Tidak mudah bagi seseorang untuk mengawal pengurusan emosi yang stabil ketika berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda diri atau keluarga.
Bagaikan suatu pengalaman yang paling menakutkan bagi orang awam apabila melihat seorang suami bunuh isteri dengan beraninya membawa kepala yang dipenggal olehnya ke jalan raya.
Tular sebuah video yang berlaku pada pagi Sabtu lalu menunjukkan kejadian ini berlaku di Bahadurpur, Uttar Pradesh, India.
Gagal pengurusan emosi
Lelaki berkenaan, Akhulesh Rawat, 30, membawa kepala isterinya yang bernama Rajani, 26, ke jalan raya. Jelas kelihatan bahagian tersebut masih dipenuhi darah membuatkan ramai orang awam menjerit ketakutan.
Tidak lama kemudian, suspek berjaya ditahan oleh pihak polis. Suami bunuh isteri berkenaan dikatakan sempat menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik.
Seterusnya, suspek dibawa ke Balai Polis Jahgirabad. Menurut Suprintendan Polis Arvind Chaturvedi, pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, suami isteri ini telah dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun 2019 pasangan. Malangnya, anak mereka meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan disebabkan oleh masalah kesihatan.
Seterusnya, isteri suspek iaitu Rajani telah tinggal bersama di rumah ibu bapanya. Empat hari kemudian, suspek menjemput Rajani untuk pulang ke rumah.
Pada hari kejadian berlaku, pasangan ini telah bertengkar dan suspek didakwa menyerang isterinya menggunakan alat senjata tajam.
Suspek yang dalam keadaan di luar kawalan telah mengheret mangsa untuk keluar dari rumah dan terus memenggal kepalanya.
”Senjata yang digunakan oleh suspek juga telah dirampas di rumahnya,” kata Arvind yang memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut bagi mengetahui motif suspek bertidak sedemikian.
Difahamkan, bapa mangsa pernah memfailkan kes terhadap suspek di mahkamah berhubung dengan tuntutan mas kahwin.
India mencatatkan kes kematian melibatkan mas kahwin tertinggi dengan 8,391 kes kematian yang dilaporkan pada tahun 2020.
Ia melibatkan mangsa dari kalangan wanita yang dibunuh atau membunuh diri kerana tidak tahan diseksa oleh suami mahupun mertua kerana mempersoalkan isu mas kahwin.
Hukum suami memukul isteri mengikut Islam
Dalam ajaran Islam mengenai keharmonian berumah tangga, seorang suami perlu bijak dalam pengurusan emosi dan dilarang untuk memukul isteri.
Ia menjadi harus bagi tujuan untuk mendidik sahaja tanpa mencederakan atau menjatuhkan maruah pasangan. Dalam hal ini, pukulan tersebut mestilah yang tidak meninggalkan kesan atau menyasarkan ke bahagian muka.
Memukul isteri dengan teruk sehingga terdedah aurat, hukumnya adalah haram. Jelas sekali si suami terlalu mengikut emosi dan hilang pertimbangan.
Dalam Islam, isteri adalah amanah yang perlu dijaga oleh seorang suami. Dalam agama ini turut mengajar kepada umatnya agar berlemah-lembut dan bertimbang rasa dalam segala hal, terutama sekali perkara- perkara berhubung dengan rumahtangga.
Syarat suami boleh memukul isteri
#1. Tidak menggunakan alat
Seorang suami tidak boleh memukul isteri dengan menggunakan sebarang alatan seperti kayu, penyangkut baju mahupun senjata tajam.
Anda hanya dibolehkan menggunakan tangan atau kain yang sudah digulung bagi mengelakkan berlakunya kecederaan atau membuatkan isteri berasa sakit.
#2. Tujuan memukul isteri
Dalam menjaga keamanan sebuah rumah tangga, seorang suami dibolehkan memukul isteri sekiranya mereka telah melanggar peraturan agama atau mencalarkan maruah suami.
Pukulan atau sentuhan pada bahagian tubuh isteri hendaklah tidak dilakukan kerana dorongan sifat marah yang keterlaluan dan emosi yang tidak boleh dibendung lagi.
Jika ia dilepaskan kepada isteri, tentu sahaja mereka akan mengalami kecederaan yang teruk.
#3. Dalam keadaan yang sedar
Islam sangat menjaga keharmonian keluarga agar tidak mendatangkan sebarang permasalahan yang begitu kritikal.
Dalam hal ini, untuk memukul seorang isteri bagi tujuan memberi pengajaran kepadanya adalah anda perlu dalam keadaan yang sedar dan mengawal kemarahan dengan baik.
Jika ia dilakukan dalam keadaan ini, pastinya tujuan tersebut akan diterima isteri dan menyedarkan bahawa dia telah melakukan kesilapan. Bahkan, pukulan ini mampu mengubah isteri agar menjadi lebih baik pada kemudian hari.
Bukan itu sahaja, sekiranya anda dan pasangan berhadapan dengan konflik rumah tangga atau mendapati isteri telah derhaka, ia menjadi kewajipan kepada suami untuk mengikuti setiap ajaran dalam Islam.
Ia perlu dimulai dengan menasihati secara lembut dan menekankan komunikasi yang baik dengan isteri. Namun, jika dirinya memberontak atau tidak mengendahkan nasihat, jalan terakhirnya adalah memukul dengan penuh berhemah.
Sumber: Daily Mail, Dalam Islam
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comberhenti-gaduh-dengan-pasangan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!