Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu

undefined

Tak puas membelai kelembutan kulit bayi anda? Pastikan kulit si kecil kesayangan anda sentiasa kekal lembut dan sihat dengan penjagaan yang rapi.

Menjadi seorang ibu membawa bersama bermacam-macam tanggungjawab baharu. Kini setiap langkah yang anda ambil perlu mengambil kira perihal bayi kecil anda juga. Contohnya, kalau dulu anda hanya fokus pada rutin penjagaan kulit diri anda sendiri, kini anda perlu memikirkan rutin penjagaan kulit sensitif si kecil kesayangan anda juga, tau! Ya, bayi pun ada rutin penjagaan kulit, barulah sedap dipeluk cium, kan? 

Kulit bayi baru lahir memang lembut, selembut sutera, namun bersifat sensitif. Antara masalah kulit yang biasa dialami oleh bayi baru lahir ialah:

  • kulit kering
  • ruam panas
  • ruam lampin
  • alahan – ekzema
  • kegatalan
  • akne bayi

Tip Menjaga Kesihatan Kulit Bayi

Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu

Kredit: Shutterstock

Mungkin anda telahpun menghadapi satu atau dua masalah di atas sedang anda membaca artikel ini. Tapi jangan khuatir, semua masalah di atas boleh diatasi dengan penjagaan kulit yang rapi.  Tak susah pun, hanya amalkan 5 tip mudah ini untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit bayi anda:

1# Lindungi bayi daripada sinaran matahari

Bayi baru lahir sehingga 6 bulan tidak digalakkan untuk memakai losyen pelindung matahari. Namun, tak salah untuk anda membawa bayi kecil anda mengambil udara segar di luar, terutamanya pada waktu pagi – hello vitamin D!

Pastikan bayi anda tidak terkena pancaran matahari secara langsung. Buka sun shade pada stroller, pakaikan topi pada bayi anda, litupi bahagian badan bayi yang terdedah kepada cahaya matahari dengan kain nipis (selimut muslin terbaik!) dan pasangkan skrin pelindung matahari pada tingkap kereta anda. 

2# Hadkan rutin mandian bayi

Bayi baru lahir tak perlu mandi terlalu kerap. Sekali sehari sudah memadai kerana bayi anda hanya duduk di rumah dan tidak terdedah kepada kotoran atau pencemaran di luar. Mandi terlalu kerap boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kering. 

3# Basuh baju dan barangan fabrik bayi yang baru dibeli

Ini penting! Anda perlu membasuh dahulu baju-baju, stokin, selimut dan apa saja barangan fabrik yang baru dibeli dengan sabun pencuci pakaian yang mesra bayi untuk membunuh bakteria dan apa-apa kesan bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit bayi anda. 

4# Kerap sapukan losyen bayi

Kulit bayi baru lahir sememangnya agak kering sehinggalah dia mendapat cukup nutrisi daripada susu ibu. Menurut Dr. Neumann, pakar pediatrik dari Forest Hills Pediatric Associates, losyen pelembap tidak menambah kelembapan pada kulit, tetapi membantu menghalang lembapan yang sudah sedia ada di dalam kulit daripada tersejat keluar.

Jadi anda bolehlah menyapu losyen bayi pada kulit si kecil anda selepas mandi dan bila-bila perlu. Tip ekstra: sapukan losyen ketika kulit bayi masih lembap untuk lebih efektif!

5# Cuci bahagian sensitif sekerap mungkin

Walaupun bayi baru lahir tidak perlu kerap mandi, tapi anda perlu kerap mencuci bahagian-bahagian sensitif di badan bayi, iaitu bahagian kemaluan, punggung,  lipatan dalam peha dan celah kangkang. Cuci dengan rapi setiap kali menukar lampin bayi untuk mengelak daripada terkena ruam lampin.

Jangan lupa juga untuk mengelap mulut dan muka bayi selepas menyusu untuk mengelak terjadinya ruam susu. Juga pastikan bahagian-bahagian yang mudah berpeluh seperti lipatan di lengan, leher dan belakang lutut kerap dibersihkan, cukup sekadar lap dengan kain dan air untuk mengelak daripada terkena ruam panas

6# Pilih produk penjagaan kulit bayi yang lembut dan melindungi kulit

Anda perlu “memilih” dalam soal ini. Produk yang diformulasi dengan bahan-bahan yang semula jadi, organik dan terbukti secara saintifik selamat untuk kulit bayi adalah pilihan yang terbaik. Ini bermakna produk tersebut cukup lembut untuk digunakan setiap hari dan memberikan keselesaan pada bayi.

Mesti anda dah banyak membuat survey jenama penjagaan kulit sensitif apa yang paling sesuai untuk bayi anda, kan? Seperti yang disebutkan dalam tip #6, produk yang terbaik ialah yang menggunakan bahan semula jadi, organik dan terbukti secara saintifik selamat untuk kulit bayi. Jadi, sekarang kami nak perkenalkan…

Cetaphil Baby with Organic Calendula

penjagaan kulit sensitif

penjagaan kulit sensitif

Rangkaian produk Cetaphil Baby with Organic Calendula ini menampilkan ekstrak calendula organik sebagai bahan utamanya dan diformulasikan oleh pakar-pakar kulit dengan misi untuk membantu ibu bapa melindungi kulit halus bayi daripada iritasi, sambil menenangkan keadaan kulit bayi yang sensitif dan kering. 

Fakta menarik tentang calendula:

Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu

Kredit: iStock

  • Berasal daripada bunga Marigold dari kawasan Mediterania di Eropah yang diiktiraf dalam dunia perubatan sejak berabad yang lalu sebagai satu bahan mujarab untuk menenangkan kulit kering
  • Bersifat anti-bakteria, anti-inflamasi dan anti-kulat secara semula jadi
  • Menenangkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit
  • Bahan semula jadi yang sangat selamat dan efektif – pilihan ramai ibu bapa dalam perlindungan dan penjagaan kulit bayi, terutamanya yang mengalami masalah eczema dan ruam lampin

Seperti mana ibu mengamalkan basic 3-step skincare routine, apa kata lakukan yang sama untuk si comel anda dengan rangkaian produk Cetaphil Baby with Organic Calendula? Biar kami tunjukkan caranya:

1# Cetaphil Baby Wash & Shampoo With Organic Calendula 

penjagaan kulit sensitif

penjagaan kulit sensitif

Ah, nampak tak kesegarannya di situ? Hanya satu pembersih untuk rambut dan badan si kecil anda. Bayi anda pasti selesa kerana ianya tidak memedihkan mata dan aromanya juga begitu segar! Terbukti secara klinikal untuk melembapkan kulit. Cukup lembut untuk digunakan setiap hari.    

2# Cetaphil Baby Daily Lotion With Organic Calendula

penjagaan kulit sensitif

Sejurus selepas mandi dan mengelap badan bayi anda, biarkan kulitnya sedikit lembap dan sapukan losyen ini ke seluruh badannya. Losyen ini bukan sahaja menenangkan kulit, malah turut melembapkan dan melindungi kulitnya daripada kering.

Yang menarik sekali, Cetaphil Baby Daily Lotion with Organic Calendula ini telah diuji secara klinikal untuk melembapkan kulit bayi sehingga 24 jam! Anda pasti sukakan formulasinya yang lembut dan juga terbukti secara klinikal baik untuk kulit halus bayi. Si kecil selesa, ibu bahagia! 

Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu

3# Cetaphil Baby Advanced Protection Cream With Organic Calendula

penjagaan kulit sensitif

Untuk perlindungan yang lebih lagi, terutamanya jika bayi anda sedang mengalami masalah kulit kering, sapukan Cetaphil Baby Advanced Protection Cream With Organic Calendula yang direka khusus untuk melegakan dan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan dan ketidakselesaan.

Ia terbukti secara klinikal untuk melembapkan kulit selama 8 jam. Diperkaya dengan Calendula organik, Allantoin dan Shea Butter, krim ini memastikan kelembapan kulit tidak terhakis dan pada masa yang sama, menguatkan struktur kulit.

Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu

5 Sebab Kukuh Mengapa Anda Harus Mencuba Cetaphil Baby With Organic Calendula

Jenama Cetaphil memahami kehendak bayi dan ibu bapa dalam penjagaan kulit bayi yang halus dan sensitif. Cetaphil komited untuk menghasilkan produk yang selamat dan paling efektif dan untuk seisi keluarga. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk membelai si kecil anda dengan Cetaphil Baby With Organic Calendula kerana:

  1. Formulasinya yang selamat – 0% paraben, pewarna, minyak mineral dan ramuan yang berasal daripada haiwan
  2. Diperbuat daripada Calendula organik yang diiktiraf oleh dunia perubatan mampu menenangkan kulit bayi
  3. Hipoalergenik
  4. Sesuai untuk semua bayi sejak lahir
  5. Diuji oleh pakar dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik*

* Hasil tinjauan dalam talian dengan 200 pakar dermatologi dan pediatrik di Jerman Feb-Mac 2015.

Ramai ibu di seluruh dunia telahpun mencuba dan jatuh cinta dengan kebaikan Cetaphil Baby With Organic Calendula untuk anak-anak mereka. Anda bila lagi?

Jom beli sekarang di Watsons dan bersedialah untuk memanjakan si kecil anda dengan kelembutan dan keselesaan daripada Cetaphil Baby With Organic Calendula setiap hari!

Selain koleksi Cetaphil Baby With Organic Calendula, ada juga koleksi lain daripada Cetaphil yang sesuai dan baik untuk si kecil anda. Malah, rangkaian untuk orang dewasa pun ada.

Untuk melihat koleksi penuh daripada Cetaphil, layari Cetaphil Original Store di Shopee atau Cetaphil Flagship Store di Lazada sekarang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 7 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Saranan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!