Sebagai ibu bapa kita tentunya ingin memberi yang terbaik kepada anak-anak meskipun kehidupan tidaklah seindah seperti mana orag lain. Inilah jua yang berlaku kepada seorang ayah ini yang merupakan pembuat roti .
Pengorbanan si pembuat roti ini adalah demi kepentingan dan keselamatan anak-anaknya walaupun hidupnya susah.
Pembuat roti ini keluar berjual sambil menggendong anak setiap hari
Pembuat roti tersebut bernama Tarmuji berasal dari Jawa Tengah, Indonesia yang menggalas tugas sebagai seorang ayah dan ibu pada masa yang sama kepada keluarga kecilnya.
Ini kerana, isteri Tarmuji telah meninggal dunia pada Ogos 2019 yang lalu. Jadi kini, dialah yang banyak mengurus kedua-dua orang anak perempuannya yang diberi nama Tika Novianto dan Fitri Augustina setiap hari.
Buat pengetahuan, Tika anak sulung Tarmuji kini sudah bersekolah jadi disebabkan tiada sesiapa di rumah dan tiada siapa yang boleh menjaga anak bongsunya, maka tarmuji menggendong anak keduanya itu menggunakan motor setiap kali keluar menjual roti.
Alasan Tarmuji berbuat demikian adalah kerana Fitri yang berumur lima tahun itu menghidap lumpuh iaitu satu penyakit yang membuatnya sukar berjalan dan bergerak.
Ia disebabkan polio atau penyakit lain yang menyerang tulang belakang Fitri.
“Jika saya ingin keluar menjual roti maka Fitri akan saya gendong atas motor kerana risau jika dia bersendirian dalam rumah,” katanya.
Sedih bila anak kena hujan semasa dia menjual roti
Bayangkan setiap hari, Tarmuji keluar menjual roti dari pagi sehingga menjelangnya waktu Maghrib.
Namun kebiasannya, dia akan pulang pada tengah hari untuk berehat di rumah sambil memberi Fitri makan dan membawa bekalan makanan untuk Tika di sekolah.
Kemudian sampai sahaja waktu Asar dia akan berjualan lagi sehingga tibanya solat Maghrib.
Sebagai seorang ayah, Tarmuji mengakui rasa sedih setelah melihat anaknya kebasahan dalam hujan semasa menjual roti.
” Walaupun musim hujan, Fitri terpaksa mengikut saya menjual walaupun tahu badannya akan basah lencun,”. tambahnya lagi.
Malah dia turut akui tidak mudah menggalas tugas sebagai ayah sekaligus ibu kepada anak-anaknya. Namun, dia tetap bersemangat dan rela berkorban demi membesarkan kedua-dua puterinya itu.
Apapun, dia bersyukur kerana ada saja orang baik yang selalu sedekahkan makanan atau jajan pada anaknya itu semasa keluar menjual roti.
Setiap hari Tarmuji mendapat upah sebesar 16% hasil dari jualan roti. Biasanya dia akan mendapat upah sekiar Rp 20 hingga 60 ribu bergantung pada jualan.
Dengan upah tersebut, tarmuji membiayai sekolah anaknya dan menyimpan hasrat untuk membaiki rumahnya.
Apa itu lumpuh?
Perkataan lumpuh itu disebut dalam perubatan adalah Acute Flaccid Paralysis. Namun, ia sering mengelirukan orang ramai yang mengatakan ia berpunca dari polio tapi sebenarnya polio itu yang menyebabkan lumpuh.
Menurut Dr Rismarini, lumpuh merupakan penyakit yang terjadi disebabkan oleh radang pada sumsum tulang belakang.
Malahan ada banyak faktor yang dapat menyebabkan terjadinya lumpuh seperti trauma, terjatuh secara tiba-tiba sehingga langsung tidak dapat bergerak lagi.
Walaubagaimanapun, bagi penyakit polio ia dapat dicegah dengan pemberian vaksin semasa anak masih kecil yang boleh diambil dari klinik dan hospital.
Bagi pesakit lumpuh ia bergantung pada penyabab terjadinya keadaan itu. Sekiranya berpunca dari sindrom tertentu mereka mungkin boleh sembuh jika mendapat rawatan yang sewajarnya.
Namun kalau polio, kaki pesakit akan mengalami penyesutan dan kecil dari saiz normal.
Justeru, kami di theAsianparent Malaysia berharap Tarmuji dan anak-anaknya selalu tabah menjalani hidup ini. Walaupun hidup serba kekurangan namun mereka tetap boleh bahagia seperti keluarga yang lain.
Semoga artikel ini memberi teladan untuk kita semua dan jangan lupa kongsikannya di laman sosial facebook dan tag rakan-rakan anda yang lain.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comresipi-roti-untuk-bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!