X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Terus Tidur Selepas 'Bersama', Ajak Pasangan Buat Beberapa Perkara Ini Dahulu!

4 min bacaan
Jangan Terus Tidur Selepas 'Bersama', Ajak Pasangan Buat Beberapa Perkara Ini Dahulu!

Penjagaan selepas seks tidak hanya membersihkan diri semata-mata, anda dan pasangan hendaklah saling mengucapkan rasa terima kasih

Hubungan seks bersama orang yang kita cintai boleh menjadi sesuatu yang sangat menakjubkan. Walaupun begitu, pernahkah anda berasa sedih setelah bersama pasangan anda? Kemungkinan besar perasaan sedih tersebut terbitnya dari rembesan hormon yang banyak, ataupun ia berpunca dari ketiadaan penjagaan selepas seks?

Apakah yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan selepas seks?
  • Elak terus tidur selepas bersama, suami isteri lakukan beberapa perkara ini
  • Mengapa penjagaan emosi selepas bersama sangat penting

Perasaan sedih atau gementar selepas melakukan hubungan seks bersama pasangan sebenarnya adalah normal. Ia bukan bermakna anda telah membuat silap, tetapi ia hanya berpunca dari hormon anda. Keadaan ini dikenali sebagai Postcoital dysphoria (PCD).

Salah satu punca seseorang mengalami PCD ialah tidak mengutamakan penjagaan selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan selepas seks

tips suami isteri

Hubungan seks merupakan waktu yang intim bagi pasangan telah berkahwin.

Pada waktu inilah anda sepatutnya menunjukkan rasa cinta dan sayang terhadap pasangan dengan membelai, mengucapkan kata-kata sayang dan menatap matanya. Seks sepatutnya terjadi dalam keadaan penuh romantis, dan bukannya dilakukan secara paksaan.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna perlu membelai pasangan ketika di atas katil sahaja. Selepas melakukan hubungan seks ada beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan.

Apakah ia? Penjagaan selepas seks bermakna anda dan pasangan disaran berpelukan dan mengucapkan rasa sayang terhadap satu sama lain. Pada waktu ini, anda dan pasangan sama-sama menikmati perasaan dihargai dan disayangi.

Kami faham bahawa sesetengah orang lebih cenderung untuk terus membersihkan diri selepas bersama, tetapi ambillah sedikit masa untuk menunjukkan penghargaan kepada pasangan setelah bersama supaya mereka tidaklah rasa dipergunakan, walaupun anda sudah berkahwin.

Elak terus tidur selepas bersama, suami isteri lakukan beberapa perkara ini

Penjagaan selepas bersama adalah sangat mudah untuk dilaksanakan! Banyak perkara yang anda boleh lakukan setelah bersama pasangan bagi menunjukkan penghargaan anda.

Tahukah anda? Ramai pasangan di mana salah seorangnya, yang terluka setelah melakukan hubungan seks walaupun hubungan tersebut memuaskan.

selepas melakukan hubungan seks

Sesetengah isteri merasakan mereka sekadar tempat pemuas nafsu, dipergunakan atau berasa seperti mereka tidak bernilai lagi setelah disentuh.

Ya, walaupun anda sudah berkahwin, pasangan mungkin masih merasakan sebegini, lebih-lebih lagi apabila diuji dengan suami yang tidak pandai menghargainya. Oleh itu, praktikanlah penjagaan selepas hubungan kelamin dengan cara-cara ini.

  • Berdakapan. Ketika anda mendakap pasangan anda, belailah rambutnya atau usaplah dia supaya dia sentiasa berasa dihargai. Ini akan membuatkan pasangan anda berasa bahawa anda bukanlah bersamanya hanya sekadar untuk tubuhnya.
  • Berbual. Ambillah sedikit masa setelah bersama untuk berbual. Janganlah berbual hal-hal yang boleh menegangkan keadaan, sebaliknya anda boleh berbual tentang memori yang melucukan, atau tentang perasaan anda terhadap si dia. 
  • Berbincang tentang hubungan seks anda. Tidak salah untuk anda berbincang tentang hubungan seks yang telah dilakukan sebentar tadi. Anggaplah ia sebagai peluang untuk anda dan pasangan memahami apakah yang diinginkan antara satu sama lain. Pasangan anda mungkin menyukai posisi yang tertentu, tetapi malu untuk menyatakannya.

selepas seks dengan suami

Mengapa penjagaan emosi selepas bersama sangat penting

Mudahkan untuk mengamalkan penjagaan selepas bersama? Tetapi, mengapakah ianya sangat penting dalam hubungan suami isteri?

Hubungan seks adalah sesuatu yang sangat intim, dan seringkali ia membuat ramai orang berasa terdedah (baik secara fizikal, atau emosi). Penjagaan selepas melakukan hubungan seks meyakinan pasangan anda bahawa anda mengambil peduli dan sayangkannya.

Hubungan intim secara fizikal adalah salah satu cara sesetengah pasangan menunjukkan rasa kasih sayang, dan penjagaan selepasnya juga dapat membuahkan perasaan yang lebih erat dan intim antara kedua-dua belah pihak.

Ia membantu untuk anda dan pasangan sedar bahawa seks adalah sesuatu yang istimewa dan romantis.

Oleh itu, anda dan pasangan pasti akan menikmati hubungan seks yang seterusnya oleh sebab terdapatnya penjagaan dan komunikasi yang efektif setelah bersama.

Yang penting, hargai pasangan anda dan tunjukkanlah rasa sayang anda padanya untuk hubungan yang bahagia.

Kim Atwood, Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Isteri Wajib Tahu Karakter Seks Mengikut Tanda Zodiak, Bila Bermanja Gerenti Puas!

Baca juga: Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

Baca juga: Vagina Keluar Darah Selepas Seks Semasa Hamil, Adakah Ibu Alami Keguguran?

Stories Rakan Kongsi
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Jangan Terus Tidur Selepas 'Bersama', Ajak Pasangan Buat Beberapa Perkara Ini Dahulu!
Kongsikan:
  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

    Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

    Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.