AMARAN: Bayi 9 Bulan Didera Pengasuh Yang Tertekan Hingga Mati Otak

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, telah berlaku kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan seorang bayi lelaki berusia 9 bulan. Mangsa ditemui dalam keadaan lemah selepas ibu bapa menjemputnya dari rumah pengasuh.

Penderaan Kanak-Kanak: Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia Selepas Disahkan Mati Otak

Aariz Harraz Zahin Azman, bayi yang baru berusia 9 bulan ini dijaga oleh pengasuhnya sejak Ogos 2018. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik

Mangsa berada dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah suspek di Taman Permai sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Mstar

Berdasarkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak dan matanya, selain retak pada bahagian kiri kepala dipercayai akibat hentakan kuat. Paling menyedihkan, bayi tersebut yang dalam keadaan koma telah disahkan ‘mati otak’ oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Akibat disahkan mati otak, sistem mesin sokongan hayat terpaksa dihentikan pada mangsa. 

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata keputusan untuk menghentikan mesin sokongan hayat itu dipersetujui oleh ibu bapa bayi malang berkenaan semalam selepas hasil ujian ke atas otak mangsa untuk kali kedua semalam kekal sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aariz Harraz Zahin Azman, 9 bulan, menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.30 pagi.

Kes Penderaan Kanak-Kanak: Pengasuh Dera Bayi Akibat Tekanan

Pengasuh bayi berkenaan yang berusia 39 tahun dikatakan berada dalam keadaan tertekan kerana bayi itu tidak berhenti menangis, dan pada masa kejadian dia mengalami sakit perut akibat datang bulan. 

Wanita itu kemudiannya dilaporkan mengaku menggoncang bayi untuk menghentikannya dari menangis!

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja. 

Pihak polis akan menyiasat kes tersebut dari setiap sudut untuk melihat sekiranya kes itu boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pengasuh tersebut kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Elakkan Risiko Penderaan Kanak-Kanak: Pilih Pengasuh Yang Berkelayakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilihan pengasuh bukanlah perkara mudah yang boleh diambil ringan. Kami faham, ada ketikanya kita terlepas pandang sesuatu perkara ketika mendapatkan pengasuh, malah kita tidak dapat menjangka sekiranya pengasuh tersebut mempunyai masalah atau isu dalaman.

Sebab itu, anda boleh lihat tips memilih pengasuh yang kami sediakan ini. 

Elak Kes Penderaan Kanak-Kanak: 5 Tips Memilih Pengasuh 

1. Pastikan pengasuh anda berdaftar/memiliki latarbelakang penjagaan kanak-kanak.

Selain mendapatkan pengesahan berdaftar, anda boleh merujuk ibu bapa lain yang ada maklum balas positif mengenai pengasuh tersebut. Kelayakan penting kerana ia bermaksud pengasuh mempunyai pendidikan sepatutnya dalam mendidik kanak-kanak.

2. Perhatikan penampilannya

Apa yang anda nampak pada pengasuh? Adakah dia kelihatan bersih? Ramah? Adakah dia kelihatan selesa ketika anak anda menangis atau melakukan tantrum?

Jika dia kelihatan tidak terurus, dan tidak tertarik untuk melayan anak anda, anda pasti tidak mahu dia menjaga si kecil anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Lakukan Temuduga Dahulu!

Anda pasti mahu tahu latar belakang orang yang akan menjaga si manja bukan? Ambil tahu tentang beberapa perkara ini:

  • Pengalaman kerja
  • Latarbelakang keluarga
  • Minat terhadap kanak-kanak
  • Pengetahuan menjaga kanak-kanak (cara tenangkan bayi, CPR dan sebagainya)
  • Minat dan cita-cita

4. Ujian kesihatan

Bawa dia melakukan ujian kesihatan, pastikan dia tidak mengalami sakit yang boleh menyebabkan dia mengambil cuti dengan kerap. Malah, lakukan pemeriksaan mental supaya anda pasti dia tidak melakukan sebarang kecederaan kepada anak anda ketika dia tertekan!

5. Guna ‘mother instinct’ anda!

Pastinya anda sebagai ibu boleh tahu sama ada seseorang itu layak jaga anak anda atau tidak. Kalau ada rasakan pengasuh itu tidak sesuai, cari calon lain serta merta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di Asianparent mengucapkan takziah kepada keluarga Aariz dan berharap semoga pengasuh tersebut dikenakan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman