Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

Kulit ibu menjadi lebih kering dah kusam sejak mula hamil? Disebabkan itu pemakaian pencuci muka yang khas untuk kulit kering disarankan.

Tidak dinafikan ketika hamil, ibu-ibu pasti ada mengalami masalah kulit muka menerusi rutin cuci muka. Paling ketara kulit wajah menjadi kering dan ada kalanya kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jadi disebabkan itulah ibu perlukan pencuci muka untuk kulit kering.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit ibu menjadi lebih kering dan sensitif. Ini kebiasaannya disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami.

Punca Kulit Kering Ketika Hamil

Perubahan hormon menyebabkan kulit ibu kehilangan keanjalan dan kelembapan. Ini juga boleh menyebabkan kulit mengelupas, kegatalan, atau gejala lain yang sering dikaitkan dengan kulit kering.

Apabila tahap hormon mula turun naik, halangan hidrolipidik boleh menipis, lemah, dan juga pecah (membentuk lubang). “Lubang" ini membenarkan lembapan menyejat dengan cepat dari permukaan kulit anda. Ini mengakibatkan kulit kering, merekah dan gatal.

Antara punca lain kulit menjadi kering disebabkan kekurangan air di dalam badan. Ini terutama buat ibu hamil yang mengalami alahan teruk pada awal kehamilan (trimester pertama). Keadaan seperti mabuk, muntah-muntah dan juga keletihan boleh menyebabkan kulit wajah ibu tidak berseri-seri dan kelihatan kusam. 

Selain itu, produk penjagaan yang kebiasaannya digunakan sebelum hamil belum tentu selamat digunakan. Keadaan ini menyebabkan ibu ragu-ragu untuk menggunakan sebarang produk pembersihan muka yang pernah digunakan.

Sehinggakan ibu mula menjadi leka dan tidak mengambil berat tentang penjagaan muka. Apabila situasi ini berterusan, ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi semakin kering dan kusam.

8 Pencuci Muka Terbaik untuk Atasi Masalah Kulit Kering dan Kusam

Dalam membantu ibu hamil yang mengalami masalah kulit kering ketika hamil, kami ada senaraikan 10 jenama pencuci muka yang sangat disyorkan untuk ibu hamil dalam mengatasi masalah kulit kering dan kusam.

10 Pencuci Muka Terbaik Ketika Hamil
Mama's Choice Gentle Face Wash
Pencuci Muka Terbaik Secara Semulajadi dan Halal
Beli di Mama's Choice
Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser
Pencuci Muka Terbaik Vegan
Beli di Shopee
Burt's Bees Deep Facial Cleansing Cream
Pencuci Muka Terbaik Tidak Mengeringkan Kulit
Beli di Shopee
CeraVe Hydrating Cleanser
Terbaik Untuk Kulit Kering
Beli di Shopee
Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser
Pencuci Muka Terbaik Menggunakan Ekstrak Bunga
Beli di Shopee
Cetaphil - Gentle Skin Cleanser
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Beli di Shopee
Sukin Cream Cleanser - Signature
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Dehidrasi
Beli di Shopee
La Roche Posay Toleriane Caring Wash
Pencuci Muka Terbaik Melembapkan Kulit Selepas Cucian
Beli di Shopee
Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel 
Pencuci Muka Terbaik Hipoalergenik
Beli di Shopee

Mama’s Choice Gentle Face Wash

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Secara Semulajadi dan Halal

Mama’s Choice Gentle Face Wash diformulasi daripada bahan semulajadi dan diiktiraf halal seperti ekstrak beras dan kolagen terhidrolisis yang dapat membersih, mencerahkan dan menghidratkan kulit daripada mendalam.

Apa yang penting ianya sangat lembut di kulit dan telah diuji secara dermatologi menjadikannya selamat digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Ianya tidak mempunyai sebarang bahan kimia, paraben dan SLS yang boleh membahayakan kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan serta sangat sesuai untuk ibu menyusu!

Pencuci muka ini juga mempunyai kadar pH yang seimbang, jadi sangat gentle pada kulit dan sesuai digunakan sebagai pencuci muka untuk kulit kering.

Jika ibu inginkan pregnancy glow, inilah pencuci muka yang terbaik untuk anda!

Apa yang kami suka?

  • Dirumus daripada bahan semulajadi
  • Diyakini halal dan tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Selamat digunakan oleh ibu hamil dan menyusu
  • Mampu mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Mampu menghidratkan kulit dengan efektif
  • Boleh meningkatkan seri wajah semasa hamil (pregnancy glow)

Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Vegan

Pencuci muka untuk kulit kering dalam bentuk gel ini mampu menanggalkan solekan, minyak berlebihan dan kekotoran dengan formula lembutnya yang bebas daripada SLS, pewangi, minyak pati (essential oils) dan silikon. 

Ianya selamat digunakan untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana pencuci muka ini dirumus pada paras pH 5.5. Jenama ini memberi tumpuan kepada tahap pH yang sihat, formulasi yang dikenali oleh kulit, struktur molekul kecil yang mudah diserap, dan bahan aktif yang berkesan yang turut menyokong lapisan asid kulit.  

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Dirumus pada tahap pH yang selamat
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Vegan dan bebas daripada kekejaman terhadap haiwan (cruelty-free)
  • Formula yang sangat lembut untuk kulit

Burt’s Bees Deep Facial Cleansing Cream

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Tidak Mengeringkan Kulit

Pencuci muka berbuih lembut ini dirumuskan daripada dua bahan utama iaitu Chamomile dan lidah buaya yang mampu melembutkan dan menghidrat kulit dengan lembut. Selain itu, ia juga diformulasi dengan sedikit Menthol yang terkenal dengan sifat penyejukan dan menenangkan. Hasilnya, kulit wajah akan kelihatan lebih sihat dan segar secara semulajadi.

Produk ini juga telah diuji bebas alahan daripada pakar dermatologi dan hipoalergenik. Paling penting sekali, Burt’s Bees Deep Facial Cleansing Cream ini bebas paraben, phthalates, petrolatum dan SLS. Pencuci muka ini boleh digunakan pada hari biasa, siang dan malam. Antara jenama yang sentiasa menjadi pilihan sebagai pencuci muka terbaik.

Apa yang kami suka?

  • Formulasi lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit
  • Dirumus oleh Chamomile dan lidah buaya yang mampu melembapkan kulit
  • Produk untuk semua jenis kulit
  • Bebas paraben, SLS, phthalates dan petrolatum
  • Mampu membuat kulit wajah kelihatan lebih segar dan sihat
  • Tidak mengeringkan kulit selepas cucian

CeraVe Hydrating Facial Cleanser

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Kulit Normal-Kering

Direka oleh pakar dermatologi, CeraVe Hydrating Cleanser ini dapat membersih dan menghidrat kulit dengan berkesan tanpa mengganggu penghalang pelindung kulit. Pencuci tanpa buih ini didatangkan dengan 3 seramida dan asid hyaluronik yang dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan lembut sambil meningkatkan penghidratan kulit selepas hanya sekali penggunaan.

Dirumus khas tanpa SLS, paraben dan pewangi menjadikan ianya sangat selamat digunakan untuk kulit sensitif, ibu hamil dan menyusu. Paling menarik sekali, skincare untuk kulit kering ini  mampu membersih tanpa membuat kulit anda berasa tegang dan ketat selepas cucian. 

Apa yang kami suka?

  • Dirumus oleh 3 seramida yang baik untuk mengembalikan penghalang pelindung kulit 
  • Direka dan diuji oleh pakar dermatologi 
  • Selamat digunakan untuk kulit sensitif
  • Tidak mempunyai paraben, SLS dan pewangi
  • Mampu melembapkan kulit secara mendalam

Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Menggunakan Ekstrak Bunga

Dirumus dengan bunga-bunga mawar asli dari rantau Eropah, pencuci muka ini mengandungi ekstrak Avalanche Rose Oil yang digabungkan dengan formula Hydrating Active yang mampu memberi kelembapan sehingga 72 jam! Gabungan kedua-dua ramuan ini dapat melembapkan kulit yang kering serta memberikan penampilan lebih sihat dan bersinar.

Tekstur gelnya agak lembut dan menghasilkan buih licin sekaligus memberi rasa selesa apabila disapu pada kulit. Malah, ia sesuai dijadikan pencuci muka untuk kulit kusam kerana diformulasi menggunakan ekstrak licorice yang boleh membantu menjadikan kulit wajah kelihatan lebih cerah. Mempunyai kandungan pH yang seimbang, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Apa yang kami suka?

  • Memberi kelembapan sehingga 72 jam
  • Dirumus dengan ekstrak bunga mawar 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mempunyai kadar pH yang seimbang
  • Mempunyai ekstrak licorice untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cerah

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini boleh membersihkan dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Pencuci muka terbaik dengan formulasi tanpa buih dan pewangi ini telah memenangi pelbagai anugerah di dalam industri kecantikan dan komuniti penjagaan kesihatan. Ia terbukti secara klinikal dalam memberikan penghidratan pada kulit untuk melindungi dari kering.

Ia dirumus khas dengan Teknologi Micellar yang sesuai untuk semua jenis kulit, selamat digunakan untuk bayi dan bakal ibu yang mempunyai kulit sensitif. Mengandungi niacinamide (vitamin B3), panthenol (vitamin B5) dan gliserin untuk menguatkan skin barrier yang lemah.

Anda boleh menggunakannya setiap hari kerana tidak menyebabkan sebarang iritasi dan tidak mengeringkan kulit. 

Apa yang kami suka?
• Jenama yang dipercayai dan ramai pengguna berpuas hati
* Tanpa buih dan pewangi
• Sesuai digunakan untuk muka dan badan
• Boleh digunakan dengan selamat tanpa menyebabkan kerengsaan kulit
• Formulasi pH seimbang dan tidak merengsa kulit ketika tempoh kehamilan
• Boleh digunakan dengan atau tanpa air

Sukin Cream Cleanser – Signature

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Kulit Dehidrasi

 

Adakah perubahan hormon semasa hamil membuatkan kulit ibu menjadi dehidrasi dan menggelupas? Usah risau kerana pencuci muka ini sememangnya dikhaskan skincare untuk kulit kering.

Ia bukan sahaja berfungsi untuk menanggalkan solekan, minyak dan kotoran yang terkumpul pada wajah, tetapi dalam masa yang sama melembapkan kulit kerana mengandungi campuran minyak semulajadi seperti Rosehip, Avocado, Bijan dan Minyak Gandum, Ekstrak Aloe Vera yang menenangkan kulit kering.

Sukin Cream Cleanser ini turut memberikan kulit rasa licin selepas mencuci dan tidak menyebabkan kulit kering. Dengan penggunaan yang konsisten, kulit ibu pasti jadi lebih sihat dan lembap sepanjang masa. 

Apa yang kami suka?

  • Diiktiraf sebagai pencuci muka No. 1 di Australia
  • Diformulasi dengan bahan semulajadi
  • Tidak mengeringkan kulit, malah melembapkan kulit yang menggelupas
  • Tiada paraben, silikon, pewarna, sulfat
  • Vegan dan tidak diuji ke atas haiwan

Vanicream Gentle Facial Cleanser

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Masalah Ekzema

 

 

Vanicream Gentle Facial Cleanser adalah pencuci muka untuk kulit kering yang diformulasi tanpa sebarang bahan kimia berbahaya. Ia membersihkan kotoran wajah dengan baik tetapi teksturnya amat lembut untuk kulit sensitif. 

Selain itu, ia menjadikan kulit mommies terasa lebih bersih dan lembut. Formulasi ini juga berkesan untuk menanggalkan solekan dan sangat sesuai untuk kulit kering seperti ekzema, psoriasis, ichthyosis dan sensitif.

Jika anda mencari produk untuk kulit kusam dan kering, Vanicream adalah pilihan skincare terbaik untuk anda cuba!

Apa yang kami suka?

  • Selamat digunakan untuk wanita hamil
  • Bebas pewarna, pewangi, lanolin, paraben, formaldehid dan bahan pengawet lain.
  • Bebas minyak jadi ibu jangan risau kerana ia tidak menyumbat liang pori
  • Membantu menanggalkan kotoran, minyak dan solekan tanpa mengeringkan kulit
  • Bebas sulfat, bebas Betaine, bebas gluten. Bebas amina dan amida.
  • Telah diuji oleh pakar dermatologi

La Roche Posay Toleriane Caring Wash

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Melembapkan Kulit Selepas Cucian

Lembut tetapi berkesan. Dua perkataan ini sudah menggambarkan pilihan pencuci muka untuk kulit kering yang seterusnya iaitu La Roshe Posay Toleriane Caring Wash. Pencuci muka ini berasaskan tekstur berkrim yang berfungsi untuk mencuci kulit wajah dan menghilangkan kotoran minyak selepas seharian bekerja.

