TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Jururawat digantung kerja selepas mencederakan 5 bayi baru lahir

18 May, 2018
Jururawat digantung kerja selepas mencederakan 5 bayi baru lahir

Bayi-bayi ini telah cedera teruk pada tengkorak, tulang rusuk dan patah lengan semasa berada di unit rawatan intensif (ICU) akibat didera jururawat bertugas

Semua ibu bapa pasti rasa sedih dan kecewa apabila terbaca kes jururawat dera bayi baru lahir yang masih berada di wad unit rawatan rapi ini.

Sungguh tidak disangkakan orang yang kita amanahkan untuk menjaga orang yang disayangi, mampu melakukan perbuatan keji ini.

Baru-baru ini, muncul lagi kes dera bayi baru lahir di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital UnityPoint-Meriter di Wisconsin, Amerika Syarikat. Menurut laporan, sebanyak 5 bayi baru lahir telah didera sehingga cedera teruk pada bahagian tengkorak, tulang rusuk, dan seorang lagi patah lengan akibat jururawat ini. 

Pihak hospital hanya sedar mengenai kejadian terbabit apabila seorang kakitangan NICU ternampak kesan lebam pada  lengan seorang bayi di situ.

dera bayi baru lahir

Pada mulanya doktor ingat lebam-lebam itu akibat selimut yang dibalut terlalu ketat ataupun tiub IV. Tetapi apabila mereka mendapati lebam di muka bayi itu pada hari keesokkannya, kakitangan NICU telah menjalankan pemeriksaan lanjut.

Imbasan CT kemudian mengesahkan tengkorak bayi itu telahpun retak dan tulang lengannya telahpun patah.

Siasatan masih berterusan.

Mengapa kes dera bayi baru lahir ini tidak dikesan awal?

Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Critical Care , sebanyak 4.6% kematian bayi disebabkan oleh kecederaan yang tidak disengajakan. 

Bayi yang terpaksa diwadkan di unit rawatan intensif (ICU) biasanya bayi yang sangat lemah yang memerlukan penjagaan 24jam. Mereka sering dilahirkan dengan masalah pernafasan, gangguan jantung, jangkitan, masalah genetik, akibat dilahirkan pramatang.

Bayi-bayi inilah yang memerlukan penjagaan lembut dan amat merisaukan untuk membaca tentang kes-kes seperti ini.

Cara untuk menghalang kes dera bayi baru lahir dari berlaku

Menurut ahli psikologi forensik Katherine Ramsland, tidak semua orang ada niat untuk membantu dan menjaga orang sakit apabila mereka memilih untuk menjadi jururawat. 

Dr Ramsland mendakwa ada yang hanya ingin menjadi jururawat semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan kawalan ke atas orang lain. Oleh itu apabila pihak hospital menemuduga calon yang berpotensi, pemeriksaan latar belakang yang penuh haruslah dipentingkan:

dera bayi baru lahir

  • Pernahkah calon-calon ini mempunyai sejarah tidak dapat menghadapi tekanan ataupun masalah psikologi?
  • Pernahkah calon-calon ini berkelakukan agresif terhadap pesakit atau menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil?
  • Dapatkah mereka menerima tekanan tinggi yang dihadapi di hospital setiap hari?

Dengan memberi perhatian kepada tanda-tanda awal, pihak hospital dan klinik boleh menghalang kes dera bayi baru lahir serta kejadian lain yang tidak diingini. 

Mereka yang ditugaskan untuk menjaga mereka yang tidak berdaya tidak boleh memberi alasan kerana mereka sedang mengalami masalah di rumah, keletihan, ataupun rasa marah kerana tertekan. 

Tanggungjawab seorang yang menguruskan jagaan pesakit yang bergantung sepenuhnya pada mereka adalah tanggungjawab yang besar.

Kebanyakkan masanya emosi sendiri perlu diketepikan supaya fokus boleh diberikan kepada penjagaan dan rawatan mereka yang memerlukannya.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Chicago Tribune , CBS News,  The Washington Post,  Psychology Today

Baca juga:

my.theasianparent.com/kanak-kanak-didera-di-taska/

 

Stories Rakan Kongsi
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jururawat digantung kerja selepas mencederakan 5 bayi baru lahir
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham