Bila fikir tentang pendidikan anak, kita mestilah mahukan yang terbaik untuk mereka. Tapi pilihan pendidikan anak pun banyak, kita boleh keliru.
Perlu ke pilih pendekatan cara tradisional untuk pendidikan mereka atau pendekatan moden? Artikel ini akan fokus kepada pendidikan progresif yang dikatakan memiliki pelbagai kebaikan.
Pendidikan anak: Apa itu pendidikan progresif?
Pendidikan progresif berasal dari Eropah.
Antara orang yang menerokai pendekatan ini adalah Maria Montessori yang terkenal kerana mewujudkan “cara montessori” dalam memperkenalkan makanan pejal pada anak.
Apa maksud pendidikan progresif?
Pendidikan progresif adalah respon untuk sistem pendidikan tradisional. Menurut pendidikan progresif, peraturan yang dibuat tentang pendidikan adalah terlalu ketat dan formal.
- Ia beri peluang untuk pelajar terdedah dengan situasi di dunia sebenar. Ia membantu mereka mahir dalam kemahiran penting yang mereka perlukan untuk kerjaya mereka. Ini termasuk bekarjasama dengan kumpulan, berfikiran kritikal sebelum melakukan sesuatu dan mengunakan cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah. Kesemua kemahiran ini akan membantu mereka untuk melalui pembelajaran di University tanpa campurtangan ibu bapa.
- Pendidikan ini juga memupuk minat untuk belajar benda baru. Ini adalah sikap yang berharga apabila mereka merasakan sekolah adalah sebahagian dari kehidupan mereka dan buka fasa. Mereka memerlukan sikap ini untuk terus berjaya dalam dunia yang semakin canggih ini.
Apa pendapat anda? Anda lebih suka yang mana?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: