Gara-Gara Dipegang & Dicium Orang, Bayi Ini Derita Dermatitis Atopik Yang Sukar Dipulihkan!

Oleh sebab ramai yang memegang dan mencium pipi comelnya, bayi perempuan ini mengalami penyakit dermatitis atopik kesan daripada perbuatan orang ramai itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda tentang penyakit kulit Dermatitis Atopik? Ia biasanya mengeluarkan gejala tertentu seperti keradangan kulit yang disertai dengan gatal-gatal. Setelah itu, muncul pula bintik kemerahan, kulit menjadi kering, bersisik, luka menebal dan kehitaman. 

Penyakit kulit Dermatitis Atopik biasanya muncul di area pipi, siku dan lutut. Namun begitu, sehingga ke hari ini punca penyakit ini belum lagi diketahui. Tapi, alergi dari keluarga terutamanya ibu bapa bayi berkenaan mungkin menjadi salah satu faktor utama. 

Malah ia juga mungkin berpunca dari makanan seperti susu lembu, telur, ayam, ikan laut, kekacang, debu dan bulu binatang. 

Atas sebab itu, seorang ayah berkongsi cerita mengenai anaknya yang menghidap penyakit kulit dermatitis atopik ini setelah ramai orang yang memegang pipi anaknya itu tanpa diketahui sama ada tangan mereka benar-benar bersih atau sebaliknya. 

Kejadian ini berlaku sekitar tahun 2017 semasa anak perempuannya itu yang bernama Ryu berumur enam bulan. 

Bayi 6 bulan derita penyakit kulit Dermatitis Atopik 

Pada hari kejadian, ibu dan ayah Ryu membawanya ke majlis perkahwinan dengan pakaian yang sangat comel. 

Akibat daripada itu, ramai yang geram lantas mencium dan memegang pipi comel Ryu. Namun pada masa itu, ibu dan ayah Ryu tidak merasakan apa-apa dan melihat saja perlakuan mereka itu. 

Setelah beberapa ramai orang yang memegang pipi Ryu, barulah ibu dan ayahnya merasa bimbang dan tertanya-tanya apakah bersih tangan mereka yang menyentuh itu kerana ayah Ryu sangat mementingkan kebersihan.

Dalam waktu yang sama ayah Ryu ingin saja menghalang mereka itu menyentuh pipi anaknya namun tidak sampai hati berbuat demikian kerana bimbang ada yang terasa hati. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun dalam masa yang sama, dia bimbang jika anaknya terkena bakteria atau virus tertentu daripada mereka yang memegangnya. Selepas majlis tamat, Ryu kelihatan tidak selesa, menangis, meregek dan gatal-gatal dengan wajahnya. 

Keesokan pagi, keadaan Ryu semakin teruk dia menangis dan menggaru wajahnya hingga muncul gatal-gatal serta kemerahan. 

Akhirnya mereka memutuskan untuk membawa Ryu ke hospital dan doktor memberitahu Ryu menghidap Dermatitis Atopik yang sama seperti ekzema

Setelah menjalani beberapa rawatan, akhirnya kulit Ryu semakin pulih dari hari ke hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas peristiwa tersebut, ayah Ryu merayu kepada orang ramai supaya tidak menyentuh mana-mana bayi dengan tangan yang kotor kerana kulit bayi sangat sensitif dan mudah terkena sebarang penyakit berbahaya.

Punca penyakit kulit Dermatitis Atopik 

Kredit: Nakita ID

  • Dermatitis Atopik terjadi bukan hanya disebabkan bakteria tapi boleh juga berpunca dari genetik alergi keturunan. 
  • Beberapa penelitian mengatakan mutasi genetik adalah penyebab utama gejala penyakit kulit ini muncul hingga menyebabkan tubuh memberi reaksi berlebihan terhadap makanan, bakteria, sabun, debu dan lain-lain.
  • Salah satu punca penyakit kulit ini adalah dari bakteria yang ada pada kulit tangan, wajah atau bibir seseorang. 

Cara  mencegah Dermatitis Atopik 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sentiasa menjaga kebersihan kulit anak.
  • Sapu pelembab kulit pada bayi selepas mandi. 
  • Gunakan sabun yang mengandungi pH neutral dan pelembab 
  • Hindari pembersih bakteria dan jangan terlalu kerap mandikan bayi tapi cukup sekadar dua kali sehari selama 10 minit.
  • Cuci pakaian bayi dengan sabun pembersih yang khusus untuk baju mereka.
  • Jauhi bayi dengan makanan yang boleh mencetuskan reaksi alergi pada kulit anak. 

Justeru, elakkan membawa bayi ke tempat yang kotor dan terlalu ramai orang bimbang ada tangan kotor yang menyentuh pipi comel si kecil itu hingga menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 Jenis Gelembung Air Pada Kulit Bayi Yang TIDAK PATUT Dibiarkan, Ia BAHAYA!