Diformulasi dengan 4 bahan aktif emulsi lembut seperti Niacinamide, Seramida, Gliserin dan Amonium membantu memberikan keselesaan dan kelembapan selepas cucian. Ia bukan sahaja boleh membersih dan menanggalkan solekan dengan berkesan, malah menjadi pelembap bagi bakal ibu yang mengalami masalah kulit kering. 

Produk ini juga bebas paraben, buih, minyak dan sulfat menjadikan ia skincare terbaik dan selamat digunakan untuk kehamilan dan untuk kulit sensitif. 

Apa yang kami suka?

  • Tekstur lembut tetapi berkesan
  • Membersih dan menghilangkan kotoran pada wajah dengan baik
  • Diformulasi khas untuk kulit kering dan sensitif
  • Selamat untuk kegunaan ibu hamil

Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Hipoalergenik

 

 

Kekalkan kelembapan dan keanjalan kulit sepanjang kehamilan anda dengan menggunakan skincare terbaik untuk kulit kering, Simple refreshing facial wash. Jika anda sukakan formula yang minimal, rangkaian produk Simple adalah pilihan yang tepat sebagai asas penjagaan muka termasuklah pencuci muka. 

Pencuci muka dengan bertekstur gel jernih seperti jeli ini mencuci muka dengan lembut dan menjadikan kulit terasa bersih. Ia diformulasi tanpa buih, mengandungi Triple Purified Water dan vitamin lain untuk memulihkan dan memberikan nutrisi pada kulit wajah tanpa menimbulkan sebarang iritasi.

Telah diuji secara oftamologi dan disokong secara dermatologi, produk ini selamat digunakan untuk semua jenis kulit dan selamat untuk janin dalam kandungan. 

Apa yang kami suka?

  • Harga murah dan mampu milik
  • Pilihan ramai wanita di Malaysia
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif
  • Tiada bau, ibu selesa menggunakannya jika ada alahan
  • Bebas paraben, tiada pewarna, tiada buih dan bebas wangian
  • Bersifat hipoalergenik dan tidak menyumbat liang pori

Perbandingan Harga Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Ketika Hamil

Jenama Harga (RM)
Mama’s Choice Gentle Face Wash RM26.90
Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser RM138.00
Burt’s Bees Deep Facial Cleansing Cream RM89.00
CeraVe Hydrating Facial Cleanser  RM32.00
Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser RM11.00
Cetaphil Gentle Skin Cleanser RM43.00
Sukin Cream Cleanser – Signature RM39.90
Vanicream Gentle Facial Cleanser RM59.60
La Roshe Posay Toleriane Caring Wash RM83.90
Simple Refreshing Facial Wash RM27.30

Cara Rawat dan Atasi Masalah Kulit Muka Kering dan Kusam Ketika Hamil

Berikut adalah 6 cara untuk memastikan kulit muka anda sentiasa lembap dan berseri-seri secara semulajadi.

1. Tambahkan penghidratan pada rutin penjagaan kulit harian anda

Proses penghidratan dan pelembap BUKAN perkara yang sama. Pelembap membentuk lapisan pada kulit ibu untuk mengekalkan kelembapan daripada keluar. Penghidratan, sebaliknya, memasukkan air ke dalam kulit ibu. Itulah sebabnya ia sangat penting untuk merawat dan mencegah kulit kering semasa kehamilan.

Walaubagaimanapun, turutan penggunaannya menjadi sangat penting. Ibu harus sentiasa menggunakan produk penghidratan terlebih dahulu, diikuti dengan pelembap. 

2. Elakkan mengguna fabrik kasar

Kerana halangan hidrolipidik yang lemah atau tidak wujud, kulit kering amat terdedah kepada kerosakan mikro dan kerengsaan daripada sumber luaran. Salah satu sumber kerengsaan yang paling biasa ialah penggunaan fabrik kasar. 

Dan jangan lupa mengeringkan muka selepas ibu mencucinya. Gunalah tuala muka dari fabrik yang paling lembut. Jangan menggunakan fabrik kasar ini dikhuatiri boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika ibu mengelap muka terlalu kuat. 

3. Sentiasa lindungi kulit muka

Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit muka menjadi sangat kering. Sudah tentu ibu harus memakai krim pelindung matahari (sunscreen) semasa ibu berada di luar rumah. Antara krim pelindung matahari yang dicadangkan perlulah sekurangnya mempunyai SPF 50 tanpa wangian.

Lebih baik ianya diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi contoh seperti minyak kelapa, minyak macadamia, dan vitamin E. Bahan-bahan ini terbukti selamat dan dapat melembapkan kulit ibu ketika hamil.

4. Makan makanan berkhasiat

Kulit yang lembap bermula dari dalam dan ibu perlu tahu betapa pentingnya mengambil makanan yang sihat dan seimbang semasa hamil. Bagi mengelakkan kulit kering, pastikan ibu memasukkan lemak baik dalam diet harian. Antara makanan sihat yang boleh diambil ketika hamil adalah:

  • Ikan (Pastikan anda merujuk dengan doktor anda tentang jenis ikan yang selamat untuk dimakan semasa anda hamil)
  • Avokado
  • Ubi keledek
  • Kacang
  • Biji benih (biji chia, biji labu, biji rami, atau biji bunga matahari)
  • Oatmeal
  • Kelapa (Bukan sahaja makan buahnya bermanfaat, tetapi menggunakan minyak kelapa secara topikal juga merupakan cara terbaik untuk merawat kulit kering ibu!)
  • Sayur-sayuran (khususnya lobak merah, brokoli, dan timun)
  • Telur

5. Kekalkan hidrasi

Keadaan kulit menunjukkan apa yang berlaku di dalam badan ibu dan kulit terhidrat adalah bermula dari dalam. Ini bukan sahaja merangkumi apa sahaja yang ibu makan tetapi apa yang ibu minum juga! Pastikan kulit sentiasa lembap dan elakkan kekeringan dengan meminum banyak air. Ini kerana air membantu badan ibu menyerap nutrien dan memindahkan vitamin dan mineral penting lain ke sel darah di dalam badan.

Beberapa saranan untuk meningkatkan hidrasi (cukup air dalam badan) termasuk:

  • Minum 10- 12 gelas air sehari . Bawa botol air semasa keluar rumah.
  • Tambahkan makanan yang berair dalam diet seperti sup, ketulan ais, ais berperisa dan gelatins/agar-agar.
  • Hadkan pengambilan minuman atau produk berkafein termasuklah kola, kopi dan teh (sejuk dan panas).
  • Minum air sebelum dan selepas makan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan pepejal.
  • Gunakan ubat (antiemetics) untuk melegakan simptom nausea dan muntah.

6. Cuci muka dengan air suam dan bukan air panas atau sejuk

Bagi mengelakkan kulit kering, cuci muka dengan menggunakan air suam. Untuk pengetahuan semua suhu yang melampau sama ada udara atau air boleh melemahkan lapisan hidrolipid dan menghilangkan kelembapan kulit muka. Itulah sebabnya sangat penting untuk mengelakkan mencuci muka tidak kira sama ada dengan menggunakan air panas atau air sejuk.

Sebaliknya, laraskan air pancuran atau mandian anda lebih ke arah tengah (suam) skala. Boleh tetapkan pada suhu badan (sekitar 98.6 darjah Fahrenheit).

Justeru, pemilihan ketika mencuci muka adalah merupakan langkah utama dalam memastikan penjagaan kulit berada dalam seimbang. Ini kerana, lapisan kulit lebih sensitif dan minyak terganggu ketika hamil disebabkan perubahan hormon yang tidak menentu.

Jadi, pilihlah pencuci muka untuk kulit kering yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kandungan yang memberikan iritasi pada kulit. Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Sunscreen Terbaik untuk Kulit Kombinasi, Selamat untuk Wanita Hamil dan Kanak-Kanak

Baca juga: 7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Baca juga: Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan