Anak Takut Jumpa Doktor? Ini Penyebab & 7 Cara Untuk Atasinya

Bila temu janji dengan doktor sudah dekat, bukan anak saja takut, mak ayah turut sama kecut perut terutama bila tengok reaksi anak yang tantrum teruk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anak anda salah seorang yang takut nak jumpa doktor? Sebenarnya, ada beberapa penyebab fobia anak ini dan ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak  linkungan umur dua tahun ke atas. 

Disebabkan itu, ramai ibu ayah bimbang untuk membawa anak berjumpa pakar pediatrik kerana risau pelbagai reaksi akan ditonjolkan mereka seperti menendang, menangis, berteriak, lari dan sebagainya. 

Ada juga yang terpaksa tunda vaksinasi atau membatalkan temujanji dengan doktor atas sebab ketakutan anak. 

Penemuan ini dikongsi oleh Hospital Kanak-Kanak Mott Univerisiti Michigan, Amerika Syarikat dalam poll kesihatan kanak-kanak di negara terbabit. 

Penyebab fobia jumpa doktor, ia beri kesan kepada seluruh keluarga 

Menurut Dr. Sarah, jika seorang kanak-kanak takut jumpa doktor, lawatan kesihatan boleh menjadi pengalaman mencabar untuk seluruh keluarga.

Ketakutan pada suntikan sebanyak 66% dan bimbang terhadap doktor adalah sebanyak 43%. 

Disebabkan itu, 9% ibu bapa mengelak bawa anak jumpa doktor disebabkan takut menimbulkan kebimbangan yang teruk pada anak. 

Penyebab fobia utama anak 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit : Hello Sehat

Tanda-tanda anak fobia jumpa doktor

  • Tangan mudah sejuk dan berpeluh
  • Menggeletar, sakit perut, muntah dan pening
  • Risau atau bimbang
  • Sedih atau marah
  • Takut dengan pelbagai perkara
  • Sentiasa mengharapkan kehadiran ibu bapa di sisi
  • Kurang kontak mata apabila bercakap
  • Takut bergaul dengan orang baru selain keluarga
  • Tantrum atau mengamuk apabila kemahuan tidak dipenuhi 

7 cara menenangkan ketakutan dan fobia anak bila jumpa doktor 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ibu bapa boleh minta pandangan dari pakar kesihatan tentang bagaimana cara mengurangkan ketakutan kanak-kanak terhadap suntikan vaksinasi.
  • Antara yang boleh dibuat adalah memeluk dan membiarkan anak tonton video atau lagu di telefon bimbit sementara tunggu doktor panggil.
  • Berbual dengan anak dan membiarkan dia bermain buat seketika di dalam klinik. 
  • Jangan marah anak di hadapan orang ramai kerana ini akan meningkatkan tahap fobia mereka.
  • Beri kata positif, pujian dan penghargaan kepada anak untuk meningkatkan rasa harga diri. 
  • Sentiasa peluk dan membelai anak sekiranya dia dalam keadaan takut supaya berasa selamat dan selesa. 
  • Ajar anak untuk bertenang dan merasai perasaan selesa.

Namun jangan provoke anak dengan mengatakan tiada suntikan atau ia tidak sakit kerana ia mungkin boleh menambahkan ketakutan mereka pada hari temu janji seterusnya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : My Health &  Web MD

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comcara-mengatasi-anak-penakut/