Ibu Ayah Mencari Pemotong Kuku Bayi Yang Selamat? Ini 10 Pemotong Kuku Terbaik Pilihan Kami

Memotong kuku bayi mungkin pengalaman yang paling menakutkan sebagai ibu baru. Ini antara pilihan pemotong kuku yang terbaik untuk si kecil!

Biasanya, aktiviti memotong kuku bayi buat kali pertama boleh jadi saat yang mengerikan dan boleh menyebabkan ibu ayah sedikit stress, namun tidak lagi jika anda memilih pemotong kuku yang betul.

Mana tidaknya, jika tersilap langkah ia boleh mencederakan bayi anda. Walaupun kuku bayi sangatlah lembut dan mudah lentur namun jaga-jaga kerana ia boleh menyebabkan kulit calar. Jadi, pemilihan pemotong kuku bayi sangatlah penting. Cuba semak semula list anda, jangan sampai tertinggal ya!

Penting Pemotong Kuku Untuk Penjagaan Rapi

Selain kulit dan rambut, kuku merupakan bahagian tubuh yang penting untuk melindungi kulit dengan baik. Dalam beberapa minggu pertama, ibu ayah akan mendapati kuku bayi tumbuh dengan cepat. Nampak sahaja lembut tetapi ia sangat tajam ya!

Jika ibu membiarkan kuku panjang pada si comel, ia pasti boleh meninggalkan kesan calar merah pada wajah dan anggota badan bayi yang lain akibat tergores. Ini kerana, bayi masih tidak dapat mengawal pergerakan tangan disebabkan kawalan otot mereka yang masih lemah.

Jadi, mahu tidak mahu anda sebagai ibu ayah perlulah berani untuk memotong kuku si manja dengan kerap agar tidak sampai mencalarkan wajah mereka sendiri.

Pemilihan Pemotong Kuku Bayi Terbaik Untuk Bayi

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, penjagaan kuku adalah sangat cliche dan tidak perlu diperbesarkan. Padahal, penjagaan kuku bayi sangat penting dan perlulah dipantau sejak hari ke-3 atau hari ke-4 selepas bersalin.

Memandangkan kulit bayi sangat lembut sehingga memerlukan ketelitian dan kesabaran, maka apa yang ibu ayah boleh buat adalah cuba bersikap tenang dan relaks semasa proses potong kuku bayi. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dan mudah untuk memotongnya. 

Berikut adalah beberapa tips sebelum membeli pemotong kuku untuk bayi.

1. Pilih reka bentuk yang sesuai untuk kulit bayi.

Penting untuk memilih reka bentuk yang mudah dipegang dan tidak terlalu lebar. Sesuai dengan saiz ukuran jari bayi supaya bayi selesa dan tidak terganggu.

2. Pilih pemotong kuku yang mempunyai permukaan melengkung.

Sebelum membeli pengetip kuku, perhatikan bentuk pemotongnya sama ada lurus atau melengkung. Ini kerana, bentuk melengkung lebih mudah digunakan untuk bayi.

3. Pilih pemegang pemotong kuku yang besar dan ringan.

Pemegang pemotong kuku yang besar boleh memastikan ibu dapat memegang dengan selamat tanpa tergelincir. Manakala, pemegang kuku yang ringan mudah dibawa kemana-mana dan senang untuk dikendalikan. 

Jenis-jenis Pemotong Kuku Bayi

Pemotong kuku biasa tidak sama seperti pemotong kuku bayi, ya. Jika anda berfikir untuk menggunakannya takut nanti akan mencederakan kulit bayi tanpa sengaja. Ini disebabkan faktor pemotong kuku yang lebih tajam dan lebih besar.

Sebelum kita teruskan kepada senarai pemotong kuku terbaik, apa kata semak dahulu jenis-jenis pemotong kuku yang terdapat di pasaran.

1. Pemotong Kuku Jenis Biasa

Pengetip kuku ini kelihatan seperti pemotong kuku biasa, tetapi masih berbeza daripada gunting kuku dewasa. Ia mempunyai pemegang cengkaman yang lebih luas  supaya ibu bapa mudah mengendalikan semasa memotong kuku bayi mereka.

Ia juga cenderung mempunyai bilah yang lebih tumpul dan bertindih untuk memastikan potongan yang sangat rapi.

2. Gunting Kuku

Sama seperti namanya, ia berfungsi untuk memotong kuku bayi anda pada sudut yang betul. Ia lebih tumpul dan cenderung mempunyai hujung yang lebih bulat dan bilah yang lebih kecil.

3. Pemotong Kuku Elektrik

Jika anda mencari pemotong kuku yang mudah, ini mungkin pilihan yang tepat.  Ia menggunakan bateri, mudah digunakan dan dapat memastikan potongan sekata dan tidak menyakitkan bayi. Kebanyakan jenis ini dilengkapi dengan lampu LED.

4. Fail kuku

Selain pemotong kuku, anda boleh menggunakan fail kuku untuk menjadikan kuku bulat dan tidak meninggalkan sebarang rasa tajam pada kuku bayi. Ia mengambil masa lebih lama dari potong kuku, tetapi sangat berbaloi.

10 Jenis Pemotong Kuku Bayi Yang Terbaik dan Selamat 

Jika anda masih tercari-cari apakah pemotong kuku yang sesuai digunakan untuk bayi anda, apa kata semak senarai yang kami, theAsianparent kongsikan ini.

Pemotong Kuku Bayi Yang Terbaik dan Selamat
Autumnz Baby Nail Clipper
Pemotong Kuku Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir
Beli di Shopee
Tommee Tippee Baby Nail Clipper
Pemotong Kuku Terbaik Dengan Pelindung Jari
Beli di Shopee
Momo House 6 in 1 Electric Baby Nail Trimmer
Pemotong Kuku Terbaik Untuk Digunakan Semasa Bayi Tidur
Beli di Shopee
MyLO Electric Nail Clipper
Pemotong Kuku Terbaik Cepat dan  Selamat
Beli di Shopee
The First Years Deluxe Nail Clipper With Magnifier For Newborn Baby
Pemotong Kuku Terbaik Dengan Kanta Pembesar
Beli di Shopee
Pureen Basic Baby Nail Clipper
Pemotong Kuku Terbaik Dengan Pemegang Besar
Beli di Shopee
Pureen Manicure Set
Pemotong Kuku Terbaik Sebagai Kelengkapan Penjagaan Rapi
Beli di Shopee
Chicco Baby Manicure 4 in 1 Set
Pemotong Kuku Terbaik Dengan Bekas Simpanan
Beli di Shopee
Mother-K Tweezer & Nail Care Set for Newborn Baby
Pemotong Kuku Terbaik Mengikut Usia Bayi
Beli di Shopee
Vanrro Babynice Electric Automatic Baby Nail Clipper
Pemotong Kuku Terbaik Dengan Teknologi Pengisaran Berputar 3D
Beli di Shopee

Autumnz Baby Nail Clipper 

Pemotong Kuku Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir

Autumnz Baby Nail Clipper direka khas untuk digunakan untuk bayi yang baru lahir. Pemegangnya yang besar membantu ibu ayah memegang pemotong kuku dengan mudah.

Jika anda inginkan pengetip kuku yang standard, ini mungkin pilihan yang tepat sekali. Hadir dengan warna putih selembut sutera yang sesuai dengan mana-mana jantina bayi.

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk pemegang yang besar menjadikan cengkaman lebih kuat
  • Ringkas tetapi berkesan
  • Sesuai untuk bayi baru lahir

Tommee Tippee Baby Nail Clipper

Pemotong Kuku Terbaik Dengan Pelindung Jari

Pengetip kuku ini mempunyai pelindung jari yang direka khas dan diperbuat daripada stainless steel yang berkualiti tinggi. Ia direka khas dengan bentuk bulat untuk kuku halus bayi, praktikal dan sangat mudah digunakan.

Saiznya yang kecil juga sesuai untuk digunakan bagi bayi yang baru lahir. Pastikan selepas setiap kali penggunaan, anda basuh pengetip kuku dengan kain lembap. Keringkan pemotong kuku bagi mengelakkan kesan karat. 

Apa yang kami suka?

