Satu virus maut bernama Ebola yang pernah muncul 40 tahun lalu kini kembali menyerang di Congo, hingga hampir 27 orang maut sejak April lalu! Hal ini membuatkan kita risau – bagaimana pula dengan penyakit Ebola di Malaysia?
Hari ini, kami di theAsianparent akan memberi panduan lengkap tentang virus Ebola dan status penyakit Ebola di Malaysia untuk mempersiapkan ibu bapa dalam menangani virus bahaya ini.
Penting untuk setiap ibu bapa dan warganegara Malaysia tahu tentang virus Ebola ini agar kita mampu menanganinya.
Penyakit Ebola di Malaysia: Apa itu Ebola?
Ebola ialah sejenis penyakit serius yang boleh membawa maut jika ia tidak dirawat. Menurut WHO, virus Ebola berasal dari keluarga virus Filoviridae.
Akan tetapi, 3 jenis spesies virus Ebola ini didapati telah menyebabkan wabak yang meragut beribu-ribu nyawa di Afrika:
- Virus Ebola Bundibugyo
- Virus Ebola Zaire
- Virus Ebola Sudan
Bagaimana penyakit Ebola tersebar?
Penyakit Ebola tersebar melalui jangkitan atau sentuhan terus dari cecair atau rembesan yang mengandungi virus ini.
Jangkitan boleh terjadi melalui kulit yang luka, mulut atau hidung. Virus Ebola juga boleh merebak melalui darah, muntah, air kencing, air mani dan najis individu yang sudah terjangkit dengan Ebola.
Pekerja bidang perubatan dan penjagaan kesihatan malah individu yang menjaga perkuburan antara yang paling berisiko untuk terkena penyakit Ebola di Malaysia. Ia boleh merebak dari cadar katil, pakaian serta pelbagai permukaan lain.
Untuk memastikan virus ini mati, setiap cadar katil, pakaian dan permukaan yang ada virus Ebola harus dicuci dengan peluntur. Jika virus Ebola masuk ke dalam darah, individu tersebut akan menjadi pembawa virus yang tidak boleh dibuang.
Nasib baiklah penyakit Ebola di Malaysia ini tidak boleh berjangkit melalui udara seperti virus selesema.
Tanda-tanda jangkitan virus Ebola
Tanda-tanda jangkitan virus Ebola ialah seperti:
- Demam
- Keletihan yang melampau
- Sakit otot
- Sakit kepala
- Sakit tekak
- Cirit-birit
- Muntah
- Naik ruam
- Fungsi buah pinggang dan hati gagal
Dalam sesetengah kes, mangsa mungkin boleh mengalami:
- Pendarahan dalaman atau luaran (darah di gusi atau dalam najis
- Penurunan kadar sel darah merah dan sel darah putih
Rawatan untuk penyakit Ebola
Buat masa ini, tiada ubat untuk virus Ebola. Vaksin yang boleh mencegah Ebola masih giat dijalankan.
Walaubagaimanapun, virus ini banyak terjadi di negara yang tidak memiliki sistem kesihatan yang bagus. Ini mengakibatkan mereka kekurangan kakitangan perubatan yang bertauliah.
Bagaimana dengan penyakit Ebola di Malaysia? Adakah kita perlu risau?
Hingga kini, masih tiada kes penyakit Ebola di Malaysia. Namun, jika anda, keluarga atau rakan-rakan merancang untuk ke negara-negara di Afrika Barat, pastikan yang virus ini sudah tiada di sana.
Langkah terbaik yang anda boleh buat ialah:
- Menangguhkan perjalanan sehingga wabak ini berjaya dikawal
- Mengamalkan cara menjaga kebersihan yang betul – kerap cuci tangan anda!
- Jangan menghampiri mana-mana kelawar, monyet dan kera – binatang ini antara pembawa virus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapura
Kredit gambar: Foreign Policy
Baca juga:
Sentuh Haiwan Di Zoo, Dua Beradik Ini Maut Kerana Jangkitan E-Coli!