'The Rock' Disolek Anak Perempuan, Muka Ganas Tapi Rupanya Seorang Bapa Penyayang!

Penyayang dan suka meluangkan masa dengan keluarga, aktor 'The Rock' dipuji sanggup tadah muka demi disolek anak perempuannya di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui penampilannya yang ‘sado’ dan penuh tatu, mungkin anda beranggapan aktor nombor satu Hollywood dan wrestler ini seorang yang serius. Namun kenyataan adalah sebaliknya, dia dipuji seorang bapa yang penyayang.

Siapa sangka Dwayne The Rock Johnson seorang bapa yang terbaik apabila di rumah. Ini dilihat apabila dia kerap berkongsi beberapa gambar yang melucukan di Instagram sewaktu meluangkan masa bersama anak-anak perempuannya.

Bapa penyayang ‘redha’ disolek anak

Beberapa minggu yang lalu, pelakon Dwayne Johnson berkongsi video comel memaparkan dirinya bersama anak perempuan, Jasmine Johnson dan Tia Giana Johnson bermain alat solek.

Dia yang duduk di atas kerusi hanya mampu ‘reda’ sahaja disolek oleh anak-anak perempuannya.

Tidak hanya itu, Johnson yang popular dengan gelaran ‘The Rock’ dalam arena gusti turut ditata gaya dengan rambut palsu berwarna perang yang diwarnakan dengan warna biru dan merah.

“Pagi pertama di rumah, seawal jam 8 pagi, mereka sudah bersiap sedia untuk berikan ‘makeover’ kepada ‘Dwanta Claus’ sebelum Krismas bermula.

“Saya tak lihat diri saya di dalam cermin, tapi saya rasa saya sangat ‘cool’. Dwanta perlukan tutu dan ‘DIG-NUH-DEE’ (maruah),” tulisnya di ruangan kenyataan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anaknya, Jasmine turut mengenakan pemerah pipi kepada bapanya untuk disesuaikan dengan warna gincu dan pembayang mata.

Menerusi video selanjutnya, pelakon aksi berusia 50 tahun itu turut memuat naik video anak-anaknya cuba memakaikan skirt, namun ia tidak muat dan hanya tersangkut di kepala.

Sebelum ini, The Rock beberapa kali berkongsi video sedang bermain bersama anak-anaknya yang masih kecil. Kebanyakan mereka memuji sikap selebriti sasa itu dalam menanggapi anak kecil terutamanya cahaya mata sendiri kerana begitu ‘sweet’ dan tidak sama seperti karakternya di dalam filem

Jadi kawan untuk anak main pondok-pondok

Selain rela hati tadah muka untuk disolek, The Rock juga rajin melayan anak perempuannya dengan permainan ‘pondok-pondok’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gelagatnya yang sedang menikmati secawan teh telah mencuri tumpuan para pengikut. Selebriti berusia 48 tahun ini turut membuatkan ramai berasa terhibur dengan meletakkan tanda pagar #selamatkan kerusi saya memandangkan saiznya agak kecil dan tidak dapat menampung tubuhnya.

Bukan itu sahaja bapa penyayang ini turut berkongsi momen melucukan dengan kapsyen yang begitu ‘sweet’ antara dia dan anak perempuan berusia 3 tahun.

Saya: Sayang ke sini dan berikan ciuman, ayah perlu pergi bekerja.

Jazzy: Tetapi ayah saya perlu melukis jari kaki awak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya: Tidak, ayah perlu pakai kasut dan pergi bekerja, datang sini dan beri saya ciuman.

Jazzy: Baiklah, biar saya lukis muka awak, ayah.

Saya: *ketawa dengan yakin* Tidak, sekarang ayah perlu pergi kerja, datang sini dan berikan ciuman.

Jazzy: *sambil mendongak ke arah saya dengan mata biru mamanya @laurenhashianofficial yang memabukkan… TETAPI AYAH, saya perlu siapkan muka awak untuk kerja.

Saya: Ok, tapi pastikan awak pilih warna biasa yang menonjolkan wajah saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun saya katakan tidak, dengan kehidupan yang begitu sibuk, ini adalah perkara yang saya suka!

Perkongsian yang dimuat naik telah mendapat pelbagai komen daripada para peminatnya.

Walau segagah mana pun seorang lelaki, tetap di akan kalah pada seorang anak.

Dekat gelanggang, asyik belasah orang. Kalau berlakon pun sama. Tapi realiti, dia kena ‘belasah’ dengan anak-anak perempuan. Itulah cinta sejati terhadap anak, geng bapa ini tidak akan kecewakan anak perempuan dia walaupun terpaksa layan macam-macam ragam.

Aku follow Facebook dan Instagram dia. Dia memang manja dengan anak-anak atau budak kecil. Tidak sombong langsung. Badan sahaja yang besar dan nampak ganas, tapi dalam hati ada taman!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, seorang ayah yang tegas dan serius kebanyakannya akan tewas apabila mereka dengan anak-anak. Bukan susah untuk bahagiakan anak, mereka tidak perlukan mainan mahal.

Tetapi cukuplah meluangkan waktu bersama. Ingatlah bahawa zaman anak kecil hanya sekali. Ciptalah banyak kenangan dengan mereka.

Nanti bila sudah dewasa, mereka akan memilih kehidupan sendiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Senarai Artis Malaysia Yang Wajar Digelar ‘Superdad’, Hebat Didik & Melayan Anak-Anak

Baca juga: Rezeki Dapat Suami Baharu Yang Baik, Suka Melayan Anak Tiri Seperti Anak Kandung

Baca juga:  10 Fakta Menarik Tentang Khairy Jamaluddin – Bapa Yang Penyayang!