Penglihatan Kabur & Mata Kering Ketika Hamil Adalah Normal, Doktor Kongsi Ini Sebabnya!
Penglihatan kabur dan mata kering semasa mengandung adalah masalah biasa sering terjadi. Jika ibu berdepan gejala tidak normal, segeralah berjumpa doktor
Selain mual dan pening kepala ketika hamil, satu perkara yang sering dialami ibu mengandung adalah masalah berkaitan penglihatan termasuklah mata kering.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Mata kering waktu hamil, ini antara penyebabnya
- Cara mencegah sakit mata ketika hamil
- Praeklampsia, diabetes juga punca gangguan mata ketika hamil
Ketika mengandung, banyak perubahan akan terjadi pada tubuh. Walaupun ibu sudah memakai kaca mata, namun pandangan masih kurang jelas disebabkan oleh peningkatan hormon kehamilan.
Dalam kebanyakan kes, perubahan ini adalah normal dan ia akan kembali kepada keadaan asal selepas ibu melahirkan bayi serta melalui tempoh berpantang. Meskipun gangguan penglihatan ini biasa terjadi semasa hamil, penting untuk anda mengetahui apakah sebabnya.
Penglihatan kabur dan mata selalu kering ketika mengandung
Pegawai Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat, gangguan pada mata ketika mengandung adalah seperti penglihatan kabur, mata menjadi cepat kering dan bila pakai kanta lekap (contact lens), para ibu akan berasa cepat tidak selesa.
Antara punca masalah ini berlaku adalah kerana:
#1. Kurangnya penghasilan air mata
Perubahan hormon ketika mengandung boleh menyebabkan air mata kurang dihasilkan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan mata jadi kering, senang untuk berasa tidak selesa dan akhirnya penglihatan mula kabur.
#2. Perubahan pada ketebalan kornea
Terdapat perubahan bendalir pada kornea (disebabkan hormon mengandung). Bahagian yang jernih pada mata seterusnya menyebabkan kornea berubah sedikit bentuknya dan menyebabkan gangguan pada penglihatan ibu hamil.
#3. Penghasilan bendalir
Penghasilan bendalir yang meningkat sewaktu mengandung boleh menyebabkan mata jadi lebih sensitif dan senang tidak selesa apabila ibu mengenakan kanta lekap. Kalau tidak mengandung sebelum ini elok je kan?
#4. Serangan migrain
Migrain adalah salah satu penyebab masalah penglihatan semasa mengandung. Ibu cenderung berasa lebih tertekan dan kurang selesa ketika berada di minggu-minggu akhir kehamilan, ditambah pula dengan hormon lain yang menekan tubuh.
Misalnya hormon kortisol yang mengawal stres, ia meningkat dan menekan bahagian otak sehingga terjadinya migrain.
Selain itu migrain boleh terjadi disebabkan pendedahan ibu terhadap cahaya yang terlalu terang, blind spot dan cahaya zig zag.
#5. Tanda awal preeklampsia
Preeklampsia merupakan salah satu masalah yang menakutkan bagi ibu mengandung. Antara gejalanya ialah pandangan kabur, sensitif pada cahaya dan penglihatan kurang tajam.
Hal ini terjadi disebabkan oleh tingginya tekanan darah yang menyebabkan iritasi dalam sistem saraf utama.
Mata kering hanyalah sementara
Tambah Dr Izzat, ibu mengandung perlu bertenang dan usah risau kerana perubahan ini hanya sementara. Ia akan kembali kepada keadaan asal selepas melahirkan dan berpantang.
”Biasanya saya akan nasihatkan ibu-ibu untuk guna artificial tears untuk melembapkan mata dan membolehkan anda berasa lebih selesa. Jika menggunakan kanta lekap, sebaiknya beralihla kepada cermin mata jika anda mula rasa mata kering.”
”Ibu tidak perlu pergi buat cermin mata yang baharu. Melainkan mata anda benar-benar kabur. Tapi buat yang murah-murah dah lah sebab nanti nak pakai untuk sementara sahaja.” jelasnya.
Selain itu, ibu juga perlu merehatkan mata buat sementara waktu. Anda boleh lakukan senaman mata dengan kerap kelip-kelipkan mata, bagi ruang untuk mata berehat selepas seharian melayan telefon pintar.
Sentiasa waspada gejala yang tidak normal ketika kehamilan
Setiap kali ibu berjumpa dengan doktor ketika follow up pregnancy,
- Maklumkan pada doktor mengenai masalah penglihatan kabur ini
- Kalau ada mata merah, lepas tu ada cecair yang keluar ikut mata, jangan lupa untuk beritahu juga
Antara tanda-tanda bahaya yang memerlukan anda berjumpa doktor dengan kadar segera ialah:
- Flashes, mata kelam, nampak benda terapung-apung (floaters), nampak dua imej (double vision) untuk beberapa jam
- Kalau tiba-tiba sahaja ada penglihatan kabur berserta dengan gejala lain seperti sakit kepala, pedih ulu hati ataupun darah tinggi, ini bukan masalah normal dan perlu segera berjumpa doktor
”Ketika bertugas, saya menjaga ibu mengandung dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Jadi buat ibu-ibu mengandung, anda kenalah tahu apa yang normal dan apa yang tidak normal pada mata masing-masing,” pesan Dr. Izzat.
Cara mencegah sakit mata ketika hamil
Sudah pasti apabila sudah terkena sakit berkaitan mata, ibu hamil perlulah merawatnya. Namun, mencegahnya adalah lebih baik.
