Belum Sempat Daftar & Swab Test, Wanita Ini Terberanak Ketika Berdiri Di Depan Hospital

Pengalaman bersalin mudah amat diharapkan oleh mana-mana mereka yang bergelar ibu. Siapa sangka tular mengenai seorang wanita melahirkan anak ketika berdiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses kelahiran menjadi saat yang paling mendebarkan buat mana-mana ibu. Meskipun tidak pernah atau pernah melaluinya sebelum ini, setiap anak adalah berbeza. Ramai ibu mengharapkan dapat melalui pengalaman bersalin mudah dan segera pulang ke rumah.

Memandangkan kini seluruh negara dilanda pandemik Covid-19, ada beberapa prosedur bersalin yang perlu ibu-ibu patuhi. Antaranya adalah melakukan swab test, peneman tidak dibenarkan masuk dan memakai topeng pelitup muka.

Kisah benar pengalaman bersalin mudah, belum sempat masuk ke dalam wad

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang wanita dan suaminya berdiri bagi menunggu giliran untuk proses pendaftaran masuk ke wad bersalin di Indonesia.

Bagaimanapun, kedua-duanya yang dalam keadaan berdiri itu jelas kelihatan tenang meskipun bayi sudah keluar.

Kejadian berkenaan benar-benar mengejutkan berlaku di hadapan salah sebuah pusat perubatan. Menerusi laporan oleh portal News Detik, wanita dan suaminya baru sahaja tiba di situ.

Belum sempat melakukan swab test, air ketuban telah pecah dan kepala bayi sudah pun hampir keluar. Suaminya menyambut bayi berkenaan serta menunggu bantuan petugas perubatan untuk memotong tali pusat.

Tidak lama selepas itu, ibu dan bayi tersebut telah mendapat bantuan oleh kakitangan hospital yang bertugas. Masing-masing dikhabarkan berada dalam keadaan baik dan menerima rawatan lanjut.

Pengalaman bersalin mudah, ketahui tanda-tanda awal hendak bersalin

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah perkara normal bagi ibu pertama kali berasa takut dan gementar untuk melalui proses kelahiran. Anda juga mungkin berdepan sedikit kesukaran bagi mengenal pasti tanda-tanda bersalin yang sebenar.

Bagi memastikan anda lebih bersedia, ibu perlulah peka dengan beberapa tanda berikut agar dapat melalui pengalaman bersalin mudah. Antaranya:

#1. Pecah air ketuban

Ramai wanita merasakan kontraksi sebelum air ketuban pecah. Biasanya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air jernih dengan jumlah yang banyak mengalir keluar melalui faraj.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ini berlaku, ibu-ibu segeralah untuk ke hospital berdekatan.

#2. Sakit kontraksi

Sebenarnya ketika mengandung, sesetengah ibu mungkin sudah mengalami kontraksi palsu. Kontraksi adalah rasa tegang pada bahagian tengah perut sehingga ke ari-ari. 

Ia menjadi petanda awal dan isyarat penting kelahiran. Jika tanda bersalin ini muncul, anda perlu mencatat jarak masa serta memerhati kekerapan sakit yang dialami.

Kontraksi bersalin yang sebenar berlaku secara teratur pada jarak lebih konsisten.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Keluar darah atau bloody show

Ibu juga mungkin mengalami cecair mukus seperti lendir atau gam lekang yang keluar melalui laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Tanda ini menunjukkan bahawa bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Ia sama ada anda berada hampir dengan detik kelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi.

#4. Pergerakan bayi mula berkurangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Selain beberapa tanda di atas, ibu juga dinasihatkan untuk segera ke hospital bersalin sekiranya mendapati pergerakan bayi mula berkurangan. 

Hal ini adalah untuk memudahkan proses pemantauan dibuat dan menyelamatkan nyawa ibu serta bayi.

#5. Membuang air kecil dengan kerap dan rasa perut seakan-akan memulas

Ketika bayi sudah menekan pada bahagian rangka tulang pelvis, ibu merasakan perut menjadi ringan dalam sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang sarat mengandung akan mengalami kekerapan membuang air kecil dan perut memulas disebabkan oleh tekanan daripada bayi.

Manakala serviks akan terbuka apabila adanya kontraksi, di mana pangkal rahim menjadi lebih lembut dan nipis.

#6. Sakit belakang

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu mengandung adalah rasa sakit belakang. Ia dapat dirasai di bahagian bawah belakang atau abdomen seperti kekejangan seolah-olah senggugut.

Keadaan ini terjadi disebabkan oleh bayi dalam kandungan mula menurun, beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sekiranya ibu mengalami salah satu gejala hendak bersalin, lakukan beberapa perkara yang berikut:

  • Minum air dan makan dengan cukup bagi mendapatkan tenaga semasa proses bersalin
  • Kerap berjalan bagi meningkatkan bukaan rahim
  • Hubungi doktor anda jika telah membuat tempahan di hospital swasta
  • Minta bantuan pasangan selepas melahirkan anak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kepala Bayi Dah Terkeluar, Suami Tenang Jadi ‘Mak Bidan’ & Sambut Anak Dalam Kereta