Lepas Raya Ramai Bayi & Kanak-Kanak Dijangkiti HFMD, Ini Pesanan PENTING Dari Doktor

Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD yang berlaku kalangan kanak-kanak merisaukan ramai ibu ayah, lebih-lebih lagi ia boleh berjangkit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD sering berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Lebih merisaukan, ia mudah berjangkit dan memerlukan masa beberapa hari untuk sembuh mengikut daya ketahanan si manja anda.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) boleh menjangkiti antara bayi dan kanak-kanak
  • 958 kes HFMD dicatatkan di negeri sembilan sejak awal tahun ini
  • Ibu ayah perlu mainkan peranan dan pantau kesihatan anak

Memandangkan kita baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu sekali amalan ziarah menziarahi ahli keluarga yang dekat dan jauh menjadi ‘kemestian’ pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, seorang doktor, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsikan kisah di sebaliknya yang berlaku di hospital akibat amalan beraya baru-baru ini.

Penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) boleh menjangkiti antara bayi dan kanak-kanak

Selepas Hari Raya Aidilfitri ni, ramai ibubapa bawa anak kecil datang ke klinik dengan ruam dan demam. Bila saya periksa, rupanya Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD)

HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

Hari Raya kali ni, ramai orang pulang ke kampung berkumpul bersama sanak saudara. Mungkin itu menyebabkan penularannya. HFMD mudah menjangkiti kanak-kanak yang ditempatkan bersama.

Semua peringkat umur termasuk orang dewasa boleh dijangkiti HFMD, namun kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti.

Tanda-tanda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

◾Demam

◾Ruam di mulut, tangan, kaki dan kawasan lampin

◾Ulser pada tekak, mulut dan lidah

◾Sakit tekak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

◾Sakit kepala

◾Hilang selera makan

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah:

◾Beri paracetamol untuk kawal demam

◾Pastikan anak minum dengan cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

◾Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera

Langkah pencegahan:

◾Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.

◾Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.

◾Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

◾Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

◾Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak dihantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam.

958 kes HFMD dicatatkan di negeri sembilan sejak awal tahun ini

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 958 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehingga 27 April lepas.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pada minggu epid ke 17, sebanyak 139 kes telah dicatatkan iaitu 81 kes di daerah Seremban, 16 kes di Port Dickson, 12 kes di Jempol, 13 kes di Tampin, 10 kes di Kuala Pilah, enam kes di Rembau dan satu kes di Jelebu.

“Terdapat 13 wabak HFMD yang masih aktif iaitu lima di Rembau, Port Dickson (tiga), Jempol (tiga), Tampin (satu) dan Seremban (satu) yang kesemuanya melibatkan tadika, taska serta rumah persendirian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bilangan kes HFMD yang banyak dilaporkan pada tahun ini di negeri ini adalah berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam,” katanya.

Ibu ayah perlu mainkan peranan dan pantau kesihatan anak

Veerapan berkata, Kementerian Kesihatan akan terus melakukan aktiviti promosi langkah pencegahan HFMD, pemantauan ke premis-premis tadika dan pusat jagaan kanak-kanak, serta melakukan penutupan premis bagi yang mempunyai wabak HFMD.

“Justeru ibu bapa atau penjaga sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing yang mana tidak menghantar anak ke sekolah, tadika, pusat jagaan atau tempat awam jika terdapat gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, blister di tangan atau kaki.

“Guru atau penjaga yang bertugas di pintu masuk taska atau tadika perlu mengenal pasti segera kanak-kanak yang bergejala HFMD dan mengecualikan mereka dari mengikuti sesi pembelajaran bersama kanak-kanak yang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

Baca juga:  HFMD BAWA MAUT! Budak 2 tahun mati kerana pneumonia lepas dijangkiti HFMD

Baca juga: 10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)