Anak Makan Ikut Mood Bukannya Picky Eater, Ibu Wajib Tahu Bezakan Perkara Ini!

Penyebab anak susah makan bukanlah tergolong sebagai picky eater. Ibu ayah perlu tahu masalah ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua anak memiliki selera yang tinggi ketika tibanya waktu makan. Keadaan ini sering kali menjadi masalah bagi ibu ayah kerana perlu try and error menyediakan hidangan yang mampu menarik perhatian si manja. Namun adakah penyebab anak susah makan ini boleh menjejaskan proses tumbesaran mereka?

Berdasarkan sebuah kajian, hampir 40 peratus anak kecil memiliki tabiat cerewet ini, ia adalah fasa sementara sahaja dan akan berkurang apabila si manja memasuki usia 6 tahun.

Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja

Penyebab anak susah makan atau makan ikut mood bukan picky eater?

credit to sources

Menurut perkongsian oleh pakar pemakanan, Fizah Sobri, sekiranya ibu berdepan dengan sikap anak yang makan mengikut mood, ia bukanlah kategori picky eater.

Jangan didoa anak kecil anda picky eater. Tanda picky eater adalah lain dari anak yang ikut mood ketika ingin makan. Sekiranya benar picky eater, si manja anda mungkin autisme.

Anak cerewet makan atau picky eater adalah sesuatu yang sangat susah untuk diselesaikan kerana ia bukan melibatkan masalah fisiologi, tetapi psikologi. Amat jarang disebabkan oleh fizikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Picky eater bersifat selamanya dan konsisten tidak sukakan terhadap sesuatu.

Justeru, ibu ayah perlu tahu bahawa picky eater memiliki empat kategori iaitu:

#1. Sensory

Jenis picky eater sensori ini adalah apabila anak tidak mahu makanan yang mempunyai tesktur tertentu seperti berair atau melekit walaupun makanan tersebut diubah menjadi tekstur lain.

Sebagai contoh, anak suka makan nasi goreng tetapi apabila ibu membuatkan nasi dengan sedikit berkuah, dia mungkin langsung tidak mahu makan walaupun asasnya adalah nasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Preferential eaters

credit to sources

Si manja anda inginkan makanan tertentu sahaja, tidak mahu langsung makan benda lain. Misalnya mereka sukakan roti berkrim, roti coklat atau roti cicah milo. Namun apabila ibu menukar hidangan ini kepada nasi atau makanan lain, anak mungkin mengamuk tidak mahu makan kerana seleranya terhadap roti sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. General perfectionist

Bagi anak yang mengalami masalah jenis ini, mereka mungkin cenderung untuk menikmati makanan dimasak atau disusun mengikut caranya. Sekiranya ibu tidak melakukannya, si manja anda jadi tidak boleh makan.

Sebagai contoh, anak ingin makan telur yang dimasak dalam bentuk telur mata. Namun jika ia dimasak dalam bentuk telur hancur atau dadar, terus si manja akan menolaknya.

Bukan itu sahaja, sekiranya telur mata dimasak, mereka mungkin inginkannya dalam bentuk mata yang masih bulat. Jika ibu telah pecahkan mata tersebut, anak mungkin akan menolak ke tepi makanan ini.

#4. Behavioral responders

Apabila diperkenalkan dengan masakan lain, anda mungkin mendapati anak menunjukkan aksi ingin muntah meskipun tidak mencubanya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, adakah penyebab anak susah makan atau picky eater adalah serius? Semua tafsiran tidak termasuk:

  • Geleng kepala tidak mahu makan
  • Menolak makanan selepas mencubanya sedikit
  • Makan sedikit hari ini, tetapi esok makan banyak (atau sebaliknya)
  • Boleh ambil makanan tersebut hari ini, tetapi tidak mahu pada hari lain
  • Makanan kegemaran sering bertukar-tukar

Kesemua di atas ini bukanlah picky eater ya ibu-ibu! Makan ikut mood anak boleh diubah suai, tetapi jika picky eater memang susah untuk anda mengubahnya.

credit to sources

Sekiranya saya berjumpa dan merawat masalah anak picky eater, kami akan merancang menu berdasarkan kesukaan pesakit tersebut dan kebanyakannya sudah berada dalam fasa malnutrisi (sebab sukar ambil menu yang ada kepelbagaian khasiat).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, ibu jangan senang-senang gunakan perkataan picky eater ya. Minta dan doakan sahaja supaya anak tidak mengalaminya. Adalah lebih baik anda menggunakan panggilan sebagai ‘makan ikut mood’.

Kesimpulannya, ibu ayah jangan cepat serabut bila berdepan anak memilih makanan. Mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan makanan ‘asing’ (selain susu), malah ia mempunyai pelbagai rasa yang tidak pernah dirasai oleh si manja. Kunci utamanya adalah bersabar dan sentiasa berusaha!

Sumber: Nur Hafizah M Sobri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Berkhasiat Fluffy Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tidak Suka Makan Nasi!