Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

Penyakit otot berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tahukah anda salah satunya adalah kerana tabiat kerap mengorek telinga sehingga menjejaskan keadaan wajah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara umumnya, Bell Palsy adalah sejenis penyakit otot yang mengalami kelumpuhan pada sebelah bahagian muka sahaja.

Ia boleh terjadi dengan tiba-tiba dan memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk keadaan kembali seperti biasa.

Risiko penyakit otot

Penyakit otot lemah ini akan membuatkan wajah pesakit terlihat sedikit senget. Sistem saraf yang rosak memberi kesan terhadap deria rasa dan cara tubuh menghasilkan air mata dan air liur.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Maizatul Amira, penyakit otot ini telah berlaku pada anak saudaranya, Lala.

Difahamkan seminggu sebelum Lala jatuh sakit, dia telah demam selama dua hari dan diberikan ubat demam sahaja.

Hal ini ditambah pula dengan jarak rumah dengan klinik agak jauh dan mereka hanya memberikan sahaja ubat klinik swasta yang dijadikan sebagai 'stok' tanpa mendapatkan pemeriksaan dari doktor.

Setelah diberikan ubat, Lala kelihatan sihat dan boleh bermain seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ibu ayahnya mendapati Lala kerap menggosok mata sehingga mengeluarkan air mata dan dia seolah-olah gatal.

''Saya yang jaga dia pada waktu ini. Tanpa fikir panjang, saya telah basuh bahagian muka Lala dengan air bersih kerana bimbang matanya masuk  habuk atau bendasing halus. Namun, dia tetap menggosok mata tanpa henti,'' ujar Maizatul.

Tambahnya lagi, kanak-kanak perempuan berkenaan sambung bermain dan Lala ketawakan mereka sekeluarga yang melihat bibirnya senget.

Bukan sekadar gurauan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Pada mulanya kami ingat dia sengaja buat mulut jadi senget kerana inginkan perhatian dan kami turut buat lawak seperti yang dia lakukan. Namun, hakikatnya ia bukan gurauan kerana dia sebenarnya sakit!'' tambah Maizatul.

Pada keesokan hari, Lala bangun dari tidur dan menangis kerana berasa tidak selesa. Neneknya telah mendukung Lala dan bertanyakan apa yang dia mahukan, namun tangisan tersebut menjadi semakin kuat.

''Kelihatan jelas bahagian mulut dia bertambah senget dari semalam dan dia menangis, kedua-dua matanya tidak tertutup.'' kata Maizatul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanpa berlengah lagi, datuk kepada Lala telah bergegas membawa Lala ke Klinik Utama di Segamat.

Namun, doktor yang memeriksa keadaaannya terkejut kerana tidak pernah menerima kes seperti ini dan terus mengeluarkan surat rujukan ke bahagian kecemasan Hospital Segamat.

Kemudian, pembantu kesihatan yang bertugas mengatakan gusi Lala bengkak dan diberikan ubat antibiotik sahaja. Pada keesokan harinya, mereka berasa tidak puas hati kerana ia bukanlah masalah gusi bengkak.

Lalu, ibu Lala mendapatkan klinik swasta pakar kanak-kanak yang berhampiran.

''Doktor telah memeriksa suhu badan, telinga dan tekak dan mengesahkan bahawa dia mengalami penyakit Bell Palsy iaitu sakit saraf ke-7,'' ujarnya.

Setelah mencari jawapan kepada punca ia berlaku, doktor mendapati penyebabnya adalah kerana kesalahan mengorek telinga sehingga menjejaskan urat telinganya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, telinga Lala telah dijangkiti kuman dan bernanah sehingga menganggu sistem saraf muka dan membuatkannya jadi senget sebelah.

Seterusnya, doktor telah memberikan tiga jenis ubat dan selepas empat hari mereka perlu membawa Lala untuk pemeriksaan kedua.

Ulang alik ke hospital

''Setelah empat hari berlalu, kami membawa budak kecil ini. Namun malangnya, doktor mengatakan keadaan masih sama dan tidak berubah. Lalu, beliau meminta kami berhenti beri ubat dan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),'' kongsi Maizatul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya, doktor di hospital berkenaan mengesahkan Lala sememangnya menghidap penyakit Bell Palsy. Ia sememangnya berlaku selepas kanak-kanak mengalami demam.

Virus ini mudah merebak bagi anak kecil yang memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah. Jadi, doktor telah memberikan ubat jenis antibiotik dan steroid jenis tablet.

''Setelah beberapa minggu dilanda keresahan, syukur alhamduillah banyak perubahan positif telah berlaku. Matanya telah berkedip dengan baik dan mulutnya sudah tidak senget ketika bercakap,'' kata Maizatul.

Doktor juga telah memeriksa kesihatan Lala dan mendapati dia sudah sihat sepenuhnya.

Kesimpulannya, jangan terlalu kerap korek telinga anak. Ibu ayah perlu membiarkan sahaja tahi telinga keluar dengan sendiri dan hanya membersihkan bahagian luar sahaja.

Sekiranya anak kecil demam, segera melakukan pemeriksaan di hospital dan elakkan memberikan mereka ubat sesuka hati kerana anda sendiri tidak mengetahui penyakit yang dialami.

Sumber: The Reporter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: