X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak

4 min bacaan
Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak

Kehidupan setelah mempunyai dua anak pastinya memberi lebih perubahan kepada ibu. Namun sebenarnya, ibu mempunyai kekuatan untuk menghadapinya!

Menjadi ibu kepada dua anak sememangnya bukanlah satu pengalaman yang boleh dijangka oleh ibu bapa. Sekiranya ibu bapa merasakan kehidupan setelah mempunyai anak terus berubah mendadak, pastinya kehidupan akan berubah sekali lagi selepas lahirnya anak kedua!

Saya juga merupakan ibu kepada dua orang puteri.

Sedar tak sedar, saya telah melalui kehidupan bersama mereka selama 9 bulan, dan apa yang saya boleh katakan, tidak semuanya indah belaka…tetapi setakat ini semuanya masih dalam kawalan. dua anak, mak anak dua, pengalaman membesarkan dua anak, situasi ada 2 anak, ibu anak dua, tanggungjawab seorang ibu, bila ada 2 orang anak, gelagat anak, pengetahuan ibu, pengalaman ibu, pengorbanan ibu, adik beradik, membesarkan anak, anak lebih dari seorang

Kehidupan Baru Setelah Mempunyai Dua Anak

Salah satu kegusaran yang ibu pasti fikirkan adalah bagaimana untuk memberikan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak, dan melayan keduanya serentak?

Tambahan lagi kedua-dua mereka mempunyai umur yang berbeza, jadi saya semestinya perlu melayan mereka setara dengan umur.

Adakah ini akan mempengaruhi emosi saya juga? Ya saya tahu saya mungkin terlalu banyak berfikir, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku…dan sebenarnya saya belajar lebih dari itu.

Apa Yang Saya Belajar?

Setelah ahli keluarga bertambah, saya banyak belajar tentang diri saya, anak-anak saya dan kehidupan baru saya dalam beberapa bulan yang lalu. Berikut merupakan beberapa perkara yang saya sedari selepas mempunyai dua anak…

#1 Menjaga Bayi Baru Lahir Kali Ke-2 Ternyata Lebih Mudah

dua anak, mak anak dua, pengalaman membesarkan dua anak, situasi ada 2 anak, ibu anak dua, tanggungjawab seorang ibu, bila ada 2 orang anak, gelagat anak, pengetahuan ibu, pengalaman ibu, pengorbanan ibu, adik beradik, membesarkan anak, anak lebih dari seorang

Berganda kali lebih mudah!

Kali ini saya lebih faham apa yang dimahukannya, saya tidak gelabah apabila si adik menangis malah saya menjalani proses berpantang dengan lebih tenang walaupun si kakak sentiasa meminta perhatian.

Oleh kerana saya sudah mengetahui asas menjaga bayi, saya juga sudah tahu lampin mana yang bagus untuk anak dan tidak perlu bangun banyak kali pada malam hari untuk menukarnya.

Malah persediaan menyambut bayi kali ini juga dilakukan ala kadar sahaja kerana barang anak pertama masih boleh digunakan.

#2 Lebih Mudah Multitasking

Saya bukanlah wanita yang pandai membuat banyak perkara dalam satu masa, tetapi kini dengan 2 anak, pengurusan kehidupan seharian saya berubah sama sekali.

Saya perlu melakukannya, terutamanya apabila suami tiada di rumah.

Walaupun jadual seharian semakin padat, setiap anak memerlukan perkara yang berbeza pada setiap masa. Apabila anak sulung mahu makan tengahari, adiknya pula meragam mahu tidur jadi saya kini semakin hebat memasak sambil menidurkan anak!

#3 Anak Pertama Perlu Masa Membiasakan Diri dengan Adiknya

Kami tahu ini bukan perkara mudah, malah kami telah cuba untuk menyediakan anak pertama tentang kehadiran adiknya. Bukanlah dia tidak gembira, tetapi pastinya dia akan merasa perbezaan setelah adiknya lahir.

Pada mulanya anak pertama tidak boleh menerima saya memberikan perhatian yang lebih kepada si adik, tetapi lama kelamaan dia faham melihatkan adiknya masih belum pandai melakukan banyak perkara.

Perkara ini akan lebih sukar apabila jarak umur antara kedua-dua anak tidak terlalu jauh kerana masing-masing masih memerlukan perhatian dari si ibu khususnya.

#4 Kehidupan Lebih Memenatkan!

dua anak, mak anak dua, pengalaman membesarkan dua anak, situasi ada 2 anak, ibu anak dua, tanggungjawab seorang ibu, bila ada 2 orang anak, gelagat anak, pengetahuan ibu, pengalaman ibu, pengorbanan ibu, adik beradik, membesarkan anak, anak lebih dari seorang

Jika sebelum ini saya dan suami bergilir suapkan makanan untuk si kecil 3 kali sehari, memandikan dan menidurkan dia..tetapi kali ini 2 kali ganda!

Tambahan lagi, kedua-duanya memerlukan perhatian yang berbeza dan sebagai ibu, saya perlu membahagikan masa sebaik mungkin untuk menguruskan mereka.

Kehidupan sebagai ibu kali ini benar-benar mencabar, jadi saya perlukan kopi setiap hari dan apabila tiba masa tidur anak-anak saya pasti tidak melepaskan peluang untuk terlelap juga. 

#5 Saya Mampu Melakukannya

Mungkin sebelum ini saya risau sekiranya saya boleh memberikan kasih sayang yang sama kepada anak-anak, tetapi kini saya tahu saya mampu melakukannya.

Malah saya juga belajar untuk lebih menghargai diri sendiri, pastinya dengan pertolongan suami yang semakin hebat menguruskan dua anak.

Kehidupan dengan seorang bayi dan anak kecil pastinya berbeza sama sekali berbanding dulu, tetapi saya boleh menerimanya sebagai kehidupan baru normal saya.  Ia mungkin bukan hari-hari yang dipenuhi dengan senyum ketawa sepanjang masa, tetapi siapa sangka saya sedang melakukannya sekarang!

Benarkah bila ibu hamil anak kedua, anak pertama anak suka bersama ibu?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commerancang-keluarga-bila-patut-tambah-anak/

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pengalaman Ibu Anak Dua: Ini 5 Perkara Saya Belajar Setelah Ada 2 Orang Anak
Kongsikan:
  • 6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

    6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

  • 11 Gelagat Anak Yang Epik Di Waktu Pagi, Hanya Ibu Bapa Saja Akan Faham!

    11 Gelagat Anak Yang Epik Di Waktu Pagi, Hanya Ibu Bapa Saja Akan Faham!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

    6 Tips Terbaik Mendidik Anak Dari Harvard - Taklah Risau Sangat Besarkan Anak Zaman Sekarang!

  • 11 Gelagat Anak Yang Epik Di Waktu Pagi, Hanya Ibu Bapa Saja Akan Faham!

    11 Gelagat Anak Yang Epik Di Waktu Pagi, Hanya Ibu Bapa Saja Akan Faham!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.