua, berusia 45 tahun – maka dia mesti lebih bertanggungjawab dan mungkin tidak mempunyai teman lelaki. Pembantu rumah baru ini juga hanya akan bekerja pada hari Sabtu, dan saya tak benarkan hingga lewat malam.

Pada sesiapa yang membaca kisah ini, saya harap kisah ini dijadikan teladan. Dan ingat, kalau anda pulang lewat, sentiasa periksa jika pembantu rumah masih ada di rumah atau tidak!

*bukan nama sebenar.

Anda pernah melalui pengalaman yang sama? Kongsikan kisah anda dengan kami – hanya tinggalkan komen anda di bawah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah benar
  • /
  • Ibu ini pecat pembantu rumahnya yang paling dipercayai. Anda harus tahu mengapa.
Kongsikan:
  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham