7 Tabiat & Sikap Ibu Yang Si Kecil Bakal Warisi, Patutlah Asyik Teriak Kalau Berenggang Dengan Ibu!

Secara tiba-tiba anda akan dapat melihat karakter anak seolah-olah sama seperti ibunya. Tak percaya? jom baca dalam artikel ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi memang benar-benar sinonim dengan sikap si kecil yang kadang-kala di lihat sama seperti ibunya. Ini kerana, ibu selalu menerapkan pengasuhan positif kepada anak yang secara tak langsung mereka akan terikut dengan sikap ibu tersebut.

Selain ayah, ibu juga boleh memberi impak yang positif dalam kehidupan anak dan momen itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Ini kerana sejak dari dalam kandungan, anak menghabiskan banyak masa dengan ibu sehinggalah mereka menjangkau ke usia kanak-kanak. Pendek kata, ibulah yang sentiasa ada dan dekat dengan mereka.

Pastinya sebagai ibu anda juga akan berasa bangga setiap kali orang sekeliling menyatakan persamaan antara anda dan anak. Tidak kira berkaitan wajah yang sama, sikap, fizikal mahupun tabiat.

Namun yang pasti, tentu anda mahukan mereka mengikut sikap yang positif sahaja kan? Nah, ini beberapa perkara yang anda mahu mereka ikut dari sikap anda. Jom kita lihat!

7 Pengasuhan positif dari ibu untuk anak

Ini adalah beberapa amalan pengasuhan positif yang biasanya akan diwarisi oleh anak daripada ibu. Adakah salah satu ini telah diterapkan pada si kecil anda setiap hari? 

#1. Semasa ibu bangun dari tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan tak kadang-kadang anak akan cenderung bangun pada masa yang sama dengan ibunya. Mereka seolah-olah tahu dan sedar bila ibu bangun dari tempat tidur.

Oleh itu, secara teknikalnya mereka boleh bangun awal di waktu pagi namun mungkin agak kesian kerana terikut-ikut dengan sikap ibu yang suka amalkan bangun seawal pagi. Jadi lebih baik anda tidurkanya lebih awal supaya dia mendapat tidur yang mencukupi.

#2. Suka mandi setiap hari

Berdasarkan kajian sains menunjukkan bahawa bayi boleh dimandikan sebanyak tiga kali seminggu. Tapi ada ibu bapa yang suka memandikan bayi mereka setiap hari dan tingkah laku ini akan membuatkan anak sudah terbiasa dengan keadaan tersebut sekaligus membuatkan mereka lebih cergas dan ceria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apatah lagi selepas menginjak ke usia kanak-kanak mereka akan terbiasa untuk keluar dari rumah dengan keadaan badan yang sudah mandi, bersih dan kemas.

#3. Seorang yang lebih teratur dan berdisiplin

Anda mungkin terfikir bahawa si kecil itu memerlukan latihan untuk mengatur sesuatu di dalam rumah. Namun pada hakikatnya anak itu sebenarnya sudah memerhatikan setiap perkara di persekitarannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya jika ibu selalu mengemaskan semula mainan yang dia main pasti dia akan perhatikan. Kemudian, anda pasti terkejut apabila melihat si kecil itu sendiri telah mengemas kembali mainannya ke tempat asal.

#4. Bijak berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tidak dinafikan anak akan mengikut apa yang diucapkan oleh ibu bapanya setiap hari. Jadi anda perlu lebih berhati-hati ketika menuturkan kata-kata supaya anak tidak terikut.

#5. Adab di atas meja makan

Jangan fikir anak tidak memahami perilaku di atas meja makan kerana ia terpaku pada kerusi bayi semasa melihat ibunya makan. Ini kerana dia sentiasa mengawasi apa yang dilakukan ibunya semasa makan lantas dia akan meniru sedikit demi sedikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Mencerminkan nilai-nilai murni

Berdoa, memberi salam, mengucapkan terima kasih, baca doa makan, baca doa tidur dan sebagainya adalah tabiat yang biasa diwarisi oleh anak daripada ibunya yang tercinta.

#7. Seorang yang menepati masa

Ketepatan waktu adalah salah satu perkara yang sering menjadi masalah kepada setiap orang. Jadi, sekiranya anda inginkan anak menepati masa maka anda harus menunjukkan sedemikian juga supaya si kecil itu akan mewarisinya bila dewasa kelak.

Apa yang anda boleh buat adalah memberi rutin yang sama kepada anak setiap hari sebagai langkah pertama untuk mengajarnya tentang menghargai masa.

Jom kongsi lagi apakah tabiat, kesukaan, karakter atau lain-lain yang mungkin anak warisi daripada anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga

https://my.theasianparent.comsifat-anak-ketiga