  • ️Diperbuat daripada stainless steel berkualiti tinggi
  • Reka bentuk titik bulat, selamat dan tidak menyakitkan kulit bayi️️
  • Selesa dan mudah dipegang
  • ️Saiz kecil sesuai untuk kuku halus bayi
  • Dilengkapi dengan pemegang ergonomik yang mudah dipegang
  • Bebas daripada BPA SGS
  • Sesuai untuk bayi baru lahir

Momo House 6 in 1 Electric Baby Nail Trimmer

Pemotong Kuku Terbaik Untuk Digunakan Semasa Bayi Tidur

Jika anda tercari-cari nail trimmer jenis elektrik yang boleh digunakan saat bayi anda tidur, 6 in 1 Electric Baby Nail Trimmer jenama dari Momohouse ini menepati kehendak anda! Nail trimmer ini hadir dengan 6 jenis pengisar yang berbeza supaya parents boleh menggunakannya mengikut keperluan.

Apa yang bestnya, ia direka khas dengan mood senyap supaya tidak mengganggu bayi semasa tidur. Ia juga dibina dengan kawalan satu butang bagi memudahkan pengguna memilih sudut yang betul dan kekuatan yang sesuai semasa menggunakannya.

Dengan reka bentuk ergonomik, menjadikan anda dapat memegangnya dengan baik dan tidak tergelincir. Nail trimmer ini sangat sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa.

Apa yang kami suka?

  • Satu butang untuk kawalan
  • Motor senyap dengan 35dB
  • Reka bentuk ergonomik, kecil dan mudah dibawa
  • Mempunyai lampu untuk penglihatan malam
  • 6 kepala trimmer yang berbeza
  • Selamat pada jari dan kuku kaki bayi
  • 360 darjah - Boleh diputar mengikut arah dan lawan arah jam

MyLO Electric Nail Clipper

Pemotong Kuku Terbaik Cepat dan  Selamat

MyLO Electric Nail Clipper memberikan anda pengalaman baharu yang menyeronokkan saat memotong kuku bayi. Ia mengambil masa kurang 1 minit untuk memotong semua kuku jari bayi.

Pemotong kuku jenis ini mempunyai bilah berpaten yang lembut pada kulit bayi. Selain itu, ia mempunyai 2 mod untuk pemotongan kuku yang lebih lembut tetapi tajam.

Manakala, ia menggunakan pengecasan USB dan pensterilan UV semasa pengecasan membantu pemotongan yang lebih kemas dan rapi. 

Turut dilengkapi dengan LED untuk digunakan dalam bilik gelap semasa si kecil tidur. Menarik bukan?

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk bayi berusia 3 bulan dan ke atas
  • Bunyi yang senyap dan tidak menganggu bayi
  • Hayat bateri panjang
  • Kecil dan ringan

The First Years Deluxe Nail Clipper With Magnifier For Newborn Baby

Pemotong Kuku Terbaik Dengan Kanta Pembesar

Y7064 Deluxe Nail Clipper membolehkan anda memotong kuku bayi tanpa tersasar. Ia didatangkan dengan kanta pembesar 4x untuk meningkatkan keyakinan dan anda boleh memotong kuku dengan tepat dan selamat.

Pemotong kuku ini mempunyai pemegang berbentuk ergonomik dan bersaiz kecil. Jadi, selepas ini anda akan menarik nafas lega setelah mempunyai pemotong kuku jenis ini di tangan!

Apa yang kami suka?

  • Bilah stainless steel
  • Kanta pembesar membantu ketepatan mata semasa potong kuku
  • Reka bentuk ergonomik
  • Ringan dan kecil

Pureen Basic Baby Nail Clipper 

Pemotong Kuku Terbaik Dengan Pemegang Besar

Pengetip kuku dari jenama Pureen ini mempunyai rekaan melengkung di tepi supaya selamat diguna. Reka bentuk yang kecil mengikut saiz jari bayi menjadikan ia senang untuk memotong kukunya.

Disertakan dengan pemegang yang besar untuk cengkaman dan kawalan yang lebih baik ketika memotong kuku.

Apa yang kami suka?

  • Melengkung
  • Reka bentuk kecil dan warna yang menarik
  • Mempunyai pemegang yang besar supaya mudah digunakan

Pureen Manicure Set

Pemotong Kuku Terbaik Sebagai Kelengkapan Penjagaan Rapi

Tidak tahu untuk buat pilihan yang mana satu dalam mencari pemotong kuku bayi terbaik? Jangan pening kepala, anda boleh sahaja mendapatkan nail clipper set keluaran Pureen ini.

Didatangkan dengan tiga jenis pemotong kuku berbeza iaitu jenis gunting, pengetipan kuku biasa dan fail kuku. Wajib ada satu set ini untuk memotong kuku kecil bayi untuk mengelakkan calar tidak sengaja.

Apa yang kami suka?

  • Lengkap dan berbaloi
  • 3 in 1 - Lengkap dengan set penjagaan kuku bayi
  • Harga yang berpatutan

Chicco Baby Manicure 4 in 1 Set

Pemotong Kuku Terbaik Dengan Bekas Simpanan

Tercari-cari set manicure yang sesuai untuk kuku bayi anda? Jangan risau lagi kerana set manikur bayi Chicco boleh memberikan penyelesaian kepada anda.

Terdiri daripada gunting dengan bilah melengkung dan bibir bulat, gunting kuku dan 1 tweezer yang direka khusus untuk bayi baru lahir bahkan didatangkan bersama bekas simpanan yang sangat comel dan sesuai untuk si kecil comel anda.

Apa yang kami suka?

  • Bekas simpanan yang boleh mengelakkan kekotoran pada pemotong kuku
  • Bentuk yang comel
  • Selamat digunakan untuk bayi kecil
  • Lengkap alatan memotong kuku 4 dalam 1

Mother-K Tweezer & Nail Care Set for Newborn Baby

Pemotong Kuku Terbaik Mengikut Usia Bayi

Bayi selalunya secara tidak sedar mereka menyentuh muka mereka atau menghisap jari mereka, oleh itu adalah sangat penting untuk menjaga kuku bayi anda dengan berhati-hati dan lembut sejak hari pertama.

Kit ini terdiri daripada produk kebersihan penting yang selamat digunakan walaupun untuk bayi baru lahir kerana hujungnya bulat dan diperbuat daripada bahan yang selamat.

Set terdiri daripada tweezer, nail file, dan gunting kuku yang boleh digunakan sejak lahir manakala pemotong kuku pula boleh digunakan bermula pada usia 9 bulan.

Satu set praktikal produk unik untuk penggunaan masa yang lama dan akan membantu menjaga kuku nipis dan kecil bayi anda.

Apa yang kami suka?

  • Set lengkap boleh digunakan sejak lahir sehingga bayi meningkat usia
  • Mempunyai bekas simpanan untuk mengelakkan daripada kekotoran luar

Vanrro Babynice Electric Automatic Baby Nail Clipper

Pemotong Kuku Terbaik Dengan Teknologi Pengisaran Berputar 3D

Dengan Pemotong Kuku Elektrik Bayi Vanrro, risiko anak anda mengalami pendarahan atau luka adalah sifar peratus kerana peranti itu direka untuk tidak bersentuhan dengan kulit dengan anak anda.

Peranti ini ialah pemotong kuku elektrik yang mengikis kuku dan bukannya memotongnya. Ini dilakukan dengan hanya memasukkan kuku dan memutarkannya untuk potongan yang pantas dan sekata.

Ia mempunyai bilah berpaten yang lembut pada kulit, kerana ia termasuk kepala berbentuk U yang direka bentuk untuk muat pada jari atau kaki bayi.

Bilah ini direka dengan tiga tahap perlindungan dan memberikan perlindungan menyeluruh kepada jari-jari kecil bayi, sambil memastikan tepi kuku mereka kemas dan licin pada masa yang sama.

Peranti ini juga mempunyai fungsi pencahayaan LED terbina dalam yang membolehkan ibu bapa memotong kuku anak mereka di dalam bilik gelap sambil mempunyai penglihatan penuh jari dan kuku mereka. Ini amat berguna untuk ibu bapa yang suka memotong kuku anak mereka apabila mereka nyenyak tidur.

Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan motor getaran rendah yang menghasilkan bunyi yang minimum apabila digunakan.

Peranti ini juga mempunyai teknologi pensterilan UV terbina dalam yang membasmi kuman dan membersihkan setiap kali ia dipasang untuk mengecas. Ini memastikan gunting kuku selamat, bersih dan bebas bakteria kerana ia membunuh sehingga 99.9 peratus daripada semua bakteria.

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai LED untuk ibu ayah memotong dalam bilik gelap ketika anak tidur pada waktu malam
  • Motor gear rendah yang tak bising
  • Mempunyai teknologi pensterilan UV ketika mengecas pemotong kuku

Perbandingan Harga Pemotong Kuku Bayi Terbaik

Jenama Harga
Autumnz Baby Nail Clipper  RM6.90
Tommee Tippee Baby Nail Clipper RM13.50
Momo House 6 in 1 Electric Baby Nail Trimmer RM19.90
MyLO Electric Nail Clipper RM114.00
The First Years Deluxe Nail Clipper With Magnifier For Newborn Baby RM19.90
Pureen Basic Baby Nail Clipper  RM7.50
Pureen Manicure Set RM8.90
Chicco Baby Manicure 4 in 1 Set RM59.90
Mother-K Tweezer & Nail Care Set for Newborn Baby RM65.00
Vanrro Babynice Electric Automatic Baby Nail Clipper  RM65.00

Cara Potong Kuku Bayi Dengan Selamat

Bagi memudahkan ibu ayah untuk memotong kuku bayi dengan selamat agar tidak melukakan kulit bayi, berikut adalah antara tips berkesan yang boleh anda cuba di rumah!

1. Pastikan mempunyai pencahayaan yang baik.

Jangan cuba untuk potong kuku bayi dalam suasana gelap. Jika tempat anda mempunyai pencahayaan yang baik ia membantu anda melihat dengan lebih jelas.

2. Bekerjasama dengan pasangan.

Seorang memegang bayi manakala seorang lagi memotong kukunya. Mudah kan?

3. Tarik perlahan-lahan jari bayi.

Ini bagi mengelakkan bayi terkejut dan banyak bergerak sehingga boleh menyebabkan terpotong kulit.

4. Potong kuku kaki dengan lurus.

Pastikan anda potong kuku kaki dengan lurus bukan melengkung bagi mengelakkan kuku kaki tumbuh ke dalam sehingga luka.

Petua Buat Bayi Gembira Ketika Sesi Potong Kuku

Dan berikut ialah beberapa petua untuk memastikan bayi anda gembira semasa anda memotong kukunya:

  1. Bercakap dengan perlahan atau menyanyi dengan bayi anda.
  2. Cuba alih perhatian bayi anda dengan mainan atau aktiviti.
  3. Puji bayi kerana membantu anda menyelesaikannya. Ini boleh membantu anda berdua berasa seronok untuk menyelesaikan kerja.
  4. Jika anda secara tidak sengaja memotong kulit bayi anda dan ia berdarah, perlahan-lahan tekan kain lembut pada luka sehingga pendarahan berhenti. Jangan pakai pad kerana bayi anda mungkin menghisapnya.
  5. Jika anda bimbang tentang luka, segera bawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Bayi mudah cenderung menggaru diri mereka secara tidak sengaja kerana tidak dapat mengawal otot tangan dan kaki.

Anda boleh menghalang bayi anda daripada menggaru dengan menutup tangan mereka dengan mitten dan booties.

Selepas ini, memotong kuku bayi pasti menjadi mudah dan senang setelah anda meneliti beberapa tips dan pilihan pemotong kuku yang kami, di theAsianparent senaraikan. Tunggu apa lagi? Buat pembelian sekarang!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Sikat Rambut Bayi Terbaik: 7 Jenis Sikat Yang Selamat Untuk Kulit Bayi

Baca juga: 7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

Baca juga: Lampu Cahaya Merah Bantu Anak Tidur Lebih Lena, 8 Lampu Tidur Terbaik Ini Peneman Untuk Kamar Bayi

Penulis

Noorhidayah