Selain menggunakan ubat titis mata, ada beberapa cara lain untuk ibu hamil mencegah daripada terkena sakit mata ketika berbadan dua. Antaranya termasuklah:
#1. Sentiasa peka dengan kebersihan mata
Mengamalkan kebersihan menjadi perkara utama yang terbukti mencegah jangkitan mata ketika hamil. Selalu ingatkan diri sendiri supaya cuci tangan secara berkala sebelum menyentuh wajah.
Hindari terlalu selalu menyentuh atau menggosok mata bagi mengelakkkan iritasi dan jangkitan.
#2. Basuh dengan air sejuk
Cuci mata dengan air sejuk adalah perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko sakit mata ketika hamil. Lakukan perkara ini beberapa kali dalam sehari untuk melindungi mata daripada bendasing yang mungkin masuk ke dalam mata.
Selain itu, boleh cuba tuam dingin jika mata ibu hamil mengalami mara mereka agar pembuluh mata merah yang menonjol mereda.
#3. Tuam dengan air suam
Selain tuam dengan air sejuk, anda juga boleh cuci mata dengan air dingin. Cuba tuam suam secara berkala adalah rawatan kecemasan untuk meredakan sakit dan radang mata.
Selalu menggunakan kaca mata apabila keluar juga boleh membantu menghindar mata daripada bahaya radikal bebas dan pencemaran.
#4. Elak gunakan solekan mata
Memang lumrah jika ibu hamil mahu tampil cantik dan menawan, Namun, cuba elakkan eyeshadow atau celak mata ketika anda hamil.
Ini bagi mengurangkan kebarangkalian untuk anda mendapat infeksi mata kerana penggunaan celak mata dan perias kelopak mata ini boleh menyebabkan jangkitan dan keradangan yang mungkin berpunca daripada kandungan bahan di dalamnya tidak sesuai untuk anda.
Praeklampsia, diabetes juga punca gangguan mata ketika hamil
Jangan ambil mudah gangguan penglihatan ketika hamil kerana ia juga tanda seseorang wanita itu menghidap praeklampsia atau diabetes ketika mengandung (GDM).
Disebabkan itu ibu hamil tidak boleh pandang ringan mengenai hal ini kerana ia boleh jadi petanda ada sesuatu yang serius berlaku kepada diri anda.
Perubahan yang berlaku kepada penglihatan boleh manjadi masalah yang berpotensi serius berlaku kepada sebilangan kecil wanita hamil. Ia termasuklah:
#1. Praeklampsia
Praeklampsia adalah sejenis keadaan yang hanya akan berlaku pada wanita hamil selepas 20 minggu kehamilan. Ia selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing.
Anda mungkin sedang mengalami praeklampsia sekiranya perkara ini berlaku kepada mata anda:
- Kehilangan penglihatan sementara
- Kepekaan cahaya
- Penglihatan kabur
- Melihat aura, lampu berkelip atau bintik
Siapa yang berisiko untuk mendapat praeklampsia?
- Ibu yang hamil buat pertama kali
- Ibu yang mempunyai sejarah hipertensi kehamilan atau praeklampsia
- Wanita yang mempunyai adik-beradik dan ibu dengan sejarah praeklampsia
- Kehamilan kembar
- Wanita berumur di bawah 20 tahun dan 40 tahun ke atas
- Wanita dengan penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum mengandung
- Wanita gemuk dengan BMI 30 dan ke atas
Jika anda mengalami sebarang simptom ini, hubungi doktor anda dan dapatkanlah rawatan segera. Praeklampsia boleh berkembang dengan cepat dan menyebabkan pendarahan dan masalah serius lain.
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga perkembangan bayi terbantut disebabkan kekurangan oksigen dan nutrien.
Tetapi kebanyakan wanita masih boleh melahiran bayi yang sihat dengan berat badan lahir yang rendah, jika praeklampsia telah dikesan lebih awal. Namun, jika air ketuban semakin kurang dan bayi didapati tidak berkembang, bayi itu boleh meninggal dunia dengan tiba-tiba di dalam kandungan.
#2. Kencing manis
Paras gula darah tinggi yang dikaitkan dengan diabetes boleh merosakkan saluran darah kecil yang membekalkan retina anda. Peluang meningkat apabila kehamilan anda semakin membesar.
Ia dipanggil GDM yang mana memberi kesan kepada ibu dengan menyebabkan penglihatan kabur.
Jika anda memang penghidap diabetes, pantau dengan teliti semasa anda hamil. Jika anda menghidap diabetes semasa hamil, pastikan paras gula darah anda tidak terlalu tinggi.
Tahap glukos yang tinggi semasa hamil juga akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan. Justeru ia perlu dikawal oleh insulin iaitumerupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi.
- webmd (April 30, 2022). Pregnancy and Vision. www.webmd.com/eye-health/pregnancy-and-vision
- eye7.in (n.d). Blurred Vision During Pregnancy: Know Everything About It. www.eye7.in/blurry-vision-during-pregnancy/#:~:text=Use%20lubricating%20eye%20drops%20to,eyes%20along%20with%20vision%20changes.
Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Indonesia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mata Berkedip Sebelah, Ada Petanda Tertentu Atau Masalah Sakit Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Baca juga: Air Halia Untuk Ibu Mengandung, Kaya Dengan Manfaat Termasuk Kurangkan Gula Untuk Ibu GDM
Baca juga: Mata Malas Menjejaskan Daya Penglihatan Si Manja, Ibu Bawalah Anak Berjumpa Pakar