Pengantin baru ini bunuh diri gara-gara bergaduh tentang tandas!

Pasangan pengantin baru ini dilaporkan bergaduh kerana isu tandas sehingga si suami akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Alahai, kasihannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengantin baru bunuh diri selepas bergaduh tentang isu tandas

Seorang pengantin baru di Tamil Nadu, India baru-baru ini nekad untuk membunuh diri selepas isterinya mengambil keputusan untuk meninggalkannya selepas mereka bergaduh tentang isu tandas.

Menurut laporan Tamil Nesan, kedua-dua pasangan pengantin baru ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan di atas restu kedua-dua belah pihak. 

Selladurai, pengantin lelaki yang berusia 26 tahun itu telah mengahwini wanita yang dicintainya itu selepas mereka bekerja di tempat yang sama.

Walau bagaimanapun, selepas pernikahan itu, si isteri yang berpindah ke rumah suaminya itu tidak dapat menerima hakikat yang rumah suaminya tiada tandas di dalam rumah!

Maka, si pengantin ini berterusan menangis selama tiga hari berturut-turut, sebelum dia meninggalkan rumah terbabit dan kembali ke rumah neneknya di Salem.

Si isteri enggan pulang ke rumah suaminya selagi suaminya itu tidak membina tandas di dalam rumah terbabit. Selladurai yang patah hati kemudiannya ke tempat kerja keesokkan hari dan tidak lagi pulang ke rumah.

Rupa-rupanya, mangsa telah membunuh diri dengan terjun ke dalam telaga di pekan berhampiran. Keluarga mangsa menemui sepucuk nota bunuh diri di rumahnya.

Nota tersebut meminta kemaafan dari kedua-dua ibu bapa mangsa kerana mangsa nekad untuk membunuh diri. Malah, Selladurai juga meminta agar netizen (dan ibu bapanya) tidak menyalahkan isterinya itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes pengantin baru bercerai kerana perkara-perkara remeh

Selepas membaca kisah ini, pasti anda menggeleng-geleng kepala tidak percaya masih ada kes seperti ini yang terjadi. Tapi, jangan terkejut!

Di Malaysia sendiri ada pelbagai kes remeh-temeh yang melibatkan pengantin baru.  Walaupun kes tersebut tidaklah seteruk kes yang terjadi di India ini, namun, masih ramai pengantin baru yang bercerai gara-gara perkara remeh-temeh ini.

Dilaporkan, hampir 156 pasangan Islam akan bercerai setiap hari sehingga jumlahnya mencecah hampir 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun. 

Kebanyakan kes penceraian melibatkan punca remeh-temeh yang tidak masuk akal! Antara alasan yang menjadi punca kenapa ramai pengantin baru bercerai-berai adalah kerana:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.
  23. Pasangan lupa pam tandas

Perkahwinan itu suci, jangan cemarinya dengan harapan yang tidak nyata

Hal ini membuatkan kita terfikir, apa agaknya yang difikirkan oleh pasangan pengantin baru ini? Adakah alasan-alasan remeh ini berbaloi untuk dijadikan punca perpisahan dan penceraian?

Perkahwinan itu satu benda suci yang ditegakkan agama. Malah, ia juga merupakan lambang betapa anda menghargai pasangan dan ingin membina hidup bekeluarga dengan pasangan.

Kenapa alasan-alasan remeh ini dijadikan sebagai punca yang mampu menterbalikkan perkahwinan anda? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingatlah, jangan letak harapan yang tidak nyata pada sesebuah perkahwinan. Jangan impikan perkahwinan yang sempurna gara-gara “gambar dan cerita” yang anda lihat atau dengar.

Layari bahtera perkahwinan ini dengan matang dan bijak. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Star Online, Berita Harian Online, Free Malaysia Today

Baca juga:

Suami Potong 5 Jari Isteri Kerana Mahu Dia Berhenti Belajar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris