Kisah Ambil Anak Angkat Yang Penuh Pahit Manis Untuk Pasangan Ini

lead image

Selepas kehilangan anak tercinta, pasangan ini nekad untuk mengambil anak angkat. Ikuti kisah pengambilan anak angkat yang penuh pahit manis ini.

Kisah pengambilan anak angkat

Semua keluarga ada cerita tersendiri. Termasuklah bagi pasangan suami isteri ini, Katie dan Josh Butler. Ini kisah tentang bagaimana mereka membuat keputusan untuk melakukan pengambilan anak angkat yang penuh pahit manis.

Semasa hamil, Katie dan Josh telah membuat keputusan untuk tidak mahu tahu jantina bayi mereka kerana mahukan kejutan.

Namun sewaktu usia kehamilan Katie mencecah 20 minggu, pasangan ini telah mendapat berita yang menyedihkan semasa pemeriksaan.

Menurut sonografer yang memeriksa Katie, bayi mereka menunjukkan tanda ketara kecacatan genetik translokasi tidak seimbang pada kromosom enam dan sepuluh (unbalanced translocation of chromosomes six and 10).

Sejak itu, perjalanan kehamilan Katie kurang menggembirakan.

Selepas mendapat berita yang menyedihkan itu, Katie telah di induce pada minggu yang ke 39 dan selamat melahirkan bayi lelaki, yang dinamakan Dewey.

pengambilan anak angkat

Kredit: Flickr

Perjalanan Dewey untuk sembuh sangat panjang, namun keluarga Butler kekal positif.

Katie dan Josh percaya yang Dewey akan sembuh dan boleh pulang ke rumah bersama mereka. Malangnya, Dewey terpaksa melalui satu lagi pembedahan.

Dalam pembedahan itu, jantung Dewey beritma secara tidak normal dan ianya sesuatu yang tidak dijangka oleh pasukan perubatan.

Katie dan Josh telah diberitahu jika Dewey selamat, dia akan ditempatkan di aras jantung unit rawatan rapi untuk dipantau secara teliti oleh pakar.

Malangnya, Dewey tidak berjaya diselamatkan.

Katie dan Josh tidak mampu menerima berita tersebut. Dan Katie memilih untuk tidak percaya dengan berita tersebut walaupun doktor telah menunjukkan mayat Dewey – dia berharap Dewey hanya sedang tidur.

Pengambilan anak angkat yang tidak diduga

2 bulan kemudian, ketika masih lagi bergelut dengan rasa sedih, Katie menerima mesej dari jururawat unit rawatan rapi yang menarik minatnya. 

Terdapat seorang bayi di PICU yang memerlukan keluarga. Jadi Katie pergi menghubungi pekerja sosial mengenai bayi itu.

Kisah Ambil Anak Angkat Yang Penuh Pahit Manis Untuk Pasangan Ini

Ketika sampai di hospital, Katie teruja untuk melihat bayi baru lahir tersebut. 

Bayi itu adalah seorang bayi lelaki yang lahir secara pramatang, bergantung pada tiub kerana penyakit trach, dan lebih kurang setahun umurnya.

Katie telah memberitahu Josh yang mereka akan mengambil bayi itu sebagai anak angkat. Dan Josh setuju.

Pada 9 Februari 2015, pasangan ini membawa pulang Braxel sebagai anak angkat.

Kisah Ambil Anak Angkat Yang Penuh Pahit Manis Untuk Pasangan Ini

Kata Katie, Braxel adalah anugerah.

Walaupun perkembangannya sangat lambat, dia mempunyai lima terapi seminggu.

Menurut doktor, tiubnya bakal dipotong nanti, jadi tiada lagi trach. Juga, tiub makannya juga akan dibuka dan Braxel akan kelihatan seperti kanak-kanak biasa nanti.

Kisah Ambil Anak Angkat Yang Penuh Pahit Manis Untuk Pasangan Ini

Kami di theAsianparent Malaysia amat berbangga dengan Katie dan Josh. Semoga pasangan ini diberi kekuatan untuk membesarkan anak angkat mereka setaraf dengan anak kandung sendiri.

Dan semoga Braxel cepat sembuh, ya!

Sumber: popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Proses Ambil Anak Angkat Di Malaysia Yang Harus Diketahui

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma