Dimana sifat kemanusiaan seorang manusia sekarang hingga seorang bayi pun dilihat penuh nafsu syaitan! Kejadian ini berlaku pada 27 April lalu, dimana bayi lelaki dipercayai tidak sedarkan diri lantas dibawa ke hospital oleh pengasuh bayi.
Hari ini kes bayi meninggal ini disahkan telah diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuh bayi. Ya, untuk pengetahuan anda ia berlaku pada bulan Ramadhan!
Menurut laporan Sinar Harian, ketika waktu kejadian bayi lelaki tersebut sedang tidur di dalam bilik bersama suami pengasuh. Dan pengasuh bayi itu pula dilaporkan sedang menyapu di luar rumah.
Pendarahan dan kesan koyak pada dubur bayi
Menurut laporan Sinar Harian itu lagi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur bayi lelaki malang itu selepas mendapat laporan hasil siasatan dan pemeriksaan pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh.
“Ketika itu, bayi lelaki itu dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera pada dubur bayi berkenaan yang dipercayai telah diliwat,” katanya.
Kata Ketua Polis itu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, hari ini.
Terdapat kesan koyakan pada bahagian dubur bayi lelaki tersebut menurut hasil laporan bedah siasat.
Ketua Polis turut menjelaskan ekoran hasil bedah siasat, mereka telah menjumpai kesan lebam di bahagian mulut bayi tersebut yang mana dipercayai akibat ditekup menggunakan tangan.
Manakala beberapa kesan koyakan yang terdapat pada bahagian dubur mangsa juga dipercayai akibat benda tumpul.
Begitu kejam bayi itu diperlakukan begitu, ditutupnya pula mulut bayi agar tidak menangis.
Ibu-bapa, tolonglah selidik dahulu latar belakang pengasuh sebelum anda menghantar anak-anak anda. Nyawa anak kita bukan boleh dibuat main untuk sebarangan diberikan kepada orang asing.
Nasib malang apabila terkena pula orang durjana begini. Moga kita dan anak-anak sentiasa dalam lindunganNya.
Tips untuk hantar anak ke pengasuh bayi
#1. Lawat taska atau rumah pengasuh
Salah satu kesilapan yang ibu bapa buat adalah mereka tidak memeriksa terlebih dahulu taska atau rumah asuhan. Ini adalah perkara paling penting yang ibu bapa perlu tahu.
Anda kena lihat dulu bagaimana keadaan tempat tersebut. Adakah ia nampak selamat? Berapa ramaikah budak jagaan dalam pusat asuhan dan adakah taska tersebut berdaftar?
Apakah faktor keselamatan yang diambil oleh pihak pengasuh sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Masa inilah anda kena rujuk juga dengan jiran-jiran terdekat dan tanyakan bahawa adakah pusat satu rumah asuhan ini okey untuk anak anda.
Baca Juga: Ibu Dah Mula Kerja? Checklist Cari Pengasuh Anak, #7 Ramai Selalu Terlepas Pandang!
#2. Buat lawatan mengejut
Ibu bapa mesti tertanya-tanya apa beza poin nombor 1 dengan nombor 2 ini. Apabila anda sudah melawat ke rumah asuhan atau taska, apa kata anda datang lagi sekali lagi. Tapi, kali ini anda datang tanpa membuat temu janji. Kira lawatan mengejutlah.
Tujuannya satu sahaja iaitu kita nak lihat perbezaan. Ada beza tak rumah asuhan ini dengan taska sewaktu anda datang masa temu janji dan sewaktu tiada temu janji.
Kalau beza sangat tu dan anda rasa seperti ketara sangat seperti rumah jadi bersepah teruk dan anak asuhan tidak terurus, anda sendiri boleh pilih sama ada nak pilih mereka atau tidak.
#3. Persediaan barangan anak
Selepas anda sudah memilih rumah asuhan yang anda rasakan bersesuaian, bolehlah anda menyiapkan keperluan anak anda secukupnya sebelum anda hantar anak anda ke rumah asuhan.
Selain itu, apa yang anda boleh lakukan adalah anda boleh berbincang dengan penjaga mengenai keperluan anak anda. Anak kan berbeza-beza keperluannya?
Jadi, bila anda bincang dengan pengasuh terlebih dahulu, penjaga anak anda akan lebih bersedia untuk memenuhi keperluan anak anda.
#4. Jalin hubungan baik dengan pengasuh
Pastikan anda menjalinkan hubungan baik dengan pusat jagaan dan jangan lupa minta nombor telefon mereka untuk membincangkan mengenai perihal anak.
Pengasuhlah yang akan menjaga anak anda sepanjang ketiadaan anda. Jadi pastikan anda sentiasa berhubung dan berbaik-baik dengan mereka
Sumber: Sinar Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hari Pertama Hantar Anak Ke Pengasuh, Bayi Meninggal Kebiruan