"Bas Tak Masuk Sini, Kami Kena Jalan Jauh,'' Ibu Mengeluh Terpaksa Dukung Anak OKU & Keluar Dapatkan Bas

Pengangkutan awam darat yang tidak sistematik menyebabkan ada golongan yang memerlukan tidak mendapat akses walaupun duduk di bandar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terpaksa berjalan kaki 20-25 minit sambil mendukung anak kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan perkhidmatan bas antara rintihan daripada rakyat mengenai masalah pengangkutan awam darat di Malaysia.

Apakah maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini:

  • Pengangkutan awam di Malaysia perlu ditambah baik rakyat sangat perlukannya
  • Cadangan penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia

Memetik laporan Bernama mengenai reaksi rakyat terhadap masalah dihadapi berkaitan pengangkutan awam di Malaysia, ternyata komen si ibu ini antara yang paling menarik perhatian. 

“Bas tak masuk sini, kena jalan kaki 20 hingga 25 minit nak dapat naik bas sambil dukung anak OKU. Dah kemurungan ni.” 

Pengangkutan awam darat di Malaysia perlu ditambah baik rakyat sangat perlukannya

Walaupun sistem pengangkutan awam di Malaysia bertambah baik kualiti dan perkhidmatannya jika dibandingkan dengan 10 tahun dahulu, namun tidak dapat dinafikan akses kepada kemudahan itu tidak dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangankan yang jauh di pedalaman, yang di bandar juga tidak dapat menikmatinya. Buktinya, ibu dengan anak OKU ini tinggal di Kepong iaitu kawasan yang hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke Kuala Lumpur! 

Siapa saja yang tidak kemurungan bila perlu berjalan kaki lebih 20 minit sampai mendukung anak OKU!

Jadi di mana silapnya? Kita ada MRT, LRT, KTM, teksi, grab dan banyak lagi syarikat e-hailing namun masih juga ada kawasan di bandar yang tidak dapat akses kepada kemudahan pengangkutan awam.

Cadangan penambahbaikan pengangkutan awam darat di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa isu dan cadangan penambahbaikan yang dicadangkan dilaksanakan kepada sistem pengangkutan awam di Malaysia. Antaranya termasuklah:

  • Isu tambang mahal : ini terutama untuk perkhidmatan e-hailing. Yang mana salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing didapati menaikkan harga hingga sekali atau dua kali ganda daripada sebelum ini. 
  • Akses : ada kawasan yang tidak mendapat akses pengangkutan awam. Jika ada pun, perlu berjalan jauh. 
  • Tempoh menunggu lama : ada perkhidmatan bas dan kereta api yang mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke sesebuah destinasi. 
  • Capaian pembelian tiket : ada yang sangat susah untuk mendapatkan tiketnya. Sudahlah tidak boleh menggunakan hanya satu kad saja untuk semua pengangkutan awam. Jadi agak menyukarkan apabila setiap pengangkutan awam menggunakan kad berbeza. 
  • Kemudahan dalam pengangkutan awam : ada yang tidak mesra OKU, warga emas dan sebagainya. 

Diharapkan isu ini dapat segera ditangani oleh pihak yang berkenaan. Sebenarnya ramai keluarga bergantung pada pengangkutan awam untuk pergi ke sesebuah tempat. Semoga perancangan untuk penambahbaikan selepas ini memberi fokus kepada mesra keluarga, oku, wanita mengandung dan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Rakyat Malaysia Tenat, Kemudahan MRT Rosak Tidak Sampai 150 Jam Beroperasi

Baca juga:  Eskalator: Kemudahan atau bahaya?

Baca juga: Demi Penyusuan Eksklusif, Ibu Ini Bawa Bayinya Sambil Memandu Pengangkutan Awam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar