Jangan Sembarangan Suap Anak Orang, Ada Yang Tak Boleh Makan Kacang Parang Kerana Penyakit G6PD!

Tiada rawatan spesifik untuk menghilangkan penyakit G6PD, selagi tidak didedahkan kepada pencetus hemolisis mereka boleh hidup normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah yang bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara dalam kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Jangan Suap Anak Orang Sebarangan

Dr. Redza Zainol dalam sebuah perkongsiannya di Instagram, beliau menceritakan keadaan pesakit dengan kekurangan G6PD yang berusia 5 tahun yang diberi kacang parang oleh tetamu di sebuah majlis perkahwinan tanpa mengetahui anak tersebut mempunyai penyakit G6PD.

"Anak orang, eloklah kita minta izin sebelum kita bagi apa-apa makanan. Tanda hormat pada ibu bapa. Ada anak yang ada alahan, ada anak yang ada penyakit. Nak buat baik biarlah kena pada tempatnya," katanya.

Buat masa ini, tiada rawatan spesifik untuk menghilangkan penyakit kekurangan G6PD daripada tubuh. Sungguhpun begitu, ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana anak yang kekurangan G6PD masih boleh menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan normal selagi tidak didedahkan kepada pencetus hemolisis.

Gejala Kekurangan G6PD

Kanak-kanak tidak akan menunjukkan sebarang simptom G6PD melainkan apabila terdedah kepada pencetusnya. Jika ini berlaku, maka proses hemolisis (sel darah merah pecah) boleh menyebabkan pesakit kekurangan darah. Oleh sebab itu, bayi baru lahir yang disahkan G6PD perlu dipantau dalam wad kerana mereka berpotensi mendapat penyakit kuning (jaundis).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara simptom yang dialami akibat hemolisis ini termasuklah:

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
  • jaundis (kekuningan) – boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Sekiranya anda mengesan simptom ini pada bayi, jangan lengah mendapatkan rawatan hospital dengan segera.

Ubat-Ubatan Dan Makanan Yang Perlu Dielakkan

Menurut portal MyHealth, bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas.

Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat ini agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda atau anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

Langkah Keselamatan Yang Boleh Dilakukan Ibu Ayah

Cara terbaik adalah dengan melindungi anak anda daripada pencetus yang boleh menyebabkan timbulnya simptom yang tidak diingini.

Selain itu, apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Peka terhadap makanan dan ubat yang mengandungi bahan pencetus / oksidatif.
  • Simpan senarai pencetus di rumah anda atau di tempat yang mudah diakses.
  • Buat beberapa salinan untuk diberi kepada orang lain seperti saudara terdekat, penjaga, pengasuh, atau guru apabila perlu.
  • Sentiasa periksa kandungan pada makanan, minuman dan ubat dengan menyemak labelnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Penyakit Scurvy Serta Sawan, Guna Tips Saranan Doktor Ini Untuk Tambah Khasiat Anak!

Baca juga : Tendangan & Pergerakan Janin Tiba-Tiba Terhenti, Tanda Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi