TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Albertine Leo Jia Ditemui Selamat Di Batang Kali, Ini Kronologi Kes Budak 6 Tahun Hilang

23 Jul, 2024
Albertine Leo Jia Ditemui Selamat Di Batang Kali, Ini Kronologi Kes Budak 6 Tahun Hilang

Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri ditemui selamat di hotel murah di Batang Kali

Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemukan selamat. Mangsa, Albertine Leo Jia Hui ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor pada jam 4 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mangsa ditemui bersama seorang suspek di sebuah hotel murah.

“Pada awal pagi ini mangsa telah diselamatkan dan suspek telah ditangkap di Batang Kali. Tangkapan dibuat pada jam lebih kurang 4 lebih pagi. Mangsa dalam keadaan selamat dan suspek telah dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut,” jelasnya dalam sidang media sebentar tadi.

Suspek Tiada Pertalian Darah Dengan Mangsa

Suspek seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan siasatan awal mendapati, suspek tiada pertalian persaudaraan dengan keluarga mangsa.

“(Mangsa) telah dilarikan menggunakan sebuah kenderaan,” tambahnya lagi.

“Siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak kanak 2017. Leo Jiha Hui telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya.

Lima Suspek Kes Albertine Leo Jia Ditahan

Setakat jam 11 pagi (23 Julai 2024), dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan lima suspek kini dalam tahanan Polis Johor, berhubung kes penculikan budak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, pada Sabtu lalu.

Seorang suspek wanita ditahan malam tadi, manakala seorang lagi lelaki berusia 31 tahun ditahan jam 4.45 pagi tadi di Batang Kali, Selangor bersama kanak-kanak terbabit .

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata kanak-kanak itu ditemui dengan selamat di sebuah hotel murah dan kini berada di sebuah hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada perubahan fizikal seperti dakwaan rambutnya sudah dipotong.

Albertine Lee Jia Hui Selamat Tanpa Kecederaan

“Kita mengesahkan kanak-kanak sudah ditemui dalam keadaan selamat. Empat suspek sudah direman empat hari, manakala seorang lagi yang ditahan bersama mangsa akan dibawa pulang ke Johor untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kumar berkata, motif penculikan kanak-kanak itu masih dalam siasatan, bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang panggilan meminta wang tebusan diterima keluarga mangsa.

“Semua suspek tiada hubungan dengan mangsa dan tiada sebarang panggilan wang tebusan dibuat, maka motif penculikan masih lagi dalam siasatan.

“Kita merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk membawa lari mangsa ke Selangor,” jelasnya.

Kes Albertine Lee Jia Hui Selesai Dalam Tempoh 2 Hari

Sehingga kini, lima suspek berhubung kes penculikan itu dengan tangkapan pertama membabitkan dua lelaki dan seorang wanita kira-kira jam 1.30 petang semalam, sebelum tangkapan seorang lagi wanita pada lewat malam semalam.

Keempat-empat suspek berusia 28 hingga 55 tahun itu kini direman empat hari sehingga Jumaat ini. Menurut Kumar, kes yang dilaporkan jam 12.30 tengah malam Ahad lalu berjaya diselesaikan dalam tempoh 48 jam.

Albertine Leo Jia Hui, kes budak hilang, kanak-kanak hilang, leo jia hui hilang, Albertine Lee Jia Hui

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 365 & Seksyen 14 (A)

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Kumar berkata, laporan polis dibuat bapa mangsa selepas menyedari kanak-kanak itu hilang di tapak festival Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Sebaik menyedari kehilangan mangsa, ibu bapanya berusaha mencari mangsa bersama rakan-rakan peniaga dan apabila tidak ditemui, mereka membuat laporan polis.

“Polis kemudian menggerakan semua elemen dan melancarkan operasi bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana sentuhan fizikal ke atas kanak-kanak.

Pada masa sama, Kumar menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawaB dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Kita akan ambil tindakan jika ada mana-mana pihak yang sebarkan maklumat palsu dengan niat mengganggu emosi keluarga mangsa kerana sejak kejadian ini tular, keluarga banyak menerima panggilan telefon dan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi mereka,” katanya.

Kronologi Kes Budak 6 Tahun Hilang

20 Julai 2024

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa, Albertine Lee Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.

Stories Rakan Kongsi
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping

21 Julai 2024

Ibu kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya sehingga menjejaskan siasatan polis.

Leo Qieo Xin, 37, yang berada di pusat beli-belah berkenaan sejak kejadian itu berlaku berkata, dia sangat khuatir akan keselamatan anaknya Albertine Leo Jia Hui yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Polis Johor memaklumkan giat mengesan mangsa dan meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk mencari Albertine Leo Jia Hui, 6.

22 Julai 2024

Seorang pemilik kafe di Johor Bahru menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu.

Sebuah syarikat konsultan pula menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak perempuan hilang sejak 20 Julai lalu ke syarikat tersebut.

Syarikat berkenaan berkata, ia akan diberikan apabila kanak-kanak itu dibawa ke institusi mereka.

23 Julai 2024

Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri.

  • Tiga suspek yang disiasat bagi kes culik seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pada pagi Selasa.
  • Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu dikawal ketat anggota polis serta bergari tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.
  • Tiga suspek direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri pada Sabtu.

23 Julai 2024

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sinar Harian, Buletin TV3

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Albertine Leo Jia Ditemui Selamat Di Batang Kali, Ini Kronologi Kes Budak 6 Tahun Hilang
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham