Ubat demam seperti Panadol syrup boleh buat anak dapat asma, menurut sains!

Kajian baru-baru ini mendedahkan terdapat perhubungan di antara bayi yang sering diberikan ubat demam dengan orang yang mendapat asma sebelum usia 18 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberi bayi dan kanak-kanak ubat paracetamol (ubat demam) boleh meningkatkan risiko penyakit asma pada kanak-kanak sebelum mereka berumur 18 tahun. Betul ke? 

Itulah yang berjaya dibuktikan oleh pakar dalam kajian berikut.

Paracetamol (seperti Panadol syrup), biasanya disarankan oleh doktor untuk merawat penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti demam, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dll.

Hubungan antara paracetamol dan penyakit asma pada kanak-kanak

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Melbourne Australia ini telah mengkaji 620 kanak-kanak dari lahir hingga mereka berusia 18 tahun.

Pengkaji menemui hubungan di antara bayi sering diberi paracetamol dan bayi yang menghidap asma sebelum mereka berusia 18 tahun.

Mereka menemui, kanak-kanak yang diberikan paracetamol pada dua tahun pertama hidup mereka lebih berisiko untuk mendapat asma sebelum meningkat dewasa. Peratus mereka mendapat asma lebih tinggi jika mereka mempunyai genetik tertentu.

Pengkaji mengatakan yang paracetamol “memakan” enzim yang penting untuk membersihkan toksin pada paru-paru.

“Keputusan kajian kami memberikan bukti yang penggunaan paracetamol pada bayi mungkin memberi kesan buruk pada kesihatan pernafasan kanak-kanak dan boleh menyebabkan asma.”

Pengkaji mendesak agar ibu bapa lebih berhati-hati. Walaupun kajian ini menunjukkan ada hubungan antara paracetamol dan asma pada kanak-kanak, tapi ini masih tak membuktikan yang paracetamol boleh menyebabkan asma.

Kajian ini menerima beberapa keraguan.

Neil Pearce, profesor epidemiologi dan biostatistic di Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropikal di London berkata,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Idea yang penggunaan paracetamol terlalu awal boleh meningkatkan risiko untuk mendapat asma telah didebatkan selama 20 tahun. Ia sukar untuk dibuktikan kebenaran atau kesalahannya.

“Masalahnya, kanak-kanak diberikan paracetamol bukan kerana saja-saja. Mereka diberikan paracetamol kerana mereka mempunyai jangkitan saluran pernafasan. Mungkin jangkitan ini yang meningkatkan risiko asma, bukan paracetamol.” “Perkara ini lebih rumit kerana kanak-kanak ini turut diberikan antibiotik yang juga mungkin boleh menjadi penyebab risiko untuk mendapat asma,” dia menambah.

Manakala, Dr June Raine, Pengarah Perubatan Agensi Perubatan berkata:

“Paracetamol adalah selamat dan efektif untuk merawat sakit dan demam apabila digunakan dengan cara yang betul. Orang ramai diminta untuk berjumpa doktor jika simpton yang mereka alami berterusan.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya. Mendapat izin untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar