TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Petua Tradisi Nenek Saya Ini Akan Bantu Anak Anda Atasi Jangkitan Penyakit di Daycare

5 min bacaan
Petua Tradisi Nenek Saya Ini Akan Bantu Anak Anda Atasi Jangkitan Penyakit di Daycare

Doktor ini berkongsi petua tradisional (yang juga resipi rahsia!) tentang cara bagaimana mengatasi jangkitan penyakit di daycare, terutamanya selesema.

Kebanyakan anak kecil akan mudah jatuh sakit apabila mereka mula masuk  daycare atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Di sana, ramai kanak-kanak bersentuhan antara satu sama lain, dan memudahkan jangkitan penyakit berlaku.

Jangkitan penyakit di daycare adalah antara penyebab kerisauan di kalangan ibu bapa, termasuklah saya. 

Jadi, di sini, saya ingin berkongsikan petua tradisi (yang sebenarnya satu rahsia!) yang diamalkan oleh nenek saya.

Dia mula berkongsikan resipi rahsia ini dengan saya apabila anak saya masuk daycare, dan ketika dia telah jatuh sakit.

Jangkitan penyakit di daycare

Selesema adalah antara jangkitan penyakit yang selalu berlaku di nurseri atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Selalunya, selesema sebegini tidak begitu serius. Jadi, ibu ayah pun tidak langsung terfikir untuk berhenti menghantar anak mereka ke daycare.

Apabila ia tidak melibatkan demam, pusat penjagaan juga tidak menghalang anak kecil yang selesema ini daripada hadir ke daycare mereka.

Tapi, hanya ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil dengan selesema sahaja yang tahu susahnya untuk menidurkan anak-anak yang tersumbat hidungnya pada waktu malam!

Ibu ayah tidak perlu risau. Terkena jangkitan penyakit ketika di nurseri kanak-kanak bukanlah satu perkara yang buruk.

Kajian mendapati yang kanak-kanak yang terkena jangkitan akan dapat membina sistem imun badan yang lebih kuat di kemudian hari.

Dan, pada waktu inilah remedi tradisi dapat membantu. Disebabkan ia dibuat daripada bahan-bahan yang kita selalu guna, maka anak kecil akan lebih mudah menerimanya.

Dan yang paling penting, tidak seperti ubat batuk yang boleh menyebabkan si kecil anda selalu rasa mengantuk, petua nenek saya ini tidak akan membuatkan anak kecil anda mamai.

Tapi ingat ya, kalau selesema anak anda diiringi dengan demam, lebih baik anda bawa berjumpa doktor terlebih dahulu.

Petua tradisi untuk jangkitan selesema di daycare

Petua kesihatan yang ingin saya kongsikan di sini sangatlah mudah; anda pasti terkejut!

Kita hanya memerlukan dua bahan, iaitu serbuk kunyit dan gula melaka. 

Dan, oleh kerana ia ada rasa manis, anak anda juga pasti suka untuk memakannya.

Cara-cara:

petua tradisional demam selesema - 11. Parut lebih kurang 8 gram (atau 2 sudu) gula melaka. Tujuannya adalah supaya ia kekal lembut dan boleh diuli dalam bentuk bebola.

petua tradisional demam selesema - 22. Tambah secubit kecil serbuk kunyit dan campurkannya dengan serbuk gula tadi (lebih kurang 1/2 gram serbuk kunyit).

petua tradisional demam selesema - 33. Gaul dua bahan ini hingga sebati dan uli sehingga ia menjadi bentuk pil ubat. Jika anak anda masih kecil, anda boleh mengulinya kepada beberapa pil yang agak kecil. 

Berikan satu pil semulajadi dan organik ini kepada anak anda setiap pagi sebelum makan dan satu lagi sebelum makan malam.

Serbuk kunyit mempunyai elemen yang dapat mengurangkan simptom hidung tersumbat. Dalam masa 2 ke 3 hari, anda akan dapat melihat pengurangan selesemanya.

Jika anda tiada gula melaka di rumah, tak perlu risau. Anda juga boleh menggantikannya dengan madu. Tapi berhati-hati ya!

Madu TIDAK sesuai untuk bayi. Jadi, jangan gunakan bahan gantian ini jika si kecil anda berusia setahun ke bawah.

Langkah berjaga-jaga

Ini adalah satu petua tradisional. Bahan-bahan yang digunakan dibeli dari kedai dan bukannya dieksperimen dalam lab.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan daripada mencubanya pada bayi anda yang baru lahir dan yang berusia setahun ke bawah.

Untuk anak yang lebih besar pula, pastikan anda memerhatikan tanda-tanda alahan – jika ada, berhenti segera dan dapatkan pemeriksaan doktor!

Cara mengelakkan jangkitan di daycare

Sama ada anak kecil anda mudah jatuh sakit atau tidak ketika di daycare, ia bergantung kepada kekuatan sistem imun badan anak anda.

Ada beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk memastikannya tidak mudah jatuh sakit atau terkena jangkitan ketika di daycare.

  1. Biarkan dia banyak bermain di luar. Pendedahan pada tanah dan udara segar dapat membina imun anak anda. Jadi, biarkan dia bermain di luar sekerap mungkin.
  2. Kurangkan penggunaan hand sanitizer. Hand sanitizer berfungsi untuk membunuh 99% bakteria pada tangan anak anda, termasuklah bakteria yang baik! Jadi, ini akan melemahkan imun badan anak anda. Basuh tangan dengan air sahaja sudah mencukupi.
  3. Makanan yang kaya dengan protein. Makanan sarapan pagi yang kaya dengan protein juga baik untuk sistem imun badan anak anda. Brokoli, kacang dal, tofu, soya adalah antara sayuran berprotein yang bagus. Gunakan juga daging segar berbanding yang diproses. Jangan dilupakan juga makanan dairy (berasaskan susu).
  4. Imunisasi. Suntikan selesema akan mengurangkan selesema anak anda. Jadi, jangan lupa untuk mengimunisasi anak anda dengan vaksin selesema.

Ibu-ibu semua, anak anda sedang membina imun badannya, jadi teruskan menghantar si kecil anda ke daycare, walaupun ia bermakna yang dia terdedah kepada jangkitan penyakit.

Kajian mendapati kanak-kanak yang pergi ke daycare cenderung mempunyai banyak kemahiran berbanding mereka yang hanya terperap di rumah.

Saya berharap yang petua nenek saya ini dapat membantu anda mengawal simptom selesema anak anda itu. Selamat mencuba!

Sumber: Perkongsian Anay Bhalerao, seorang doktor, di The Asian Parent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Melegakan Batuk Anak Dalam Masa Hanya 3 Hari, Ibu Ini Kongsi Petua

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Petua Tradisi Nenek Saya Ini Akan Bantu Anak Anda Atasi Jangkitan Penyakit di Daycare
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham