Ibu Ayah Yang Panas Baran & Mudah Naik Tangan Penyebab Anak Jadi Lebih Nakal

Penyebab anak nakal berpunca dari ibu bapa yang tak boleh mengawal emosi dan perasaan apabila sering kali marah dan pukul anak tanpa sebab!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagia rasanya apabila anak semakin membesar. Mereka sudah tahu menguruskan diri sendiri bila sampai usia tujuh tahun. Namun, kekadang mereka ini nakal sangat! Tapi sebelum anda berkata apa-apa, anda tahu tak penyebab anak nakal? 

Sedih betul kita nasihat anak-anak, namun kadang-kadang tak jalan pun. Apakah dengan cara marah atau memukul boleh jadi penyebab anak nakal?  Jawapannya YA. Selalu memarahi dan memukul anak boleh jadi penyebab anak nakal.

Hal ini kerana jika anda marah anak,  ia akan menjadi penyebab anak nakal kerana otak reptilianya semakin aktif lantas si dia akan bersikap lebih nakal dan sukar dikawal. 

Penyebab anak nakal berkait rapat dengan sikap ibu ayah

credit to sources

Namun begitu, bila kita kata jangan marah anak bukanlah bermaksud tak boleh marah langsung, tapi ada caranya.

Seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W beliau mendidik anak bawah enam tahun adalah dengan cara tegur secara lembut dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan mereka. Tapi, ia bukan dengan mengherdik atau memukul. 

Selain daripada itu, otak reptilia anak juga bukan hanya akan membuatkan anak semakin aktif, tapi ia juga membuatkan si kecil semakin ganas dan tak terkawal setiap perilaku mereka. 

Penyebab anak nakal: Ibu bapa harus kawal rasa marah dengan cara ini

Bila anak sedang tunjuk perangai nakal mereka itu, sudah tentu ia sedikit sebanyak menguji kesabaran ibu ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masing-masing mungkin ada cara tersendiri yang diamalkan bagi mengawal kemarahan yang dirasai, namun tidak salah jika anda mencontohi kaedah ibu ayah lain jika ia bagus untuk kita dan anak.

Antara cara yang boleh anda cuba ialah:

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tarik nafas panjang dan banyakkan beristighfar
  • Buat perkara lain seperti mengemas rumah, mencuci pinggan atau membasuh kereta. Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan ibu ayah fokus terhadap tingkah laku si manja
  • Lihat gambar anak-anak semasa kecil supaya hati kembali sejuk dan terus tak jadi nak marah 
  • Ambil angin di halaman rumah. Kadang-kadang kita mudah naik angin ketika anak melakukan kesilapan kecil. Keadaan ini mungkin disebabkan ibu telah lama terperap di dalam rumah menguruskan anak dan suami. Justeru luangkan sedikit masa untuk buat aktiviti di luar rumah
  • Pandang wajah anak. Ingat kembali apabila kita tua nanti adakah kita mahu anak memarahi kita? Jika diajar dengan kekerasan, tidak mustahil bila besar anak menjadi seorang pendendam
  • Memasak dan menyediakan makanan kegemaran anak dan seisi keluarga 
  • Lain-lain cara yang anda selesa nak buat supaya dapat meredakan kemarahan 

Paling penting, anda perlu ingat adalah jangan marah atau mengherdik anak apabila mereka sedang nakal seperti berlari-lari di dalam rumah, membuat bising hingga mengganggu ketenteraman, memecahkan barang di dalam rumah atau lain-lain.

Hal ini kerana jika otak reptilia mereka semakin aktif, suatu hari nanti anak pula yang akan mengherdik anda apabila otaknya itu sudah dapat mendominasi dirinya.

Anda perasan tak bila marah anak, mereka semakin memberontak dan menangis tanpa henti walaupun sudah dipujuk?

Inilah penyebab anak nakal apabila anda membuat silap dengan memarahi mereka terlebih dahulu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara penyebab anak nakal adalah kerana emosi ibu bapanya

Kredit: The Spruce.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bila penat di tempat kerja kemudian melihat pula perangai anak yang nakal, ada ketikanya anda tertengking mereka tanpa sebab. 
  • Ibu tak sengaja marah anak apabila hormon tak stabil disebabkan PMS. 
  • Letih di tempat kerja belum habis, ditambah pula dengan sikap anak yang nakal. Lantas anda memarahi anak bila tak nak dengar cakap orang tuanya. 

Sebagai ibu bapa, kita jangan selalu marahkan anak disebabkan sikap mereka itu. Tapi kita perlu cerminkan diri terlebih dahulu terhadap emosi dan tingkah laku kita seharian terhadap anak. 

Jangan lupa kongsikan ilmu keibubaapaan ini bersama teman dan pasangan anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Nota Taufiq Razif

Baca juga: Jangan Biarkan Anak Yang Sudah Bersekolah Tidur Bersama Ibu Ayah, Ia Kesilapan Besar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan