Penyakit HIV adalah singkatan untuk Human Immunodeficency Virus iaitu sejenis virus yang menyerang sistem pertahanan badan. Manakala AIDS pula adalah singkatan bagi Acquired Immunodeficiency Syndrome iaitu sindrom yang disebabkan oleh virus HIV.
Berikut adalah penyebab penularan penyakit HIV
- Melakukan hubungan seks dubur atau vagina dengan individu yang mempunyai HIV tanpa penggunaan kondom atau ubat yang dapat mencegah.
- Bagi pasangan HIV-negatif, seks dubur yang reseptif (bahagian bawah) adalah tingkah laku yang paling berisiko tapi boleh juga dapat melalui seks anal (topping).
- Berkongsi jarum suntik, bilas air atau peralatan kerja yang telah digunakan oleh seseorang yang mempunyai penyakit HIV.
- HIV boleh hidup dalam jarum yang digunakan sehingga 42 hari bergantung kepada suhu dan faktor yang lain.
- Bagi ibu hamil, mereka di sarankan menjalani ujian darah bagi memastikan ibu bebas dari HIV.
- Terjebak dengan jarum yang tercemar dengan HIV atau objek tajam terutama mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan.
Gejala HIV
- Demam
- Menggigil
- Ruam
- Berpeluh di waktu malam
- Lenguh badan
- Sakit tekak
- Kepenatan dan lesu
- Noda limfa bengkak
- Ulser mulut
Selain itu, terdapat juga komplikasi yang melibatkan pelbagai organ dan sistem dalam badan kerana badan pesakit tidak mampu melawan penyakit ini.
#1. Sistem pernafasan dan organ paru-paru
Organ paru-paru sangat mudah terdedah dengan jangitan kuman antaranya tuberculosis dan Pneuomcystis jiroveci. Ia boleh menyebabkan pesakit batuk dan sesak nafas.
#2. Sistem saraf dan otak
Toxoplasma gondii adalah parasit yang membuatkan pesakit berasa pening, sakit kepala, sawan, penglihatan yang kabur dan masalah koordinasi badan.
#3. Masalah sistem penghadaman
- Pesakit hilang selera makan
- Pesakit mudah dijangkiti penyakit hepatitis iaitu jangkitan hati yang membawa kepada sakit perut dan pembesaran organ hati.
- Mulut turut dijangkiti kulat Candidiasis yang menyebabkan sakit mulut dan ulser.
#4. Jangkitan mata
Biasanya ia disebabkan serangan virus jenis Cytomegalovirus yang boleh menyebabkan individu yang mempunyai AIDS menjadi buta.
#5. Kanser
Antara kanser yang mudah terkena pada pesakit HIV adalah kanser limfoma atau Kaposi’s sarcoma. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes yang boleh menganggu satu kawasan di badan atau merebak pada keseluruhan tubuh.
Cara pencegahan dan rawatan HIV
Sekiranya anda berisiko untuk terdedah dengan HIV, doktor akan memberi ubat Post-Exposure Prophylaxis iaitu sejenis ubat pencegahan selepas pendedahan.
Ubat ini hanya berkesan jika diambil 72 jam selepas terdedahnya kepada virus ini. Jika tidak diberikan selepas 72 jam maka ia tidak akan mendatangkan sebarang manfaat.
Ubat ini adalah kombinasi dua atau tiga ubat yang perlu diambil selama 28 hari secara berturut-turut. Walaupun begitu, ubat ini bukan 100% boleh berkesan tapi anda perlu juga menjauhkan diri dari risiko yang disebutkan tadi.
Bahkan sehingga ke hari ini, masih belum ada ubat yang dapat memulihkan penyakit HIV bahkan ubat yang ada cuma dapat mengurangkan beban virus itu sahaja.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah terlibat dengan risiko HIV yang tinggi segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan ubat yang sesuai. Semoga bermanfaat.
Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga
https://my.theasianparent.comjenis-darah