Ibu, Penjagaan Gigi Juga Penting Semasa Hamil - Pilih Ubat Gigi Yang Selamat Dari Senarai Ini!

Ibu, Penjagaan Gigi Juga Penting Semasa Hamil - Pilih Ubat Gigi Yang Selamat Dari Senarai Ini!

Tak selesanya bila asyik rasa mual semasa memberus gigi! Ibu tahu tak, kini ada ubat gigi yang boleh menghilangkan rasa mual tersebut?

Seperti yang diketahui oleh ramai wanita hamil, kehamilan akan meningkatkan hormon dan salah satu akibat dari peningkatan hormon adalah pembengkakan gusi. Kalau nak diikutkan, memang banyak juga yang melibatkan bahagian mulut semasa perubahan hormon kehamilan jadi ibu perlu menitikberatkan hal penjagaan gigi, mungkin boleh tukar kepada ubat gigi yang kami kongsikan ini.

Begitu juga apabila ibu kerap muntah akibat alahan ubat gigi misalnya, asid yang keluar dari perut boleh memakan enamel gigi. Mual di pagi hari juga boleh membuat ibu kurang menggosok gigi kerana refleks muntah dan loya sangat kuat. Betul tak?

Memilih Ubat Gigi Yang Selamat Untuk Penjagaan Gigi Semasa Hamil

penjagaan gigi

Mencari ubat gigi yang betul dan selamat untuk ibu hamil bukan sekadar mencari produk bebas fluorida. Ibu harus memperhatikan semua ramuan walaupun berkaitan dengan jenama semula jadi, kerana sebilangannya mungkin tidak sepenuhnya selamat untuk bayi dalam kandungan.

Bagi keselamatan dan mengelakkan alahan semasa memberus gigi, ibu boleh cari ubat gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Bahan semulajadi
  • Formulasi sederhana (mild)
  • Tiada bahan merbahaya seperti paraben dan SLE
  • Tiada perisa (natural)

6 Ubat Gigi Terbaik Untuk Penjagaan Gigi Ibu Hamil

Untuk kemudahan ibu-ibu, kami telah membuat senarai ubat gigi selamat yang boleh digunakan walaupun semasa mengandung.

Semuanya dibuat daripada bahan-bahan yang selamat dan juga enak serta akan membuatkan mulut anda akan segar dan bersih seperti ubat gigi biasa!

6 Ubat Gigi Terbaik Untuk Penjagaan Gigi Ibu Hamil
Mama's Choice Non-Fluoride Toothpaste
Terbaik Dengan Bahan Semulajadi
more info icon Beli di Shopee
Pureen Maternity Toothpaste
Terbaik Mengandungi Xylitol
more info icon Beli di Shopee
Kangaroo Mommy Toothpaste
Terbaik Dengan Perisa Buah-buahan
more info icon Beli di Shopee
SPLAT - Organic Pregnancy Toothpaste
Terbaik Organik
more info icon Beli di Shopee
Titad Fresh Breath Maternity Toothpaste
Terbaik 100% Vegan
more info icon Beli di Shopee
Melvita Pure Breath Toothpaste
Terbaik Jenis Vegan
more info icon Beli di Shopee

Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste

Terbaik Dengan Bahan Semulajadi

Ibu, Penjagaan Gigi Juga Penting Semasa Hamil - Pilih Ubat Gigi Yang Selamat Dari Senarai Ini!

 

Ubat gigi dengan formulasi yang lembut, ringan dan bebas fluorida. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai untuk wanita hamil, ibu menyusu dan seisi keluarga! Lebih menarik lagi, ubat gigi ini bebas bahan kimia berbahaya seperti SLS, fluorida dan triclosan. 

Ia mampu mengurangkan pembentukan plak dan melawan kerosakan gigi. Malah, bahan semulajadi yang digunakan seperti kayu sugi, allantoin, klorofil dan ekstrak pudina ini mampu menenangkan gusi bengkak, mengatasi pertumbuhan bakteria dan melindungi gigi anda!

Jadi, ibu tidak perlu risau kerana ianya sangat sesuai untuk gigi sensitif.

Apa yang kami suka?

  • Bebas alkohol, SLS, fluorida, triclosan dan paraben
  • Tanpa pewarna dan perisa tiruan
  • Selamat untuk ibu hamil dan menyusu
  • 100% diyakini halal
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi
  • Diformulasi daripada kayu sugi dan ekstrak pudina
  • Selamat untuk gigi sensitif

Pureen Maternity Toothpaste

Terbaik Mengandungi Xylitol

ubat gigi untuk ibu hamil

Ubat Gigi Pureen Maternity dirumus khas untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. Ia tidak mengandungi Fluorida, Sodium Lauryl Sulfate dan Saccharin. Ia diluluskan oleh Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia (MPDPA) dan disahkan Halal. 

Pureen Maternity Toothpaste mengandungi xylitol, pemanis semula jadi yang terdapat dalam serat banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk beri, sekam jagung dan cendawan yang membantu mencegah kerosakan gigi.

Apa yang kami suka?

  • Tanpa florida
  • Halal
  • Tidak mengandungi sluorida, natrium lauril sulfat dan sakarin.
  • Didapati dalam rasa pudina yang menyegarkan.

Kangaroo Mommy Toothpaste

Terbaik Dengan Perisa Buah-buahan

ubat gigi terbaik

Kangaroo Mommy Toothpaste diformulasi khas perlindungan dan penjagaan gigi ibu hamil. Ubat gigi istimewa dan berperisa buah-buahan ini melindungi gusi dan mengurangkan ketidakselesaan mulut. Ibu jangan risau kerana ia selamat dan tanpa bahan tambahan, pastinya merupakan pilihan terbaik untuk para ibu dengan meninggalkan nafas segar selepas penggunaannya!

Apa yang kami suka?

  • Tanpa florida
  • Tanpa bahan tambahan
  • Perasa buah-buahan yang pelbagai
  • Jenama dipercayai untuk wanita hamil 

SPLAT – Organic Pregnancy Toothpaste

Terbaik Organik

Ibu, Penjagaan Gigi Juga Penting Semasa Hamil - Pilih Ubat Gigi Yang Selamat Dari Senarai Ini!

Ubat gigi penguat ORGANIK khas untuk wanita hamil yang memerlukan ubat gigi semula jadi yang dan pada masa yang sama akan memutihkan, menguatkan dan memberikan perawatan gusi pada masa kehamilan. Ia juga sempurna jika anda mempunyai gigi sensitif dan mencari alternatif semula jadi.

Ubat gigi ini mengandungi gel Aloe Vera semula jadi, yang membantu menjaga kesihatan gusi. Enzim betik semula jadi menghilangkan plak gigi lembut, sementara minyak pokok teh menghalang pembentukan plak. Bentuk kalsium organik yang diperoleh dari kulit telur menguatkan enamel gigi. 

Apa yang kami suka?

  • Disyorkan untuk digunakan semasa kehamilan dan menyusu.
  • Bebas dari fluorida, sakarinat, klorheksidin dan triklosan
  • Menggunakan air suling 
  • Chitosan memberikan kesan penyembuhan luka dan pertumbuhan semula pada tisu rongga mulut yang lembut.
  • Gel ALOE VERA mempunyai kesan anti-radang
  • Minyak pokok teh memastikan perlindungan yang dipercayai terhadap bakteria

Titad Fresh Breath Maternity Toothpaste

Terbaik 100% Vegan

Titad toothpaste

Menariknya, semua rangkaian produk TITAD hanya dirumus dengan bahan berasaskan tumbuhan dan bahan gred hijau EWG yang kaya dengan nutrien, begitu juga dengan ubat giginya. Ia dirumuskan untuk ibu mengandung kerana mengandungi xylitol, tiada sakarin dan bebas sulfat. 

Ia juga berkesan dalam menghilangkan bau mulut yang menyebabkan nafas berbau sebanyak 94%, kerana mengandungi surfaktan sayuran yang berfungsi mencegah nafas berbau. 

Semua produk adalah produk vegan yang disahkan lembut dan bersih sesuai untuk ibu mengandung. Ia selamat digunakan untuk seluruh ahli keluarga termasuk bayi.

Apa yang kami suka?

  • Rasa segar yang berpanjangan
  • Dihasilkan daripada bahan berasaskan tumbuhan dan gred hijau EWG
  • Membantu mencegah karang gigi, plak dan sebarang jangkitan

Melvita Pure Breath Toothpaste

Terbaik Jenis Vegan

Ibu, Penjagaan Gigi Juga Penting Semasa Hamil - Pilih Ubat Gigi Yang Selamat Dari Senarai Ini!

Perlakuan memberus, menyegar dengan minyak pati pudina dan myrrh, digabungkan dengan tindakan mensui dengan teh hijau serta limau gedang membantu menjadikan ubat gigi nafas segar ini untuk mencuci mulut anda.

Apa yang kami suka?

  • Tidak mengandungi fluorida, pewarna dan perasa tiruan
  • Terhasil daripada bahan dari kebun organik

Perbandingan Harga Ubat Gigi Terbaik Untuk Penjagaan Gigi

Jenama Harga
Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste RM36.90
Pureen Maternity Toothpaste RM7.50
Kangaroo Mommy Toothpaste RM15.50
SPLAT – Organic Pregnancy Toothpaste RM21.48
Titad Fresh Breath Maternity Toothpaste  RM56.00
Melvita Pure Breath Toothpaste RM65.49

Punca Masalah Gigi Terjadi Ketika Hamil

penjagaan gigi

Sakit gigi boleh terjadi pada semua orang, lebih parah jika seseorang itu tidak mengamalkan amalan rutin pembersihan gigi secara berkala. Pun begitu, berbeza pula dengan wanita yang sedang mengandung. Ada beberapa kemungkinan terjadinya masalah gigi antaranya ialah: 

  1. Kesan terhadap loya dan muntah semasa mengandung. Perkara ini biasanya terjadi pada awal trimester, yang mana ibu masih mengalami simptom alahan dan mual terhadap bau dan rasa sesuatu makanan. Gangguan loya dan muntah secara berterusan akan mengundang bakteria yang terhasil daripada muntah seterusnya memberikan gangguan kepada kaviti gigi si ibu.
  2. Kekurangan pengambilan kalsium yang mencukupi. Semasa mengandung, biasanya setiap kandungan nutrien dan kalsium akan terbahagi kepada dua pecahan iaitu ibu dan janin yang dikandung. Jadi, jika tidak mengambil kalsium yang diperlukan tubuh, anda berpotensi mengalami gangguan sakit gigi seperti tooth enamel demineralization dan kerosakan gigi. Bukan itu sahaja, ia boleh menambah risiko untuk kelahiran bayi pramatang
  3. Pola makanan yang tidak menentu. Jika sebelum ini anda sangat mengambil berat tentang jenis makanan untuk diet anda, kehamilan membuatkan anda ingin makan lebih banyak. Biasanya, ketika hamil ibu lebih mengidam makan makanan manis yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jika salah satu punca ini terjadi semasa kehamilan anda, hati-hati kerana ia boleh meningkatkan peluang mendapat sakit gigi ketika hamil.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Ambil Mudah Sakit Gigi Ketika Hamil, Anda Berisiko Dapat Bayi Pramatang!

Baca juga: Ubat Gigi Kanak Kanak, Sesuai Bagi Usia 3 Tahun Ke Atas – Tak Perlu Guna Ubat Gigi Tanpa Florida Lagi Ya!

Baca juga: Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?