Infeksi penularan akibat seks boleh terjadi kerana hubungan intim yang tidak aman, seks bebas atau sering berganti pasangan. Infeksi ini boleh dialami disebabkan individu tersebut berkontak rapat dengan pesakit. Apapun, ia bergantung pada jenis virus dan penyakit yang dialami pesakit tersebut.
Jenis penyakit kelamin suami isteri
Berikut ini adalah 9 penyakit infeksi penularan akibat seksual yang kami ringkaskan supaya anda lebih mudah faham.
#1. Chlamydia atau klamidia
Gejala yang dialami seperti berikut:
– Sakit atau rasa terbakar semasa kencing
– Vagina atau penis mengeluarkan cairan berwarna putih yang terasa panas.
– Darah keluar sangat banyak semasa haid
– Rasa sakit pada testis
– Hubungan seks terasa sakit
Penularan virus penyakit ini disebabkan oleh hubungan seks di kawasan dubur, tidak menggunakan alat yang selamat untuk berhubungan intim atau air mani terkena mata hingga tertelan.
Penyakit ini boleh dirawat dengan cara melakukan ujian air kencing dan kemudian pesakit mungkin diberikan antibiotik.
#2. Kutil kelamin
Penyakit ini boleh menyerang di kawasan kemaluan dan dubur anda yang disebabkan oleh virus HPV. Kutil kelamin ini biasanya tidak menyebabkan sakit tapi anda akan merasakan gatal pada kemaluan hingga kemerahan.
Kutil kelamin ini juga boleh menyebabkan pendarahan. Virus HPV ini bukan hanya menular melalui hubungan seks sahaja tapi boleh juga melalui sentuhan kulit.
#3. Herpes genital
Penyakit ini disebabkan oleh herpes simplex virus. Gejala ini biasanya terlihat jika kawasan kemaluan ada benjolan yang melepuh dan teras sakit yang amat.
Kegatalan di area genital dan sakit semasa kencing juga merupakan salah satu tandanya.
#4 Kencing keluar nanah
Bakteria ini selalunya muncul selepas melakukan hubungan intim dan gejala yang akan dialami seperti
– Sakit atau rasa terbakar semasa kencing
– Cairan keluar dari vagina atau penis berwarna putih, kekuningan atau kehijauan
– Wanita mengalami sakit di perut bahagian bawah, pendarahan semasa berhubungan seks hingga keluar darah yang sangat banyak semasa haid.
– Sakit pada zakar lelaki
Penyakit ini boleh menjadi punca mandul jika lambat dirawat.
#5. Sifilis
– Pada tahap pertama anda mungkin tidak akan mengalami rasa sakit tapi kemudian akan rasa nyeri di bahagian kemaluan dan mulut.
– Rasa sakit akan berlangsung selama enam minggu sebelum hilang sepenuhnya.
– Di tahap kedua pula, anda akan megalami simptom seperti ruam, kemerahan dan sebagainya.
– Tahap terakhir adalah ia menjadi semakin parah hingga menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
#6. HIV
Virus HIV juga boleh menular semasa hubungan seksual dan boleh juga melalui kontak dengan darah yang sudah dijangkiti seperti jarum suntikan.
Virus ini penyebab infeksi menular seksual kerana ia menyerang sistem kekebalan tubuh hingga membuatnya menjadi lemah.
Hal ini akan menyebabkan pesakit turut menderita penyakit lain kerana sistem imun badannya lemah.
#7. Trichomoniasis
Penyakit ini disebabkan oleh parasit kecil yang disebut trichomonas vaginalis. Ia menular melalui hubungan seksual dan ramai tidak menyedarinya.
Wanita yang mengalami keadaan ini akan mengalami rasa nyeri atau gatal di sekitar vagina dan sakit semasa membuang air kecil.
#8. Kutu kemaluan
Kutu ini biasanya muncul pada bulu kemaluan dan ia boleh tersebar melalui hubungan seksual dengan kontak rapat.
Namun ia diubati dengan shampu atau krim khusus atau mencukur bulu kemaluan dengan lebih kerap.
#9. Kudis
Penyakit ini disebabkan oleh tungau yang masuk ke dalam lapisan kulit. Ia boleh menular melalui sentuhan fizikal, pakaian dan selimut.
Kudis ini akan terasa gatal semasa waktu malam dan rasa gatalnya boleh terjadi di bahagian kemaluan, ketiak, payudara hingga pergelangan kaki dan tangan.
Justeru, jaga kebersihan diri dan pasangan supaya tidak menularkan penyakit yang disenaraikan ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga
https://my.theasianparent.compenyakit-kelamin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!