Penyebab albino berlaku apabila seseorang manusia memiliki kelainan genetik disebabkan oleh penghasilan melanin. Ia menyebabkan rambut, kulit, mata serta kulit dengan warna yang terang atau tidak berwarna.
Penyakit albino atau albinisme sememangnya tidak dapat disembuhkan. Kebiasaannya anak-anak dengan masalah ini memerlukan langkah perlindungan kulit daripada terkena cahaya matahari dan cenderung terkena kanser kulit.
Penyebab albino, dua beradik kini menjadi perhatian dunia
Meskipun memiliki perbezaan warna kulit ketara berbanding orang lain, mereka yang mengalami masalah albino ini semakin berani menunjukkan keunikan diri sehingga mampu memukau perhatian dunia.
Siapa kata mereka tidak mampu bersaing dengan model terhebat dunia? Dua beradik albino ini telah membuktikan bahawa kelainan yang dimiliki adalah anugerah kecantikan luar biasa.
Mereka yang bernama Asel (14 tahun) dan Kamila Kalaganova (2 tahun) berasal dari Kazakhstan. Difahamkan penyakit albino di negara berkenaan adalah sesuatu sangat jarang berlaku.
Menurut ibu meraka, kebanyakan orang terkejut setelah melihat keadaan anak sulung dilahirkan kerana mereka tidak tahu apa itu albino. Malah ketika bersalin, para doktor turut merasai perkara sama sehingga mencetuskan kontroversi di hospital.
Namun ketika Asel mencecah usia 10 tahun, dia mula menunjukkan bakat sebagai model. Kelainan yang ada pada dirinya digunakan sebaik mungkin dengan penuh yakin. Kini setelah kedatangan anak kedua, Kamila, gambar keluarga mereka menjadi sangat memukau sehingga mampu mengumpul lebih 33 ribu orang pengikut di laman sosial.
”Sewaktu melahirkan anak sulung saya, genetiknya tidak mewarisi kami. Para pasukan perubatan terkejut dan menganggap bahawa dia orang Rusia. Saya sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan,”
”Kemudian saya mula menambah pengetahuan tentang masalah ini, saya belajar untuk menerima bahawa anak-anak saya mengalami penyakit albino.” Jelasnya.
Menurut National Organization for Albinism and Hypopigmentation, kebanyakan mereka menghidap albino memiliki warna kulit putih sehingga mereka perlu menghindarkan diri daripada terkena cahaya matahari.
”Jika keluar rumah pada waktu siang, saya akan memastikan pakai krim perlindungan matahari, menutup bahagian kepala atau menggunakan payung. Pada waktu malam adalah lebih mudah untuk saya,” kata Asel.
Penghidap albino sama seperti kanak-kanak lain
Difahamkan, ketika masih kecil dia ditempatkan di sekolah khusus untuk anak-anak cacat. Namun kemudian dipindahkan ke sekolah harian biasa.
”Dia menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran. Albino tidak berbeza dari anak-anak lain, hanya rambut, bulu mata dan warna kulit mereka sahaja.”
”Pada awalnya, agak sukar untuk berdepan dengan anak ketika mereka melihat dirinya. Sekarang dia sudah lebih baik dan kami tidak mengawal kehendaknya untuk bebas seperti anak lain.” ujar ibunya.
Manakala anak lelaki, Aldiyar, yang dilahirkan adalah seperti ayahnya berkulit gelap dan kelihatan orang Kazakh asli.
”Dia sering bertanyakan pelbagai soalan mengapa kakak perempuannya kelihatan seperti itu dan tidak menyukai mereka kerana tidak seperti adik beradiknya sendiri,”
”Kami memberikan penjelasan yang baik dan membuatkan dia faham bahawa mereka adalah satu keluarga. Dia menyedari kini kakak-kakaknya menjadi bualan orang ramai sehingga berasa amat bangga memiliki adik-beradik yang unik,” jelasnya.
Fakta penyakit albino
#1. Albinisme ada banyak jenis
Sebenarnya, penyakit ini ada beberapa jenis antaranya ialah albinisme oculocutaneous.
- Jenis 1 biasanya mempunyai rambut putih, kulit sangat pucat dan warna mata terang.
- Jenis 2 memiliki kulit berwarna putih krim, rambut berwarna kuning muda, perang atau coklat muda
- Jenis 3 merangkumi bentuk albinisme yang disebut rufous oculocutaneous albinism, biasanya memiliki kulit coklat kemerahan, rambut merah, mata coklat atau coklat hazel.
- Jenis 4 hampir serupa dengan jenis 2
#2. Penghidap albino memiliki masalah penglihatan
Penyebab albino berkait rapat dalam menghasilkan pigmen yang disebut sebagai melanin iaitu zat membentuk warna kulit, rambut dan mata. Ia turut berperanan dalam pewarnaan retina yang memberikan penglihatan normal.
Biasanya masalah mata menghantui penderita albino termasuklah kedutan mata (nistagmus) dan kepekaan terhadap cahaya (fotofobia).
#3. Risiko kanser kulit
Kekurangan melanin akan menyebabkan masalah kesihatan kerana ia berfungsi melindungi kulit dari radiasi UVA dan UVB sinaran matahari.
Penderita albino memproses vitamin D sebanyak 5 kali lebih cepat dari orang yang berkulit gelap. Mereka akan lebih mudah terbakar ketika terdedah cahaya matahari dan pada hari sejuk sekalipun memiliki tahap melanin lebih dari normal. Justeru, albinisme memiliki risiko tinggi terkena kanser kulit.
Sumber: Bored Panda, Pop Mama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comminum-air-kosong