'Terbabas' Ketika Rancang Kehamilan Sendiri, Wanita Ini Redha Bersalin 2 Kali Setahun

Pengalaman merancang kehamilan sendiri kadang-kadang tidak berkesan bagi pasangan yang terlalu subur seperti kisah wanita ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap orang memiliki pengalaman merancang kehamilan sendiri. Ada yang memilih untuk ambil pil perancang, suntikan mahupun implanon. Namun ada juga ibu tidak berani mengambil sebarang perlindungan kerana beranggapan boleh menjejaskan kesihatan diri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman merancang kehamilan sendiri, wanita bersalin dua kali setahun
  • Ibu dinasihatkan jaga jarak selamat setiap kali mengandung
  • Risiko jarak kehamilan rapat terhadap bayi

Kehadiran anak menjadi penyeri dalam rumah tangga. Memandangkan kini semuanya memerlukan komitmen tinggi, suami isteri mungkin sudahpun berbincang bilangan cahaya mata yang diinginkan. 

Pengalaman merancang kehamilan sendiri, wanita ini bersalin dua kali setahun

Bagi yang membuat keputusan untuk merancang sendiri, anda dan pasangan perlulah mengetahui beberapa kaedah yang betul agar tidak ‘terbabas’.

Seperti dilalui oleh ibu muda ini, Nurul Balqis berkongsikan pengalaman merancang kehamilan sendiri yang boleh dikatakan gagal apabila terpaksa redha bersalin dua kali dalam tempoh setahun!

Difahamkankan sebaik sahaja menimang anak pertama pada Januari tahun 2021, dia mendedahkan dirinya telah selamat bersalin anak kedua pada hujung tahun yang sama.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini saya selamat melahirkan dua anak serentak dalam setahun. Dapatlah kembar tahun. Semalam saya dah selamat bersalin anak kedua. Dua-duanya bersalin secara normal.

Aryan Qalish (boy)- 22 Januari 2021

Second baby (girl)- 30 Disember 2021

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cukuplah sepasang. Mama nak pencen lama sikit lepas ni. Umur mama baru je 21 tahun dan ada dua anak serentak sepasang dalam masa setahun. Alhamdulillah rezeki Allah, apa apa pun kena merancang betul-betul la lepas ni.

Nanti abang adik boleh pergi sekolah sama-sama. Masuk kelas sama-sama. Tahun yang sama. Abang lahir awal tahun, adik lahir hujung tahun. Kembar tahun.

Pengalaman merancang kehamilan sendiri- ibu dinasihatkan jaga jarak selamat setiap kali mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun anda teruja untuk memiliki keluarga besar, anda hendaklah memastikan jarak selamat setiap kali mengandung kalau sayangkan isteri.

Apabila seorang ibu mengandung, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin.

Jika tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, maka ia mungkin boleh menjejaskan proses kehamilan dan meningkatkan risiko pelbagai komplikasi.

Jarak kehamilan amat penting dalam sebuah keluarga untuk kepentingan bersama. Bagi pasangan yang mensasarkan anak ramai tiada masalah asalkan anda dan pasangan mengamalkan jarak mengandung atau birth spacing.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jarak kehamilan seterusnya hendaklah sekurang-sekurangnya dua tahun. Hal ini adalah penting bagi memastikan ibu pulih dan bersedia sepenuhnya untuk mengandung lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jarak sebaik-baiknya ialah dua tahun daripada tarikh bersalin terdahulu. Misalnya jika ibu bersalin pada Ogos 2017, sebaik-baiknya merancang untuk hamil lagi pada Ogos 2019.

Setiap ibu mempunyai hak kepada diri dan kesihatan anda. Mengandung adalah satu risiko. Jangan tambah risiko lain yang boleh menyebabkan masalah menjadi lebih serius.

Risiko jarak kehamilan rapat terhadap bayi

Bagi kandungan yang mempunyai kehamilan jarak kurang daripada 18 bulan, bayi berisiko mengalami keadaan seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Risiko lahir tidak cukup bulan atau pramatang
  • Risiko kandungan kecil berbanding usia kandungan
  • Risiko kematian lebih tinggi
  • Risiko saiz bayi lahir kecil (kurang daripada 2.5kg)

Adalah lebih baik untuk anda merujuk doktor atau misi di klinik tempat anda. Tanyakan bagaimana yang boleh dilakukan untuk menjarakkan kandungan.

Terdapat pelbagai cara untuk merancang keluarga anda. Pastikan berbincang dengan suami terlebih dahulu. Ambil kira faktor usia dan risiko yang bakal ibu hadapi.

Kesimpulannya dalam soal anak, tidak perlulah ibu ayah bertanding siapakah paling ramai memiliki cahaya mata. Kehidupan zaman sekarang agak mencabar, ia sekaligus memberi kesan terhadap tahap kesihatan wanita, lebih-lebih lagi yang bekerjaya.

Setiap pasangan dinasihatkan untuk mengamalkan perancang keluarga bagi memastikan kehamilan dapat dijarakkan dengan lebih selamat melalui kaedah yang dipercayai keberkesanannya.

TikTok, Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: ”Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi”- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

Baca juga: Usah Salahkan Isteri Bila Mengandung Lagi, Allah Beri Rezeki Walaupun Sudah Merancang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan