Ibu Ayah Elak Bawa Anak Kecil Ke Bazar, Imun Badan Mereka Rendah & Mudah Dijangkiti

Penyakit-penyakit berbahaya mudah menyerang kanak-kanak bawah usia 12 tahun memandangkan sistem imunisasi tubuh mereka masih rendah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit-penyakit berbahaya sememangnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun sebaik sahaja ia menjangkiti tubuh si kecil, ibu ayahlah yang akan susah hati dan mungkin terpaksa bermalam di hospital.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Penyakit-penyakit berbahaya: Jangkitan Covid-19 pada anak kecil
  • Elak bawa anak kecil ke bazar atau ketika beli baju raya
  • Ibu bapa harus lebih peka dengan kesihatan anak
  • Ibu ayah disaran untuk mengukur saiz tubuh anak siap-siap di rumah

Memandangkan tahun ini kita telah beralih kepada fasa endemik di mana seluruh masyarakat dibenarkan solat berjemaah dengan merapatkan saf, adanya bazaar Ramadhan dan dibenarkan pulang ke kampung sempena Aidilfitri nanti, ibu ayah dinasihatkan waspada setiap kali keluar dengan anak kecil.

Penyakit-penyakit berbahaya: Jangkitan Covid-19 pada anak kecil

Sudah dua tahun kita tidak menikmati pelbagai juadah di bazar Ramadhan, tahun ini pastinya ramai merindui suasananya.

Memang tidak salah untuk pergi, namun bagi anda yang ada anak kecil sebaiknya pertimbangkanlah akan keselamatan diri si manja.

Ibu ayah dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai adalah suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.

"Melihat suasana hari pertama di kebanyakan bazar Ramadan ini, kami dapati ramai pengunjung sanggup membawa anak kecil bersama di tempat yang penuh sesak. Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital," katanya.

Elak bawa anak kecil ke bazar atau ketika beli baju raya

Dengan langkah yang diambil ini maka banyaklah gedung membeli belah telah memulakan operasi perniagaan mereka seperti sedia kala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi dengan pembukaan semula butik pakaian dan pusat membeli belah, maka orang ramai tentunya akan keluar membeli keperluan diri terutamanya bila umat Islam tidak lama lagi akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Namun apa yang membimbangkan, apabila terdapat ibu bapa yang membawa keluar anak-anak mereka membeli pakaian raya tanpa menghiraukan keselamatan dan kesihatan anak-anak.

Ibu bapa harus lebih peka dengan kesihatan anak

Meskipun ada ramai kanak-kanak yang sudah dijangkiti namun masih ramai ibu bapa yang seakan tidak peduli dengan kesihatan anak. Ia dilihat apabila masih ada ibu bapa yang membawa anak-anak keluar ke pusat membeli belah untuk membeli keperluan hari raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya mereka tidak takut membawa anak untuk membeli baju raya yang mungkin ingin mengukur sendiri dari badan anak. Lebih merisaukan lagi, siap masuk fitting room bagi mencuba sample baju yang tersedia di rak.

Namun tidak takutkah mereka jika anak kecil ini dijangkiti dengan wabak corona virus ini?

Hal ini kerana kita sendiri sedia maklum bahawa kanak-kanak dan bayi memiliki tahap imuniti yang sangat rendah jadi tubuh mereka lebih mudah dijangkiti, selain warga emas yang mempunyai sejarah penyakit tertentu.

Ibu ayah disaran untuk mengukur saiz tubuh anak siap-siap di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita faham mungkin kalau tinggal anak di rumah tiada siapa yang dapat menjaga atau melihat mereka sementara ibu bapa keluar mencari barangan hari raya.

Namun apa yang anda boleh buat adalah bergilir-gilir dengan suami sementara anak-anak duduk dalam kereta sambil ditemani ibu atau ayah.

Kemudian anda boleh juga mengukur siap-siap saiz badan anak dan membawa ukuran tersebut ke kedai baju.

Selepas itu, minta bantuan jurujual untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan ukuran anak itu. Kan, mudah? tidak perlu sampai bawa anak dua tiga orang masuk ke pusat membeli belah yang mana kita sendiri tidak
tahu tahap kebersihannya termasuklah kesihatan para pengunjung yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga disarankan memberi didikan kepada anak-anak supaya mereka mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dengan sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika membawa anak keluar dari rumah walaupun cuma seketika, teruslah bawa anak mandi dan menyalin pakaian yang baru serta mencuci tangan anak dengan bersih.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak 3 Tahun Dijangkiti Covid Buat Kali Ketiga, Ibu Menyesal Tak Sudah Bawa Pergi Bercuti

Baca juga: Bayi 3 Bulan Dijangkiti Covid Tahap 4, Ibu Ini Pesan Elakkan Bagi Orang Pegang Anak

Baca juga: Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini