Cara Pendaftaran Tahun 1 Online Untuk Parents Mohon Sekolah Anak 2022/2023

Anak masuk darjah 1 tahun depan? Kaedah pendaftaran tahun 1 anak kini lebih mudah kerana anda hanya perlu isi borang dan maklumat berkaitan anak secara online, seperti ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas tamatnya pra sekolah atau tadika, ibu bapa bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun akan mula sibuk membuat permohonan dengan cara pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan 2022/2023. 

Bagi anda yang mempunyai anak lahir pada Januari 2015 hingga Januari 2017 wajib menyemak pendaftaran Online untuk kemasukan sekolah 2022/2023 sekarang! 

Permohonan pendaftaran tahun 1 secara online boleh dilakukan bermula Mac lepas untuk sekolah kerajaan di Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Adakah anda sudah melakukannya? Jika belum, jom kami ajar bagaimana anda boleh melakukannya.

Baca juga: Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Cara membuat pendaftaran tahun 1 sesi persekolahan 2022 bagi murid yang layak

Kanak-kanak yang layak adalah warganegara Malaysia yang lahir pada tahun berikut:

  • Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022
    Murid Tahun 1 Sesi 2022 : Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
    Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017

Cara mendaftar tahun 1 sesi persekolahan 2022/2023 secara ONLINE 

#1. Cara pendaftaran tahun 1: Isi borong online 

Foto: KPM

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Borang tersebut boleh didapati di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pautan https://public.moe.gov.my/.

Cara-caranya:

  • Layari laman SPATKPM
  • Untuk pengguna sedia ada, log in nombor kad pengenalan dan kata laluan. 
  • Bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar di “daftar pengguna”
  • Maklumat yang perlu diisi adalah seperti prasekolah/tadika, profil kesihatan anak dan rekod imunisasi. 

#2. Cetak borang permohonan 

Borang permohonan yang sudah berjaya diisi harus dicetak bagi mendapatkan pengesahan sekolah.

Ibu bapa juga perlu membawa borang cetakan tersebut ke sekolah yang dimohon bagi mendapatkan pengesahan atau perakuan permohonan selepas 14 hari borang tersebut diisi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: KPM

#3. Dokumen yang perlu dibawa ketika ke sekolah untuk pengesahan 

Pastikan semua dokumen ini lengkap dan tersusun dengan kemas supaya memudahkan proses pengesahan dilakukan. Antara yang perlu dibawa seperti berikut: 

  1. Sijil lahir kanak-kanak tersebut (asal dan salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga (asal dan salinan)
  3. Surat nikah atau surat cerai (asal dan salinan)
  4. Salinan bil air, elektrik atau cukai pintu untuk bukti alamat tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard bersama stem. (Saiz dan harga stem ditentukan oleh sekolah yang dipohon)
  6. Laporan kesihatan atau kad OKU (jika berkaitan) 
  7. Borong persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi 

#4. Semakan permohonan sekolah tahun 1 

Keputusan permohonan pendaftaran tahun 1 akan diumumkan pada bulan Julai/Ogos (tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh di buat pada pautan SPATKPM. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi yang berjaya, pihak sekolah akan hantar surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Manakala yang kurang bernasib baik boleh membuat rayuan semula di pautan yang sama dan tarikh akan diberitahu kemudian.

Pertanyaan dan maklumat lanjut 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Ecentral.my

Sebarang masalah dan maklumat lanjut anda boleh E-mel : admin_spatkpm@moe.gov.my 

Jika terdapat masalah teknikal boleh juga hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Putrajaya atau emel daftartahun1@moe.gov.my 

Kongsikan artikel ini bersama dengan ibu bapa lain yang ada anak tahun satu bagi sesi persekolahan 2019/2020.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda sudah tahu penempatan sekolah anak dan berjaya mendapat sekolah yang dipilih, semak semua dokumen yang disenaraikan tadi sebelum menghantar anak ke sekolah. 

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: permohonan.my 

Baca juga: Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu