X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai kanak-kanak ini didera dengan teruk di taska

29 Nov, 2017
Ramai kanak-kanak ini didera dengan teruk di taskaRamai kanak-kanak ini didera dengan teruk di taska

Di Shanghai, sebuah rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan kanak-kanak didera di taska oleh cikgu dan pekerja di sana. Apa tanda-tanda anak anda telah didera?

Kanak-kanak didera di taska

Satu lagi kes menakutkan tentang kanak-kanak didera di taska telah terjadi, dan kali ini ia berlaku di China.

Baru-baru ini video kanak-kanak kecil telah dilayan dengan teruk di taska di Shanghai telah tular dan membuatkan netizen terkejut. Mereka mahu hal ini diadili.

Di dalam salah satu video, seorang wanita telah merentap beg seorang kanak-kanak perempuan dan menolaknya ke arah meja dan terhantuk. Wanita tersebut juga telah membuka sebahagian dari baju kanak-kanak tersebut, menurut laporan Radio Free Asia.

Lebih banyak video kemudiannya muncul. Di dalam salah satu daripadanya, seorang wanita memaksa kanak-kanak makan hingga mereka menangis. Di dalam video lain pula, seorang kanak-kanak memberitahu ibu bapanya tentang sesuatu yang pedas telah disapukan ke mukanya, yang dijangkakan ialah wasabi.

Kanak-kanak di dalam video tersebut berusia di dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun.

Menurut BBC, video tersebut telah dikeluarkan pada orang awam selepas ibu bapa yang marah membuat laporan kepada pihak polis tentang kecederaan anak mereka.

Kanak-kanak didera di taska: Ibu bapa berkongsi ketakutan mereka

Dilaporkan seramai 25 kanak-kanak menghadiri taska tersebut sejak ia dibuka pada Februari 2017 lalu. Ia digunakan oleh pekerja dari syarikat perlancongan atas talian, Ctrip.

Menurut Shanghai Daily, seorang ibu menyatakan yang ada sesuatu yang tidak kena selepas anaknya yang berusia 18 bulan asyik menangis setelah pulang dari taska itu.

"Anak perempuan saya telah buang air kecil sebanyak enam kali dan cikgu taska itu akan memukulnya. Dia tidak menukar lampin anak saya dan apabila dia menukar lampin, dia akan menarik satu kaki anak saya ke atas sementara anak saya kena berdiri di hujung bilik dan bukan membiarkannya baring." kata ibu terbabit.

Menurut ibu bapa yang lain, setelah mereka membuat aduan kepada Ctrip, syarikat tersebut mengambil keputusan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dan mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat!

Lanjutan dari siasatan polis, tiga cikgu dan seorang pencuci telah ditangkap serta taska tersebut telah ditutup.

Memohon maaf atas kes kanak-kanak didera di taska

CEO syarikat Crip, Jane Sun memberitahu media :

"Dengan menjemput pihak ketiga menguruskan taska, niat awal kami adalah untuk mempunyai pasukan yang profesional dan layak untuk menjaga anak-anak Ctrip.

Kami sedih dan marah melihat apa yang kami tidak sangka akan terjadi. Bagi pihak syarikat, saya memanjangkan maaf yang ikhlas kepada keluarga dan kanak-kanak yang terlibat."

Sementara itu, ribuan pengguna media sosial mengekspreskan rasa marah dan prihatin mereka tentang kejadian ini.

Malangnya kes ini bukanlah kes yang jarang terjadi. Banyak kes seumpama ini terjadi di Malaysia. Tanpa kita sedar, mungkin anak-anak kita telah didera dan dipukul di taska.

Apa tanda-tanda mereka didera?

Berikut adalah beberapa tanda yang anda boleh lihat jika anda syak anak didera di sekolah (atau rumah):

  • anak anda menangis dan melawan ketika anda ingin menghantar mereka ke taska/pusat jagaan/ tadika
  • anak anda kelihatan takut dengan orang-orang yang mereka baik sebelum ini.
  • perubahan kelakuan di rumah atau sekolah (terlalu manja, cengeng atau pendiam)
  • anak anda ada lebam, luka atau kecederaan yang lain. Kecederaan yang berulang mungkin adalah tanda penderaan
  • anak anda sering mimpi ngeri, mengigau dan sukar tidur.

Apa yang anda patut buat sekiranya anda mengesyaki anak anda di dera di sekolah?

  • jika tidak pasti, bercakap dengan guru besar sekolah tentang itu
  • jika sudah pasti, buat laporan polis dan pihak berkenaan akan menyiasat hal tersebut
  • segera jauhkan anak anda dari pendera
  • hubungi talian bantuan seperti talian dera untuk bantuan.

TONTON (Amaran : video kurang menyenangkan): 

 

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

Lagi Kes Dera oleh Pembantu Taska, Kali Ini Pada Anak Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!

Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Ramai kanak-kanak ini didera dengan teruk di taska
Kongsikan:
  • Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

    Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

    Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.