Setiap bayi yang lahir tali pusatnya akan dipotong, jadi ini akan meninggalkan sedikit baki tali pusat yang cukup masa nanti akan gugur dengan sendiri. Namun ketika ini pasti ramai ibu-ibu baru yang keliru dengan cara penjagaan tali pusat bayi bukan?
Bagaimana cara penjagaan tali pusat bayi yang betul? Apa cara nak bagi baki tali pusat cepat kering dan gugur? Sebenarnya tali pusat bayi ini perlu dijaga supaya tidak bernanah dan terkena infeksi. Ia samalah macam luka kita, perlu dijaga dipastikan sentiasa kering, tidak boleh diusik dengan tangan yang kotor dan sebagainya.
Tapi yang paling penting, ibu bapa perlu ingat, jangan melebih-lebih dalam penjagaan tali pusat bayi ini. Takut kerana terlalu nak menjaga macam-macam dibubuhnya sebab nak cepat kering dan gugur.
Hati-hati ya ibu cara penjagaannya mudah saja sebenarnya cuma perlu teliti. lampin tak boleh tutup baki tali pusat antara yang penting perlu diingat! Ia akan menyebabkan tiada pengaliran udara, nanti lembap pula bahagian tali pusat itu. Sebab itulah lambat baik!
Sejurus bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan dikepit dan dipotong. Tali pusat boleh dipotong oleh doktor pakar wanita ataupun ayah kepada bayi.
Jika ibu bapa ingin mengamalkan delayed cord clamping, anda perlu berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
Biarpun ramai yang percaya adalah lebih baik untuk bayi jika tali pusat tidak dikepit terus selepas bayi dilahirkan, tidak semua doktor atau hospital akan melakukannya.
Tali pusat bayi perlu dikepit dahulu untuk menutup semua saluran darah di dalam tali sebelum ia boleh dipotong. Pengepit yang biasa digunakan adalah pengepit tali pusat plastik.
Cara penjagaan baki tali pusat bayi.
Ini antara pengalaman mencuci dan menjaga baki tali pusat yang diamalkan oleh seorang ibu yang ingin berkongsi. Anda boleh merujuknya sebagai panduan.
Selepas ibu dan bayi dipastikan dalam keadaan baik. Anda akan diberi kebenaran untuk pulang ke rumah, jururawat bertugas akan memberi 2 botol Hidrogen Peroksida dan beberapa bungkus bola kapas steril untuk membersihkan baki tali pusat anak saya.
Namun itu terpulang juga kepada pihak hospital, mengikut pengalaman saya sendiri, pihak hospital hanya membekalkan dua kotak alkohol swab. Jadi ia lebih mudah!
Tips penting apabila menjaga baki tali pusat anak
-
Jangan terkejut jika terdapat kesan kotor dan darah pada kapas ataupun baju bayi. Ini adalah perkara normal
-
Apabila menukar lampin bayi, pastikan baki tali pusat bayi tidak ditutup. Lipat bahagian atas lampin seperti gambarajah di atas
-
Lama kelamaan baki tali pusat bayi akan semakin kering. JANGAN cabut baki tali pusat bayi anda. Ia akan tanggal sendiri.
-
Hubungi doktor jika bayi anda demam atau apabila mendapati bahagian berdekatan baki tali pusat bayi nampak kemerah-merahan dan berbau busuk. Ini adalah tanda jangkitan.
Kebanyakkan ibu bapa akan buang terus baki tali pusat bayi yang sudah kering, tapi ada juga yang simpan buat kenang-kenangan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Buat Perkara Bahaya Ini Ketika Mengurus Tali Pusat Bayi