Kenalah Faham, Urat Ibu Banyak Putus Lepas Bersalin, Sebab Itu CEPAT Lupa!

Kerap jadi pelupa selepas bersalin? Ini punca dan cara mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Ya Allah bang, saya lupa letak kat mana" - inilah antara dilema ibu yang baru lepas bersalin di mana penyakit lupa ingatan mereka makin menjadi-jadi.

Sebab itu kita biasa mendengar rungutan daripada ibu yang baru lepas bersalin apabila kerap mengalami masalah penyakit lupa ingatan ini.

Sesetengah orang-orang tua kata, masalah penyakit lupa ingatan ini ada kaitan dengan urat putus selepas bersalin. Betul ke?

Ada banyak perkara yang boleh dijadikan contoh bila ibu cepat lupa seperti lupa letakkan di mana kunci kereta, tertinggal barang di rumah semasa nak ke tempat kerja, lupa nama kawan dan lain-lain.

Masalah penyakit lupa ingatan selepas bersalin

Biasanya selepas melahirkan bayi, tubuh ibu akan mengalami banyak perubahan dan urat saraf juga memerlukan proses untuk pemulihan supaya tubuh ibu kembali kuat seperti mana sebelum kehamilan.

Walaubagaimanapun, nak dapatkan kembali badan yang sihat dan kuat seperti dahulu tentunya mengambil sedikit masa yang agak panjang sebab itu ibu disarankan mengamalkan tempoh berpantang yang betul supaya badan lebih bersedia.

Apatah lagi semasa proses melahirkan bayi, banyak darah yang keluar di tambah pula dengan urat yang putus semasa kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak cukup dengan itu, tenaga juga dicurahkan berhabisan semasa proses meneran bayi keluar sehingga seluruh tubuh ibu menjadi penat dan lesu. Tapi bila tengok wajah anak senyuman pasti terukir di bibir.

Bukan itu sahaja, kalau dulu ibu boleh tidur dengan tenang tapi bila ada anak tidur ibu juga mungkin sedikit terganggu terutamanya bila bayi lepas bersalin belum tahu masa malam dan siang yang betul. Sebab itu ada sesetengah bayi yang keliru dengan peredaran masa lalu berjaga di waktu malam.

Lantas dengan itu ibu juga harus bersengkang mata untuk melihat si kecil di pangkuan.

Kalau bayi tidur sekalipun, ibu kena selalu berjaga sebab perlu tukarkan lampin, menyusukan anak dan memastikan si kecil tidur dalam keadaan yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan keletihan dan stres yang terjadi lantas ia menjadi punca ibu cepat lupa dan ingatan mereka sedikit terganggu.

Ibu tak perlu bimbang

Walaubagaimanapun ibu boleh tarik nafas lega kerana masalah ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia adalah normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah isu ini adalah tentang masalah kesihatan yang tidak berbahaya selagi mana ibu mampu mengawalnya dengan baik.

Masalah pelupa ini juga tidaklah berlanjutan sampai bertahun-tahun sebab ia akan hilang dalam beberapa bulan selepas melahirkan anak.

Bila mengalami masalah cepat lupa ini mungkin ibu akan lebih paranoid atau bahasa yang mudah difahami adalah anda lebih cepat berhati-hati terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan supaya tidak terlupa.

Tapi kalau masalah ini berlanjutan terlalu lama ibu harus segera berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dialami itu.

Berikut adalah tips yang mungkin boleh mengurangkan masalah lupa ingatan anda. Diharap membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Memberi fokus pada sesuatu perkara

Sebenarnya gangguan dari luaran adalah penyebab utama yang mengalihkan perhatian seseorang untuk memberi fokus secara sepenuhnya. Ini kerana otak tidak dapat memberikan perhatian dengan cukup jika sesuatu tugas itu ada gangguan.

Atas sebab itu, cuba atasi semua rangsangan luaran ini dengan mengabaikannya lalu memberi perhatian kepada perkara yang ingin dilakukan.

#2. Mendapatkan tidur yang cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidur yang tidak mencukupi juga merupakan salah satu sebab mengapa isteri cepat lupa selepas bersalin. Lalu perubahan emosi dan keresahan yang berlaku menyebabkan ia menyumbang ke arah masalah memori ibu.

Sebab itu perkara yang penting pun ibu boleh cepat lupa kerana tidak mendapat tidur yang mencukupi setiap hari.

Jadi sebaiknya ibu cuba berehat dan masuk tidur awal supaya tubuh lebih bersemangat untuk hari keesokannya dan pulih dari masalah ini.

#3. Melakukan senaman

Dengan senaman juga dapat melegakan tekanan dan seterusnya memperbaiki aliran darah kepada otak.

Malah dengan melakukan senaman juga dapat meningkatkan kimia otak yang baik sekaligus memperbaiki tahap memori anda.

#4. Mengambil Vitamin B12

Kekurangan pengambilan Vitamin B12 turut menyumbang kepada masalah anemia. Malah ia juga memberi kesan kepada otak dan saraf.

Jadi jika anda lihat keadaan ini berlaku, dapatkan segera pengambilan Vitamin B12 untuk mencegah masalah ini dari terus berlanjutan.

#5. Sentiasa bertenang

Tekanan perasaan boleh membuatkan seseorang sedikit sukar untuk menerima maklumat baru. Jadi, sentiasalah letakkan diri anda dalam keadaan bertenang dan meneruskan apa yang ingin anda lakukan pada hari tersebut.

Jika ada masalah boleh berkongsi dengan rakan baik agar dapat membantu anda kembali lebih bertenang.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Donna 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga