Pencuci Lantai Rumah DIY, Hanya Guna Bahan Di Dapur, Confirm Berkesan & Selamat Untuk Si Kecil

Pencuci lantai yang dibuat sendiri lebih selamat kerana anda tahu kandungan bahan yang diletakkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membeli barangan dapur sememangnya menyeronokkan. Sesetengah orang boleh juga menjadi rambang mata apabila berhadapan dengan pelbagai pilihan barangan yang tersusun di pasar raya. Tetapi, bila melihatkan harganya yang semakin hari semakin mahal, hatta hanyalah pencuci lantai pun, pasti kita akan berasa bahawa ianya lebih berbaloi jika kita membuat sendiri sabun pencuci tersebut!

Ya! Tidak mustahil untuk anda cuba membuat sabun pencuci sendiri. Malah, anda tidak perlukan bahan-bahan kimia yang terlalu kuat dan merbahaya pun untuk menghasilkan sabun tersebut.

Apa yang anda perlukan hanyalah barangan yang sudah tersedia di dalam dapur anda untuk menjadikan sabun pencuci organik yang selamat untuk digunakan walaupun untuk membasuh barangan si manja anda.

Bagaimana Hendak Membuat Pencuci Lantai Organik Sendiri?

Kaedah yang akan kami kongsikan ini pasti akan membuat mana-mana suri rumah gembira, kerana bahan-bahan yang akan digunakan tidaklah mahal malah ia mampu menghakis kotoran-kotoran degil yang melekat pada dinding rumah serta dapur gas anda!

#1. Sabun pencuci wangi serba-guna

Bahan yang diperlukan:

  • Satu bahagian cuka putih
  • Satu bahagian air
  • Kulit limau
  • Setangkai daun rosemary (Rosemary sprigs)

Cara penghasilannya senang sahaja! Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam satu botol semburan dan biarkan ia bercampur selama satu minggu sebelum anda gunakannya.

Dengan campuran ini, anda boleh menggunakannya pada dinding yang mempunyai kesan-kesan minyak, dapur masak yang berkerak serta mewangikan bilik-bilik di dalam rumah.

Kulit limau yang asidik bukan sahaja dapat membersihkan kotoran degil dengan mudah, malah ia memberi bauan yang menyegarkan juga lagi-lagi apabila bercampur dengan tangkai rosemary.

#2. Pembersih dan pewangi dapur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan yang diperlukan:

  • 4 sudu besar serbuk penaik
  • 1 liter air suam

Dapur memang tempat membiaknya kotoran degil dan dengan campuran serbuk penaik serta air ini, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Anda boleh membasuh dapur masak, dalaman peti serta alatan memasak menggunakan campuran ini.

Sekiranya anda menyiram campuran ini ke dalam lubang sinki secara terus, ia dapat membuang bau-bau tidak enak yang datang dari saluran paip tersebut. Ya lah, apabila dah selalu gunakan dapur, mesti ada bau-bau makanan yang sudah rosak di dalam paip, kan?

#3. Pembersih minyak DIY

Bahan yang diperlukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • ½ cawan amonia bersabun
  • 1 gelen air

Sebagai orang Malaysia, masakan kita banyak menggunakan minyak masak dan minyak ini tentulah akan terpercik setiap kali kita memasak lagi-lagi apabila kita menggoreng ikan atau ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk. Oleh itu, penggunaan amonia bersabun yang mengandungi bahan pencuci boleh membuang kotoran-kotoran minyak degil.

Anda boleh juga menggunakan kaedah ini untuk membasuh kotoran-kotoran yang berada di dalam oven anda atau merendam papan pembakar (grill grates) anda di dalam campuran tersebut secara terus.

#4. Sabun cucian barang bayi DIY

Bagi mereka yang mempunyai cahaya mata kecil di rumah, pasti anda tahu bahawa setiap barangan bayi perlu dibasuh dengan teliti dan sabun pencuci mereka tidaklah sama seperti sabun pencuci yang kita sendiri gunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sabun pencuci bayi boleh mempunyai harga yang sedikit mahal, jadi sekiranya anda merasakan bahawa tidak berbaloi untuk anda membeli sabun pencuci barangan bayi, anda boleh cuba membuat sabun pencuci sendiri untuk memastikan kebersihan barangan cahaya mata anda.

Bukan sahaja anda dapat menyimpan sedikit wang anda, tetapi anda juga tidak perlu risau dengan kandungan bahan kimia yang berada di dalam sabun pencuci buatan anda sendiri.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan cuka putih
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar jus lemon

Seperti biasa, campurkan kesemua bahan-bahan ini di dalam satu botol semburan dan biarkan ia bercampur selama seminggu sebelum menggunakannya untuk kesan yang lebih ketara. Anda boleh juga menggunakan campuran ini untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan bagi hidangan menyelerakan si kecil!

Tip: Sayuran hijau dan buah-buahan seperti beri boleh menyerap rasa cuka, jadi anda boleh merendam dua bahan ini dalam jus lemon yang telah dicampur air. Ia masih memberi kesan yang sama!

Jadi tidak membersih rumah kerana tiada barangan sesuai bukan lagi alasan yang kukuh ya! Dengan tips pencuci lantai organik buatan ini, anda bukan sahaja dapat mengemas rumah dengan lebih baik dan wangi, malah ia juga selamat untuk anak serta haiwan peliharaan.

Kandungan Pencuci Lantai yang Bahaya untuk Bayi

Risiko bahaya penggunaan sabun lantai mungkin tidak dapat dilihat dengan segera, tetapi jika digunakan dalam jangka panjang ia boleh memudaratkan tumbesaran bayi dan kanak-kanak.

Berikut bahan berbahaya yang dikenal pasti ‘bersembunyi’ di sebalik produk pencuci lantai supaya ibu ayah lebih berwaspada!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Phtalates

Anda mungkin tidak melihat bahan kimia phthalates dalam komposisi produk. Tetapi jangan tertipu, ‘pewangi’ atau minyak wangi dalam produk pembersihan biasanya diperbuat daripada bahan kimia ini. Oleh itu, cari produk pembersih lantai yang tertera ‘bebas phthalates’.

#2. Alkohol

Alkohol adalah bahan utama untuk membunuh kuman di bahagian lantai dan kawasan lain di rumah. Tetapi berhati-hati, kulit boleh menyerap alkohol dengan cepat dan mengalami kerosakan tisu kekal. Lebih-lebih lagi, apabila ia masuk ke dalam mulut, alkohol boleh mengganggu sistem saraf pusat dan membuatkan si manja anda muntah, sawan, dan sukar bernafas. Untuk selamat, jauhkan bahan ini daripada kanak-kanak!

#3. Klorin

Klorin adalah penghalau bakteria dan kuman dan biasanya digunakan dalam kolam renang, pembasmi kuman dan pembersih lantai. Fungsinya memang luar biasa, tetapi bahan ini berbahaya untuk si kecil. Klorin boleh menyebabkan masalah jantung dan pernafasan, dan meningkatkan risiko asma pada bayi. Kulit kanak-kanak juga berpotensi merengsa apabila terdedah kepada klorin.

#4. SLS

Sodium Lauryl Sulfate (SLS) ialah detergen dan surfaktan yang popular sebagai agen berbuih. Tetapi ternyata bahan ini juga berbahaya untuk si kecil. SLS boleh merengsakan mata, kulit, dan paru-paru.

#5. Triclosan 

Triclosan adalah antibakteria yang digunakan secara meluas dalam cecair pembersih, termasuk lantai. Kajian menunjukkan bahawa triclosan boleh meningkatkan risiko alahan pada kanak-kanak dan gangguan endokrin. Bahan kimia yang satu ini juga bersifat karsinogenik, bermakna ia boleh menyebabkan kanser jika digunakan dalam jangka masa panjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rutin Penjagaan Rumah untuk Ibu Ayah

Rumah yang bersih sepanjang masa akan membuatkan kita termasuk anak kecil berasa lebih selesa dan selamat. Ini beberapa rutin penjagaan rumah yang perlu anda buat untuk memastikan rumah kekal bersih tanpa kotoran.

#1. Sapu lantai

Pastikan lantai rumah anda sentiasa dibersihkan dan tidak mempunyai sebarang kotoran khususnya daripada debu, habuk, rambut dan barangan lain. Sapu lantai anda sekurang-kurangnya 1 kai setiap hari, atau bahkan lebih baik 2 kali sehari. 

Kekotoran pada lantai bukan sahaha boleh membuatkan kaki anda tidak selesa bila berjalan, malah ia juga boleh membahayakan bayi anda jika kerap terdedah dengannya.

#2. Mop lantai

Selain menyapu, mengemop lantai juga perlu dijadikan rutin ketika anda membersihkan rumah. Sila mop lantai anda sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk memastikan lantai lebih bersih selepas disapu, berkilat dan tidak licin. Gunakan mop lantai terbaik dan sesuai mengikut anda supaya belakang anda tidak berasa sakit ketika melakukannya. 

#3. Cuci kipas

Kipas adalah antara barangan elektrik rumah yang banyak terlekat dengan habuk. Jika boleh, pastikan anda mencucinya seminggu atau dua minggu sekali bagi membuang segala habuk yang terlekat padanya ya!

#4. Tukar cadar

Katil merupakan antara tempat yang kerap ‘diduduki’ anda dan bayi. Jadi, pastikan cadarnya sentiasa bersih untuk memastikan kesihatan si kecil anda lebih terjamin. Sila tukar cadar katil anda dan bayi sekurang-kurangnya seminggu sekali agar katil lebih bersih dan kurang bakteria.

#5. Lap tingkap

Bahagian tingkap rumah anda juga perlu kerap dibersihkan supaya habuk yang terlekat dapat dibuang. Lap menggunakan bahan pencuci yang sesuai sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber

Good Housekeeping . (Feb 19, 2022). 8 Homemade Cleaners That Actually Work, According to Our Cleaning Expert. www.goodhousekeeping.com/home/cleaning/tips/a24885/make-at-home-cleaners/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: 6 Tips Kemas Rumah Dengan Anak Dari Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Yang Selalu Penat

Baca juga: 8 Tip Untuk Mengemas Mainan Anak-Anak Dengan Lebih Efisien

Baca juga: Nak Ajar Anak Cara Bersihkan Rumah? Guna 8 Trik Bijak Mengemas Ini!